Thursday, October 22, 2015

Cebu 22- 29 September 2015 (Of teaching, and learning)

Dalam masa seminggu ini, sempat juga aku menjejakkan kaki ke Bantayan Island. One thing about the island, there is a huge difference between Hagnaya and Bantayan. penduduk Bantayan kaya dan hidup selesa, berbeza sangat dengan penduduk Hagnaya. mungkin sebab Bantayan memang kawasan pelancongan maka pembangunan di situ lebih pesat. bila aku ajukan tentang perbezaan ini kepada Brother Vhazzer, katanya mungkin sebab Mayor. oh, korupsi, hati aku berkata.

kalau kat pantai mesti nak pose acah acah poyo kan

sempat tengok chicken fighting (laga ayam)

Diingatkan, haram ya hukum laga ayam. ayam-ayam ini kepunyaan mertua brother vhasser yang bukan islam. di sini memang sukan laga ayam sangat popular.

Secara keseluruhan, kedatangan aku ke sini sangat bermakna. Datang aku kosong. Pulang aku penuh terisi. Datang dengan niat untuk mengajar, siapa tahu, hakikatnya aku yang banyak belajar. Belajar tentang hidup. Belajar tentang agama. Belajar erti susah. Berkongsi kasih sayang. Belajar bersyukur apa adanya. Dan belajar menghargai segalanya.

Dan sesungguhnya, banyak pertama kali aku di sini. pertama kali berpuasa di negara orang. pertama kali menyambut hari raya di rantauan. pertama kali menyaksikan pengislaman insan yang terbuka hidayah. dan pertama kali rasa diri ini berguna.

Aku rindukan mereka. anak-anak Hagnaya. Jibrail yang bijak. Zuraida yang ayu. Nor yang sopan. Salim yang nakal. Maria yang manis. Hajar yang lincah. Rere yang keletah. Aladin yang mesra. Kiano yang manja. Lyla yang wibawa. Natasha yang merdu suaranya. Banban yang comel. Marimar yang pemalu. Amira, Zairah, Zurainah, Miftah, Reya, Sarimah, Hassan, Dawud, Paolo, dan semuanya. Sister miss all of you.

Semoga diizinkan Allah untuk bertemu lagi. 

No comments: