Monday, November 23, 2015

Jogjakarta 12 - 19 November 2015 (Episod Kedua)

Hari yang ditunggu telah tiba. kami bangun dengan debaran di dada, dan sisa semangat yang ada. dalam hati ada sedikit rasa gementar dengan rencana luar petala seperti ini, tapi demi membuktikan sesuatu yang gila itu adalah waras untuk digapai, maka kami teruskan juga.

Route perjalanan kami :
Malioboro - Taman Pintar - Magelang - Wonosobo - Dieng (Patak Banteng)

Kami bertolak kira-kira jam 9 pagi. dari Malioboro harus menaiki Trans Jogja (bas 3a), namun perlu transit di Taman Pintar (bas 2b) ke Magelang. Di Magelang, naik bas ke Wonosobo kira kira 2 jam perjalanan. dan dari Wonosobo ke Dieng harus menaiki bas lain kira-kira satu jam perjalanan. tapi, setibanya kami di Wonosobo, hujan turun dengan lebatnya. maka, kami memutuskan untuk berhenti makan tengahari seketika sambil dalam hati berdoa agar hujan teduh dan semoga trek tak licin.

Dan hujan pun berhenti. malangnya, bas ke Dieng cuma bergerak pada jam setengah tiga (2.30pm) maka, kami menunggu dengan penuh sabar sambil membincangkan strategi pendakian yang selayaknya diambil bagi dua orang gadis gila yang buta-buta ingin mendaki gunung tanpa guide mahupun berkumpulan buat pertama kalinya.

Dan sekonyong-konyong itu juga naiklah ke atas bas empat orang anak muda dengan bertujuan yang sama. aku pandang ema, ema pandang aku. dalam hati memuji, molek juga ini.

Sambil menunggu bas bertolak, kami berkenal-kenalan. affan, adi, rohman dan hery, empat sekawan berusia 22 tahun dari Jombang, memang petualang tegar yang selalu menjelajah alam bersama. dan kami ternganga bila mereka ceritakan pengalaman mereka memuncak semeru bulan mei lepas.

Impian itu!

Dan dengan perkenalan itu, secara rasminya malaysia dan indonesia bergabung. (hiperbola)

Jam 5.30 petang baru kami tiba di Patak Banteng, base camp Gunung Prau. hari sudah mula gelap, dan kami (ya, secara automatik, kami di sini bermaksud kami berenam. penggabungan telah berlaku) memulakan pendakian kira-kira jam 6 petang.

Bagi seorang yang tidak begitu gemar dan amat jarang sekali bersukan seperti aku, adalah satu kegelisahan di dalam dada untuk melakukan aktiviti ini, apatah lagi kami si gadis menurut jejak langkah lelaki-lelaki yang muda lagi berpengalaman luas seperti mereka ini. risau langkah tak seiras seirama dan mungkin akan melambatkan proses pendakian.

Tapi, adalah satu pencapaian apabila kami berjaya sampai ke puncak (di dalam gelap malam) setelah kira-kira 2 jam setengah. masa yang sama yang biasa diambil oleh pendaki yang lainnya.

Not bad. Not bad. *patting myself on the back*

Dan khemah pun didirikan (dengan bantuan mereka berempat) dan makanan dihidangkan (dimasak oleh mereka berempat juga, dengan peralatan lengkap yang mereka bawa sendiri). malu kami dengan nasi yang dibungkus di kaki bukit tadi. *sorok nasi, makan megi panas*

Sebetulnya, ini kali keempat aku camping. beralaskan tanah. berbumbungkan bintang. dan ini adalah kali pertama semuanya dilakukan sendiri, dan kali pertama dengan suhu kira-kira 5-10 darjah celcius. beku hoi! ini pun khabarnya sudah bernasib baik cuma 5 darjah. kalau hari tidak hujan tadi, suhu di puncak boleh mencecah negatif, sehinggakan embun rumput boleh membeku.

Ternyata hujan itu adalah rahmat.

Selesai makan beramai-ramai, mereka ajak main kad. dan berlakulah upacara perjudian (yang halal) di puncak gunung prau. perjudian yang lebih merapatkan silaturrahim dan juga mendatangkan pergaduhan sekali sekala.

"ah, apa itu, kamu curang!" (curang = tipu)

Kira-kira jam 12 pagi baru kami tidur. dengan janji untuk mengejar matahari esok.

chef rohman, pakar masak megi

khemah mereka

Oh ya, lupa ceritakan serba sedikit mengenai gunung prau. 

Gunung Prau, berketinggian 2565mdpl seringkali menjadi tempat tumpuan pendaki, satu, kerana jalur pendakian yang pendek. dua, kerana 'golden sunrise'nya. tiga, kalau beruntung, boleh melihat 'milkyway'. dan empat, pemandangan yang indah. sepanjang perjalanan akan ditemukan dengan perkebunan daisi, bukit teletubbies dan juga pemandangan gunung-gunung di sekitarnya; Merapi, Merbabu, Sindoro, Sumbing dan Slamet.

Dan jam 5 pagi kami dah menggegar khemah sebelah untuk sama-sama mengejar matahari.

golden sunrise

puncak prau - 2565mdpl

pose lompat adalah kemestian

skuad 5cm

bukit teletubbies

sesi sarapan

sesi pembungkusan

Selesai sarapan, kami bergerak turun kira-kira jam 9.30am. dan kami turun melalui jalan dieng untuk menikmati pemandangan berbeza (walaupun semalam tiada pemandangan yang dinikmati kerana gelap gelita).

pendakian turun lewat dieng

dataran dieng

sampai!

cover album

sesi perkongsian

2 jam pendakian turun. kami diajak oleh mereka berempat untuk menginap semalaman di base camp patak banteng, sebelum menjelajah dieng pada keesokan harinya. aku pandang ema, ema pandang aku. dan kami setuju mengikut empat orang lelaki yang baru dikenali tak sampai 24 jam. 

Tawakal. tapi hati kami kuat menyatakan mereka ini semua orang yang baik-baik sahaja.

Malam itu kami santai-santai sahaja sambil main kartu (kad). dan kadang disertai oleh pak sodiqun, ranger gunung prau. satu pengalaman yang menarik dan banyak pengajaran yang dikutip dari orang-orang gunung ini. sesuatu yang berbeza dengan orang-orang gunung ini, pemikiran mereka sangatlah dalam (deep). dan setiap bait kata kata yang keluar dari mulut mereka sangatlah puitis.

"Salah satu yang menjauhkan kita dari rezeki adalah songong" (songong = sombong)

Day 4
Sewa tenda : 40000rp/tent
Sewa sleeping bag : 15000rp/person


Hari baru menjelma dan jelajah Dieng bermula. untuk jelajah dieng, kami menyewa satu mobil avanza beserta supir dan destinasi pertama adalah bukit batu pandang.

Batu Pandang

Dari bukit ini dapat dilihat pemandangan telaga warna di bawah. dan turun dari bukit terus ke telaga warna tersebut. danau ini diberi nama telaga warna kerana warna airnya sering berubah. kadang dilihat biru, hijau, kuning malah pelangi juga. semua disebabkan kandungan sulfur yang sangat tinggi dan membiaskan warna-warna berbeza bila disinar matahari.

Telaga Warna

Seterusnya, kami ke kawah sikidang. di dieng terdapat banyak kawah namun sikidang yang paling terkenal kerana paling senang untuk dituju.

Hedwig, penjaga kawah

Kawah Sikidang

Beransur kami ke Petak 9. sejenis bukit juga. dan entah untuk keberapa kalinya kami mendaki pada hari itu. tak jauh beza dengan batu pandang, sebab pemandangan yang sama. Lalu kami bergerak ke candi arjuna.

Petak 9

Candi Arjuna

Last checkpoint, kedai souvenir, yang menjual hasil tani daerah dieng. dieng terkenal dengan buah carica, sejenis adik beradik betik (mungkin). dan mereka dengan baik hatinya membelikan kami saguhati berupa satu kotak jeruk dieng untuk dibawa pulang ke malaysia. tersentuh hati dibuatnya. ternyata mereka ini baik-baik belaka.

Dan pak supir menghantar kami ke wonosobo untuk perjalanan pulang menaiki bas. masih route yang sama, Wonosobo-Magelang-Malioboro. langsung, kami berpisah di hentian Magelang kerana bas mereka terus ke hentian Giwangan. 

Semoga diizinkan Allah untuk bertemu mereka berempat lagi di lain waktu.

Tiba di malioboro, kami check in di hotel Indonesia (yang lebih murah dan dekat sedikit dengan stesen keretapi)

Day 5
Mobil dieng : 300000rp/mobil
Hotel Indonesia : 125000/night


No comments: