Sunday, January 10, 2016

Overland : KL-Thailand-Laos-Vietnam-China 27 Disember 2015 - 7 January 2016 (Summary)

Bismillahirrahmanirrahim.

Suatu pengembaraan skala terbesar bagi mengakhiri tahun 2015 dan memulakan tahun 2016, suatu perjalanan merentasi 6 negara melalui jalan darat, bersama Irma dan Annas.

Route perjalanan :
KL-Hatyai : 12 hours night train
Hatyai - Bangkok (Hua Lamphong station) : 18 hours night train
Bangkok - Nongkhai : 12 hours night train
Vientiane - Hanoi : 24 hours sleeper bus
Hanoi - Lao Cai : 9 hours night train
Hekou North - Kunming : 8 hours night train
Kunming - Lijiang : 8 hours day train
Lijiang - Kunming : 8 hours night train

Disebabkan ini adalah satu pengembaraan skala besar, maka kebanyakan persediaaan telahpun dibuat sebelum perjalanan. Di antaranya,

1. Visa ke China
Single entry = RM 88.30
Proses buat visa ringkas sahaja, perlu sediakan dokumen seperti gambar, salinan passport, tiket flight, hotel details, dan itinerary (jika ada) dan bolehlah melangkah penuh yakin ke China embassy. boleh buat on behalf. dan jangan lupa bawak passport sekali. dalam 4 hari bekerja dah boleh siap dah.

2. Train tickets
i) Kl Sentral-Hatyai : RM 54. Boleh beli online ataupun melalui kaunter KTMB
ii) Hatyai - Bangkok : 855 baht (sleeper upper berth). Yang ni kena beli di stesen Hatyai. Kami beli masa pergi Krabi haritu. Rasanya tiada online agent.
iii) Bangkok - Nongkhai : 758 baht (sleeper lower berth). Online agent : 12Go.asia
iv) Hanoi - Lao Cai : $46.8 (soft berth). Online agent : vietnam-railway.com
v) Hekou - Kunming : 116.5yuan (sleeper berth)
vi) Kunming - Lijiang : 89yuan (hard seat)
vii) Lijiang - Kunming : 89yuan (hard seat)
Semua china tickets dibeli menerusi agent, dengan service charge 30yuan per ticket. Agent: travelchinaguide.com
viii) Kunming - KL : RM250. Airasia, now everyone can fly.

Sleeper bus dari Laos - Hanoi dibeli on the spot sebab tiada online agent. Anggaran $25-30.

3. Tukaran matawang
Thailand baht, Vietnam dong, Yuan, dan USD. kalau nak tukar Laos Kip memang tak dapat la derr. jumlah perbelanjaan bergantung berapa lama masa dihabiskan. macam kami tukar banyak duit yuan dan vietnam sebab yang lain-lain negara tu cuma passing by je.

4. Pakaian
Haruslah bersesuaian. kami pergi pada musim sejuk, suhu di lijiang boleh mencecah 0 darjah celcius pada waktu malam dan sekitar 15 darjah pada siang hari, maka baju sejuk jangan dilupa. dan village people ni jugak bawak sleeping bag, in case tidur dalam kesejukan. haha.

Secara total, jumlah perbelanjaan aku (yang miskin hina lagi kedekut) ini adalah RM2,141 all-in tanpa shopping untuk 12 hari 12 malam. aku dah malas nak cerita panjang, so, nantikan full story in detail dalam next entry. bai.