Tuesday, November 10, 2015

Hatyai-Krabi 27 - 31 October 2015

Sawadeekap!

Again, gua jalan jalan lagi. tapi macam biasalah, kaki dan duit gua larat sampai ke negara seberang je.

For this trip, seramai 6 orang gegadis terlibat. Dija, Fatin, Fiza, Ada, Ema dan gua. cuma gua dan ema gerak naik train, roger-roger dengan lagi empat orang tu jumpa kat krabi je on 28th. heh. biasalah, gua dengan ema memang acah-acah adventurous sikit. plus, kitorang dua nak singgah hatyai sekejap.

Disebabkan gua masih lagi jobless, gua bawak rm600 je untuk total cost. sedih jugak sebab lepas tukar duit, dapat secoet je dengan rate 12.2. gigih manusia-manusia ini berjalan dalam keadaan ringgit nazak ni.

So, kitorang gerak naik train on 27th awal pagi. expectation : tidur lena bangun subuh dan lihat matahari terbit di sebalik sawah padi. reality : sawah ke mana, matahari ke mana. haha.



Train kitorang actually sampai Padang Besar je, sebab ticket direct ke Hatyai dah sold out. jadi, sampai padang besar, kitorang beli tiket ke hatyai pula. agak gigih di situ, sebab kitorang terlepas checkpoint stamp imigresen kat platform. dan menggelabah ayam cari imigresen kat border jalanraya. dan menggelabah juga cari tiket train pdg bsr-hatyai.

Mujur semua selamat dan kami tiba di hatyai selepas matahari dah meninggi. sampai hatyai, isi tembolok, dan jalan-jalan cari bilik kosong. dan kegigihan kedua, memperjudikan nasib menginap di budget hotel yang scary. tapi peduli apa kami, asal murah dan jimat.

Petang di hatyai dihabiskan dengan berjalan di kawasan sekitar menggunakan kaki. nak naik tuk tuk pun kedekut woi. dan disebabkan hari itu adalah weekday, bukan weekend, maka kami tak berkesempatan melawat the infamous floating market. pergi market biasa je, borong sabun beras murah.



Esoknya, kami bertolak ke Krabi menggunakan minivan, beli dari agent depan train station. bercinta duduk dalam minivan tu. konon 3 jam da sampai, tapi nak dekat 5 jam jugak kami terseksa dalam van. sementara kami bercinta dalam van, gegadis 4 orang yang da sampai krabi seawal jam 10pagi pergi jalan-jalan sepanjang pantai dan survey package. sampai di hotel (Aonang Resotel), gua dan ema cecepat make over bilik sebab kitorang ada surprise!

dija's birthday and ada's bachelorette celebration

Bilik hotel was okay, cuma sangat jauh dari pantai. kena naik tuk tuk. 

And the next day, whole day island hopping (9am-5pm).

bamboo island

Maya bay

sightseeing - camel rock

sightseeing - viking cave

buffet lunch at phi phi don

snorkelling

Phew. the whole day went under/abovewater. but truthfully, the coral at Perhentian was way better. hidup Malaysia kita! (i just can compare with Perhentian as it was the only place i've went snorkel to)

The next day, plan kami adalah untuk menjejak emerald pool dan hot spring. and after much consideration, and a total gamble, we decided to rent 3 motorbikes. gamble pertama, jarak aonang ke emerald pool adalah lebih kurang 70km, about one hour plus to reach. gamble kedua, hanya 3 orang tahu bawa motor, Irma - pro level, Fiza - intermediate dan Ada - total beginner. 

Gigih enam gadis ni mengharungi jalan asing menuju ke tempat asing. tapi belum pun suku perjalanan, tayar motor pancit pada ketika jam baru menunjukkan pukul 8 pagi. dan percayalah, perjalanan mencari pomen lebih melelahkan atas faktor bahasa. mujur kami ditemukan dengan abe zakaria, berasal dari narathiwat yang tahu berbahasa kelantan. dan abe inilah yang membantu kami mencari bengkel.

Dan kami tiba di emerald pool 3 jam kemudian. kebas punggung!


The blue pool was amazing! terkesima. actually nak sampai ke blue pool ni kena berjalan jauh ke dalam kira kira 10 minit lebih. and the moment my eyes saw blue from a far, automatik mulut mengucap kalimah maha suci Allah.

Dan disebabkan kandungan mineral (tak ingat pulak bahan mineral apa, malas nak google) yang sangat tinggi, blue pool tidak dibuka untuk pemandian. tapi kita boleh mandi-manda di emerald pool.

Next, kami ke hot spring waterfall. terletak tak berapa jauh dari emerald pool. dan ya, ini experience pemandian hot spring pertama aku. ini pun satu lagi ciptaan terindah. kawasan ini dibentuk seperti lekukan-lekukan jakuzi, dan air bersuhu tinggi mengalir dari atas mengairi kolam-kolam tadahan tersebut. 


Sangat terbaik untuk menghilangkan tekanan. dan dengar khabar, bagus juga untuk kecantikan kulit. *gigih berendam lebih lama*

Dan bila matahari melepasi paras tegak di kepala, kami berangkat pulang. ya, waktu yang sangat sesuai untuk menghitamkan kulit, kami tahu itu. (dan menyesalinya namun apa sahaja pilihan yang ada?)

skuad motor cekal

Usai makan tengahari, kami berehat di bilik seketika. tak lama, sebab gua dan ema menggigihkan diri untuk mengejar matahari terbenam di puncak tiger cave mountain, gegadis yang lain angkat bendera putih, sebabnya, tangga. gua dan ema memang suka acah-acah adventurous, sekali lagi, dan cuba tidak menghiraukan kehadiran tangga tersebut (dengan membayangkan tangga batu caves).

Tapi sesampainya di kaki gunung,

1237 steps to top mountain

Pengsan. tapi belum pengsan lagi sebab gua dan ema masih membayangkan tangga batu caves. ada lebih kurang sejam untuk matahari terbenam maka kami lincah memanjat.

Dan pada anak tangga ke 300, kami dah mula mencarut.

Tapi kegigihan tak padam. walaupun hari dah mula gelap dan kami masih belum sampai. walaupun semua orang dah mula turun tapi kami masih terhegeh naik. walaupun setiap orang yang berpapasan dengan kami mengucapkan kata semangat, walhal bila ditanya adakah berbaloi pengorbanan ini dengan nilai estetika di atas sana, langsung mereka jawab tidak, tapi kami tetap gigih memanjat, dengan hati yang sedikit ragu ragu.

Dan akhirnya,


Ternyata benarlah tangga itu menuju kejayaan. *proud*

*turun tangga secara kengkang*

(Selepas pendakian, baru kami tahu batu caves cuma mempunyai 200 anak tangga. dan kami telah memanjat 6 kali ganda lebih dari itu. tak tahu nak rasa gila atau bangga.)

Dalam perjalanan pulang, kami singgah ke krabi town. wajib lah singgah night market. dan gegadis berempat pun berjanji untuk menanti di sana.


Shopping. dan makan. dan pulang.

Esoknya, aktiviti santai sebab tengahari akan terbang pulang ke malaysia. tapi hujan lebat menyebabkan flight delay hampir 3 jam. dan aneh, sepanjang kami beraktiviti di krabi, cuaca indah tak hujan. syukur, inilah namanya nikmat.

Dan perjalanan sengkek gegadis berenam ini tamat di sini sahaja.

Sekian.


Belanja kasar:
KL-Padang Besar KTM : RM48
Padang Besar-Hatyai Train : RM7
Bilik murah yang scary : 300baht/night
Simcard : 480baht (mahal woi, beli kat airport 150baht je)
Hatyai - Krabi minivan : 450baht/person
Aonang Resotel : 600baht/night
Island hopping : 3000baht/person (lebih kurang, tak ingat dah sebenarnya)
Rent motorbike : 200baht/day
Petrol : 120baht
Emerald pool : 200baht/person + 10baht parking
Hot stream waterfall : 90baht/person + 5baht parking
Minivan aonang-airport : 800baht (lebih kurang, dah lupa jugak)

No comments: