Tuesday, October 20, 2015

Cebu, 22 - 29 September 2015 (Mukadimah)

Dah hampir sebulan sejak aku pulang dari Cebu, baru sekarang nak up entry.

Selain daripada kejadian malas yang semakin menjadi jadi, aku juga semakin busy dengan aktiviti entah apa-apa dan juga sebab terlalu banyak gambar untuk ditapis. maka, penangguhan pun berlaku.

Aku harap aku masih ingat segala kejadian yang berlaku di Cebu.


Lupa, Assalamualaikum.

Well, volunteering has always been in my bucket list, so, when Irma told me about Development of Ummah programme in Cebu, Phillipines, I was excited. Not because i could step my foot in another country, but also because of the experience i would gain. tapi, ini program dakwah? aku pun jalan terkengkang, nak ajar anak orang jalan betul. hmmm. macam mana tu?

But to think about it, kalau datang dengan niat untuk belajar, boleh kan? the least i can do is to share as much as i can, in return, who knows i would have gained more? InshaAllah.

So, thats it. nawaitu diperbetulkan, lalu berangkatlah aku tanggal 22 September 2015. perjalanan atas awan selama 4 jam, ditambah jalan darat selama 4 jam juga, lebih kurang pukul 8 malam baru kami tiba di Punta, San Remigio, Hagnaya.

Jangan cerita perjalanan 4 jam atas darat tu. solat tepi jalan. kelaparan. tapi, sepanjang perjalanan dihidangkan pemandangan laut dan pantai. my kind of medicine. dan sesampainya di centre, kami dihidangkan dengan ketam dan sotong. bersinar biji mata. walaupun masakan mereka memang lain dari malaysia, namun dah cukup buat kami semua.

Lets have a look at the place.

Punta adalah satu kawasan perkampungan. dan di sinilah terletak satu-satunya masjid untuk komuniti kecil Islam di Cebu. ketika taufan hayyan melanda Cebu 2 tahun lepas, masjid ini menjadi tempat berlindung dan pada ketika itu, cuma ada satu sahaja keluarga muslim di sini. usaha pihak Malaysian Relief Agency (MRA) memberi bantuan kecemasan pada ketika itu menemukan masjid ini, dan dari situ timbullah idea untuk memperluaskan dakwah islam kepada masyarakat di sini, dengan usahasama Yayasan Al-Khalifah.

Gigih aku cerita sejarah kan. haha.

Tapi melihatkan keadaan penduduk di sini, memang menginsafkan. mereka memang miskin, rumah pun ada yang tak habis baiki dek rosak dilanda taufan dulu. dan salah satu usaha MRA untuk memikat penduduk sini adalah dengan program feeding, iaitu memberi makanan kepada kanak kanak muslim di sini, tak hairanlah ramai keluarga yang membenarkan anak mereka memeluk islam untuk survival. setakat ni, ada lebih kurang 30 keluarga muslim, dan lebih 100 kanak kanak muslim, di mana kebanyakan kanak-kanak ini, ibu bapanya masih beragama katholik. And those kids are adorable!

Dakwah bil-haal : berdakwah untuk menyelesaikan masalah hidup.

Dan yang lebih menyedihkan, kanak kanak yang beragama Islam ini masih cetek ilmu agamanya. maka itulah tugas kami, 13 sukarelawan muda diketuai Dato' Dr Abdul Razak untuk mengajar perkara asas kepada mereka.

Oh ya, mereka yang datang ni bukan calang calang orang ya. mereka muda tapi tinggi ilmunya. menjadikan aku antara yang paling tua dan rendah diri dengan ilmu yang tak seberapa.

Eja - merupakan anak dr razak. program koordinator. lepasan zaqazig dalam bidang kedoktoran
Ummi - senior kami. berpengalaman luas dalam program sukarelawan dan travelling
Faiz - bekerja di ABIM. lulusan al-Azhar dalam bidang kedoktoran
Dyau - pelajar al-azhar dalam bidang pergigian
Mamu - rakan sekelas eja. juga lepasan zaqaziq dalam bidang kedoktoran
Afiq - pelajar pergigian di mesir (tak ingat uni apa)
Kak Hada - pensyarah bahasa inggeris di kolej TAR
Ain - rakan sekelas mamu dan eja. juga tengah menunggu posting
Dila - lepasan zaqazig juga dalam bidang kedoktoran
Farhana - pelajar zaqaziq, juga dalam bidang kedoktoran
Amalina - pelajar Unikl Micet di melaka, paling junior
Irma - businesswoman, merangkap kawan baik aku

And then, there is me. an ex-auditor, still refuses to work, or searching for work.


Okay, now, lets take a look at the place. tempat yang jadi kampung kami selama seminggu.


Masjid Cebu-Madinah

Seperti yang dah aku maklumkan di atas, satu-satunya masjid di Cebu. masih lagi dalam proses pembinaan dan kelengkapan. juga menjadi tempat anak-anak tidur kalau mereka malas pulang ke rumah.

Centre

Tempat perhimpunan warga hagnaya. di sinilah mereka makan. di sinilah mereka bermain. selalunya mereka akan datang ke sini lepas habis sekolah dan lepak sampai lebam. ada yang rumah jauh, ada yang dekat. tapi mereka memang tak kisah lepak sini sampai jauh malam.

Dorm perempuan

Dibina oleh Puteri UMNO (tempat mandi sebelah tu open roof tuuu). Toilet kat luar.

Well, basically, just basic things in life. where we learn to appreciate every single thing at home, but at the same time, be grateful with what have been given to us. and teach us of moderation and reflect.

Oh, one more thing. pantai hanya beberapa minit jalan kaki je dari tempat ni. cuma tak berkesempatan nak mandi manda.

belakang tu ada abandoned resort. spooky.



No comments: