Wednesday, October 21, 2015

Cebu 22 - 29 September 2015 (The family)

So, I continue with the story of the family. yes, for the whole week, we are all family. a big family. kita ada the volunteers. kita ada the sisters and brothers, which is mostly the muslim parents of the village. dan kita ada anak-anak, yang sangat adorable. manja dan adorable. manja, mesra dan adorable. manja, mesra, adorable dan kadang kadang nakal. ok stop.

Maka, apa aktiviti yang kita buat di sana?

Sambutan hari raya aidiladha


Program ni jatuh pada hari raya haji, 2 hari lepas ketibaan kami. pada malam raya kami mengagihkan pakaian dan tudung baru kepada anak-anak ini, supaya mereka dapat menikmati perasaan teruja menyambut hari raya. ini kali pertama aku beraya di rantauan, dan kata eja, ini juga kali pertama mereka sambut hari raya bersama masyarakat cebu. 10 ekor lembu tumbang. kalah kat malaysia hoi.

Dan selama 3 hari 3 malam seterusnya, kami makan sate daging sahaja.

Memang lain rasanya sambut hari raya di tempat orang. satu pengalaman yang menyeronokkan. dan untuk pengetahuan semua, daging-daging ini bukan saja dinikmati oleh masyarakat muslim, tapi juga diagihkan kepada penduduk kristian.

Menurut ijtihad Dr Abdul Razak, maksud muallaf yang inklusif termasuk golongan bukan islam yang ingin didekati dan didakwahkan. that explains.

Dan setiap tahun memang golongan kristian ini berkumpul di centre untuk menerima agihan. pada ketika ini juga Brother Abu Bakar dan Brother Aiman, selaku penjaga dan imam masjid berpidato menyampaikan hujah hujah Islam.



Medical checkup




Slot ini dijalankan sehari selepas hari raya, dan disertai juga oleh Dr Ihsan dan Dr Mohd Nor, selain dari tenaga kerja dari doktor-doktor muda kita.

Aktiviti bersama kanak kanak

mewarna

origami

playdoh

dan mewarna lagi

sukaneka

Mereka sangat seronok. dan aku juga sangat seronok melihat mereka. oh, selaku orang yang ditugaskan mengurus aktiviti bersama kanak kanak ini, bersama farhana, to be honest, aku gembira. sebab aku tak pernah ada anak buah, adik yang paling kecil pun dah remaja. dan tak sangka aku boleh in dengan budak budak ni. they were too adorable!

Tapi acara sukaneka tu was a disaster haha. i failed.

Aktiviti memasak bersama ibu


Yang ni, ummi pegang. pakar dalam bab masak memasak. sempat la menjamu mereka dengan kek coklat, dan donut. dan juga menggoreng pisang untuk dijual di sekeliling kampung.

penjual goreng pisang

Mural painting


Lukisan di dinding library diketuai saudari irma. disebabkan minah ni terlampau artistik, Brother Abdurrahman siap sambung tender cat dinding entrance kawasan centre.


Night movie


Old-school style. pasang projector, bentang tikar, duduk depan screen, menganga. jangan risau, kami tak pasang cerita cinta zaman sekarang. diorang tengok penguin of madagascar, frozen dan big hero 6. sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat.

Dan jangan risau, tayangan ni dibuat pada malam minggu, jadi budak-budak tu boleh melepak sampai tengah malam, ada juga yang tergolek terus kat masjid.

Slot eksperimen


Slot ni diuruskan oleh mamu dan afiq. the kids, including teenagers (yang sangat liat nak dengar cakap) were cooperative. alhamdulillah.

Slot kebersihan dan kesihatan


Secara fizikalnya, kanak kanak ni memang sangat tak mementingkan kebersihan. mungkin juga faktor persekitaran, maka kebersihan diri tak begitu dititkberatkan dalam kehidupan mereka. dan slot ini (diuruskan ain dan dila) antara usaha kami untuk memberi kesedaran kepada mereka.

Oh ya, ada juga slot memberus gigi yang didemokan oleh dyau, bakal doktor gigi kita.

Profiling


Profiling, adalah sesi memetakan penduduk, membanci dan beramah mesra dengan warga kampung. surprisingly, mereka sangat peramah walaupun berbeza agama dan yelah, kami orang luar kan. dan dari sinilah kami melihat keadaan sebenar mereka, dengan rumah yang daif (dalam gambar tu, lantai pun xde), dan juga keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan. its real life.

Night party

This was on our last night there. bbq. games. tayangan video. dan persembahan. we've enjoyed ourselves.

Post-mortems

Setiap malam akan ada post-mortem. to share what we have done that day, and what need to be done the next day. and i've always loved the post-mortems. theres always something new to be said and heard. its so mind-generating.

Berdasarkan pemerhatian aku, kanak-kanak ni semua pintar. mereka ada rasa nak belajar tu, walaupun yelah, tahap fokus memang sangat rendah. ajar solat, boleh bertahan sampai sujud je. lepas sujud semua tergolek. dan tiap tiap waktu solat kami ajar cara berwuduk. supaya lekat dalam kepala.

Mereka sangat seronok bila ada orang bagi perhatian pada mereka. kids, always need and love attention. boleh la jugak nak kata yang diorang ni kurang kasih sayang. jadi apa yang kita boleh beri?

Kasih sayang.

Semua ni adalah sesuatu yang sangat baru bagi aku. dan aku rasa bangga buat sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ni. its priceless.

No comments: