Thursday, December 31, 2015

2015 in review

2015 marked lots of crazy things that i've done. 12 splendid months, viewed as below:

1. Family expansion.


While others getting babies or husband or wife, we got them.

Suatu ketika dahulu kami tidak pernah mahu ambil tahu tentang kegebuan bulu-bulu bernyawa ini. Tak pernah terlintas untuk membelai apatah lagi membela. Tapi kini 12 ekor di dalam pangkuan, tak termasuk 2 yang mati dan 2 yang hilang.

Mek Ooi, Aduk, Ajun, Chom (deceased), Oteh, Atam, Radin (MIA), Kenyit, Oyen (deceased), Kutip (MIA), Che Yus, Che Lat, Che Deh, Snow White, Blackie dan Oyen Jr.

Welcome to the family, bulus.

2. Sweet escape.


So called Team Gadis (tanpa Ada) menggila di Melaka. Melarikan diri dari kerja (seketika) dan santai sahaja, itu mungkin apa yang kita perlu sekali sekala.

Cuma ada kita, kolam renang, ayam bbq, makanan dan makanan dan makanan lagi.

Sudah cukup untuk bahagia.

3. Babies go nature.


Nak bercinta dengan alam tak perlu jalan jauh. Hanya sekangkang kera di belakang rumah sahaja.

Danau Daun di Janda Baik terlampau indah untuk kaki-kaki yang terlampau (acah-acah) kuat bekerja. Bukak pintu bilik terus guling-guling masuk swimming pool.

Red velvet del, sambal tempe mak rah dan buah keras dib takkan dilupa.

4. Annyeonghaseyo.


Penyamaran sebagai ahli keluarga LHDN Cheras berhasil menerbangkan kaka ke bumi kpop (yang suatu ketika dahulu amat digilai). Seperti mimpi menjejak kaki ke Korea.

Malang sekali, tak berhasil membawa pulang oppa seorang. Mungkin perlu cuba lagi di lain waktu.

5. Hari keluarga.


Kontinjen sukan komanwel 2015 yang dibarisi keluarga melawati, keluarga klang, keluarga kosas dan keluarga batu caves mengadakan perjumpaan di Jakarta-Bandung.

Katanya pulang ke kampung tapi kampung sebenarnya di Jogjakarta. Hmmm. Sebenarnya motif nak shopping, kan.

6. Goodbye, audit.


Auditors resigning is common. Auditor resigns without having another job lined up is crazy.

But staying will make me even crazier. Even more damage than what had happened.

I've loved you enough to let you go.

7. To Vietnam with love


There, there. Another trip for the year.

Siri jelajah vietnam bersama gadis-gadis ini antara momen menarik tahun ini. Percubaan membunuh diri tanpa sengaja tiap kali melintas jalan, sama-sama berkhemah di dalam sleeper bus dan pasir panas yang membakar kaki.

Mujur saja gadis pulang dengan sihat (walaupun ada yang terkurang satu anggota badan)

8. Solo vacation


Solo vacation atau seperti yang dimimpikan seorang kaka, soul searching.

Manis yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Tatkala diri yang hilang akhirnya ditemukan di Aceh.

Keinsafan bertimpa-timpa. Dan di sini juga seorang kaka menemukan satu bukti kekuasaan Yang Maha Besar. Allahuakbar.

9. Berkorban di Cebu


Another turning point. Bilamana sedikit sumbangan yang diberikan kepada saudara seagama dibalas dengan banyak pengajaran kepada seorang kaka.

Syukur di atas kesempatan ini. Dan semoga diberi keizinan untuk bertemu dan berkongsi kasih sayang dengan keluarga baru ini sekali lagi.

10. Sawadeekap



Team gadis bertemu lagi (kali ini tanpa Aman). Tapi Krabi tetap memberikan keamanan dan keindahan nyata.

Sungguhlah, pantai dan lautan saling merindukan. Dan kita juga saling memerlukan.

Terima kasih, sahabat.

11. Menawan Prau di tanah Jawa.


Entah sejak bila kaka minat melakukan aktiviti lasak. Maka, ini satu bukti betapa kaka telah menjadi gila.

Sehingga kini, seorang kaka masih belum move on dari siri memuncak gunung dan mengejar matahari ini. Indah sekali. Terima kasih acik irma menggoda saya ke sini.

Dan segala susah payah penat lelah hilang terus dibawa angin bila dipertemukan pula dengan teman-teman baru yang *angkat ibu jari*

12. Overland trip


Perjalanan darat KL-Hatyai-Bangkok-Laos-Hanoi-Kunming-Lijiang.

12 hari. 12 malam. 4 negara. 6 night trains. Seharian dalam sleeper bus. 4 malam di hostel. Semalaman gelandangan di airport. Scam, sesat, sejuk, dan penat. Pahit, manis dan pedas. Semua rasa ada.

Dan kemuncak perjalanan ini adalah seperti di dalam gambar, ketika berada di daerah Lijiang pada ketinggian 4680m dari aras laut, dikelilingi salji. Walaupun cuma pendakian tangga-tangga menuju bahagia, namun tetap melelahkan dengan oksigen yang menipis ditambah suhu dingin.

End of 2015.

Isn't it crazy how we can look back a year ago and realize how much everything has changed?
Yes, we all do change.

Seperti kita yang semalam takkan pernah sama dengan kita yang hari ini. Dan kita yang hari ini juga sentiasa mengharapkan sesuatu yang berbeza untuk kita yang esok.
And yes, changes is inevitable.

This past year means a lot. Lessons learned. Soul searching. Eye opening. Trying new things. Go crazy. Be crazy.

I wouldn't say that this is the best year. Coz i fell and failed. A lot.
And i dare not say that i have arisen. Am too damaged to live again. But i'll try. Always.

Hopefully, tomorrow will be better. InshaAllah.

See you guys next year.

No comments: