Sunday, September 6, 2015

semua akan Allah indahkan pada waktunya

semua akan Allah indahkan pada waktunya. 

seperti pelangi yang muncul setelah ribut taufan. seperti tanah yang subur setelah turunnya hujan. seperti kuatnya hati setelah berulang kali disakiti. seperti tabahnya jiwa yang telah sebati dengan luka.

semoga kaki yang tempang selepas jatuh masih mampu menampung berat untuk bangun semula.

dan hati ini takkan pernah putus meminta. mohon dipermudah segala. mohon diberi yang baik baik saja. mohon dimakbulkan segala yang mahu di jiwa. mohon dicurahkan rezeki secukupnya. mohon diberi kesyukuran atas apa adanya.

dan semoga semua yang akan Allah indahkan pada waktunya, adalah apa yang dikatakan sebagai pengakhiran kepada penantian sebuah bahagia. pengakhiran yang diiringi kebaikan dan pahala.

in sha Allah. amiin. 

No comments: