Sunday, November 22, 2015

Jogjakarta 12 - 19 November 2015 (Episod pertama)

Assalamualaikum.

Sekali lagi, aku melagukan playlist lagu-lagu indonesia untuk mengambil mood menulis. bezanya, kali ini adalah playlist lagu-lagu gunung. sesuailah dengan perjalanan kali ini, di mana highlightnya adalah gunung.

Perjalanan kali ini diinspirasikan dari filem 5cm. filem mengenai 6 sahabat berpetualang mendaki gunung semeru, puncak berapi tertinggi di jawa. ya, dua gadis (aku dan ema, semestinya) yang kuat berangan ini bercita-cita untuk menakluk semeru, namun apakan daya, pada ketika perjalanan ini bermula, gunung semeru ditutup pendakiannya kerana siri kebakaran yang melanda beberapa gunung di pulau jawa.

Namun, dua gadis ini masih tidak berputus asa. maka, mereka mencari puncak lain yang enak untuk ditawan. dan berhasil menemukan gunung prau di jawa tengah, kira kira 3 jam perjalanan dari kota jogjakarta.

Mujur saja perjalanan memang dimulakan di kota jogjakarta, kerana rencana asalnya adalah untuk membeli buku secara pukal, lalu berangkat ke surabaya untuk menanjak semeru langsung terus pulang ke malaysia dari surabaya. dan dengan demikian, berubahlah rencana kami, maka kami memutuskan untuk cuma menghabiskan masa di jogjakarta sebelum ke surabaya untuk penerbangan pulang.

(memang secara automatik bahasa aku bertukar bila bercerita tentang pengalaman di indonesia ya. hmmmmm)

Oh ya, sebelum itu, pernahkah aku menceritakan asal usul keturunanku yang memang berasal dari tanah jawa?

Belum?

Mari kita dengarkan. Dikhabarkan arwah buyut aku dulu asalnya dari kabupaten Purworejo (kabupaten = daerah). ya, akhirnya aku, cucu dari salasilah keturunan Hassan Mujarat turun ke kampung melawat tanah asal. betul-betul terasa macam balik kampung fuhh.


Teruja. amat teruja.

Penerbangan jam 2.45pm dan kami tiba di jogjakarta lebih kurang jam 6pm waktu tempatan. dari airport, naik bas trans jogja dan turun di jalan malioboro. memang sengaja gigih naik bas sebab nak jimat duit dan acah-acah backpackers (poyo). dalam bas kami terjumpa dua orang malaysian yang gigih jugak naik bas pergi candi prambanan sebab nak jimat duit. jadi, bukan kami jelah insan kedekut ya. haha.

Dah sampai jalan malioboro, beli simpati kat kedai fon seberang mall, tapau nasi putih telur dadar (sambal bilis bawak dari rumah) untuk dinner, lalu kami pun check in kat hostel - The Cabin Hotel.

Area jalan malioboro memang banyak hotel murah, and mostly adalah shared bathroom. jalan malioboro ni memang tumpuan ramai, sebab disinilah syurga beli belah. sepanjang jalan tu ada banyak deretan kedai yang jual bermacam jenis benda. baju, barangan kulit, souvenir, batik dan lain-lain. tak salah lah kami memilih untuk menginap di sini.

Tapi malam tu kami cuma berehat di bilik. simpan tenaga untuk esok.

Day 1
Trans Jogja : 3600rp
Simpati : 75000rp
Hostel : 175000rp/night


Esoknya, morning walk ke stesen keretapi tugu untuk membeli tiket train ke surabaya. tak jauh pun dari hotel, adalah lebih kurang 5-10minit. usai urusan pembelian tiket, kami menyewa motor di area depan stesen, makan tengahari di mall dan terus menuju ke kalibiru.

Kalibiru terletak di kabupaten Kulon Progo, kira kira 2 jam dari kota jogja. apa yang menarik di kalibiru? haaaa, ini dia.


Ini adalah satu kawasan tanah tinggi yang saujana mata memandang. tak sia sia meredah kampung dan jalan berbukit untuk sesuatu yang sangat indah seperti ini.







Betul-betul suasana kampung, rasa macam pulang ke kampung betul-betul. tak tipu, betul punya.

Menjelang petang, kami merempit pulang dan terus ke Taman Pintar Jogjakarta. khabarnya di situ ada syurga dunia. syurga yang bagaimana? syurga yang begini,


Inilah dia yang kami cari. syurga beli belah untuk si ulat buku. taman pintar jogja ini menempatkan sederetan dan sekelompokan toko buku seperti ini, yang kebanyakannya murah-murah belaka. ya, mostly di sini buku cetak rompak, dan banyak dijual buku buku ilmiah jadi ia terkenal di kalangan pelajar universitas.

Sayang, ketika kami tiba, hari sudah beransur gelap jadi banyak toko yang sudah tutup. maka kami memutuskan untuk kembali semula pada esok hari.

Day 2
Train ticket Jogja-Surabaya : 155000rp
Rent motorcycle : 60000rp/day
Minyak : 20000rp
Entrance Kalibiru : 5000rp/person
Photo : 30000rp/person

Dan seperti yang dijanjikan, aktiviti hari ini adalah untuk membeli buku sahaja. memang dikhususkan untuk membeli seberapa banyak buku yang boleh (dengan budget yang ciput). cuma bezanya, semalam kami ke sini dengan motorsikal, tapi hari ini kami berjalan kaki. jauh juga, kira-kira 15-20 minit perjalanan. kegigihan yang nyata. tapi demi penjimatan berganda, kuredahi juga.


hasil tangkapan phewww

Dan separuh harinya kami habiskan masa di dalam bilik. berehat dan menyediakan bekalan tenaga untuk hari esok, iaitu hari pendakian yeay!

Day 3
Buku : 720000rp


No comments: