Monday, August 17, 2015

Aceh 13-16 August 2015 (Sabang)

Cerita Sabang


Seperti yang diberitahu, nama pulau ini sebetulnya adalah Pulau Weh, dan Sabang itu adalah nama kota di pulau ini. entah bagaimana ceritanya, disenangkan panggilan terus digelar Sabang. Sabang diiktiraf tempat paling barat di Indonesia, dan di sini juga ada satu tempat digelar Kilometer Nol (KM 0), iaitu titik paling hujung di Indonesia. Penduduk Sabang majoritinya Islam, jadi, mat saleh tak boleh sesuka hati mandi berbikini di sini, digalakkan berpakaian sopan. menurut Subhan, penginapan di sini juga dipantau. siapa2 yang beragama Islam yang bercuti berdua perlu tunjuk kad nikah untuk tidur sebilik. tapi itu tergantung pada penginapan jugalah. ada aja yang curi-curi langgar undang-undang. masa tsunami dulu, Sabang tak terjejas teruk, mungkin sebab pulaunya agak terlindung sedikit.

Banyak tempat menarik untuk dilawati sekeliling Sabang ni. dan sepanjang hari ini, aku berpasangan dengan Sonny, si pemandu becak yang bawa aku pusing Sabang. jalan di Sabang agak berbukit dan ya, pulaunya agak besar jadi antara satu tempat ke satu tempat memakan masa lah jugak.

Tempat pertama, gunung berapi. kata si Sonny, gunung ini masih aktif. ada kolam air panas berdekatan, tapi tak boleh masuk. masa aku kat tempat ni, ada kedengaran bunyi air mendidih. serius mendidih woi. ada jugak lubang2 tempat keluar gas panas. entah apa namanya dalam terma sains, aku tak tau maklumlah aku amek akaun.

Sonny yang ambil, sambil gelak tengok aku posing pfth

Kemudian kami ke Bunker Japang, nama melayunya benteng jepun. ya, ini benteng pertahanan masa zaman jepun dulu. 

laluan ke kubu

tebing tinggi. lepak sini sedap sebab angin sepoi bahasa

Seterusnya, kami ke Sumur Tiga. sumur itu perigi ya. namanya diambil sempena ada 3 ketul perigi kat sini. pantai kat sini cantik, bersih dan tak ramai orang. kat sini mat saleh bebas berbikini. mungkin sebab tak banyak penginapan di sini, yang ada pun kepunyaan mat saleh jugak. 

Asalnya, aku nak menginap kat sini, sebab viewnya memang sangat cantik. tapi dah penuh, so tersesatlah aku kat Iboih. tapi bagus jugak, kalau aku menginap kat sumur tiga mungkin aku xde teman berborak langsung.

pasir putih, laut biru

Kami berhenti makan tengahari jap kat gerai di kota. kemudian, lewat kawasan kota dan singgah di sini,

monumen sabang-merauke

Pernah dengar slogan "dari Sabang ke Merauke"? kalau Sabang tempat paling barat di Indonesia, Merauke pula tempat paling timur di Indonesia. di sini, kami rehat sebentar, sambil bertukar-tukar cerita.

Cerita Sonny

Sonny ni sebaya aku. umur baru 26 tahun. dan apa yang mengejutkan, dia ni bukanlah pemandu becak sepanjang masa. dia bekerja sebagai perawat (lebih kurang macam pembantu perubatan jugalah). tapi di sana, perawat ini kerjanya bukanlah seperti di Malaysia, mereka kerja ikut shift, dan gajinya bergantung pada berapa ramai orang yang dirawat. jadi, Sonny pun sambil-sambil curi masa bawa becak. cari rezeki lebih kot.

Banyak yang dia cerita, tentang keluarganya yang seramai 4 beradik dan seorang ibu (ayah dah meninggal), yang tinggal bersama dalam satu rumah. tentang dirinya masa zaman belajar dulu. dulu, zaman belajar, biasalah, senang terpengaruh. lagi pula, belajar kat tempat yang bercampur dengan orang dari pelusuk negara. dia ni pernah lah cuba macam2, cuba ganja, minum alkohol. tapi mujur, boleh diberhenti dari ketagihan, kecuali rokok.

Oh ya, orang di sini memang kuat merokok. rata-rata aku jumpa semua merokok, tak putus-putus. dan aceh juga terkenal dengan ganjanya. mudah didapati. pokok ganja tumbuh meliar, kata si Sonny.

melayan cerita Sonny sambil menikmati pemandangan ni

Dah penat berborak, kami bergerak menuju ke destinasi seterusnya, air terjun.

jalan ke air terjun

lepas 20 minit, jumpalah air terjunnya

Mula-mula, Sonny macam keberatan nak bawak aku ke air terjun, mungkin sebab malas nak jalan jauh kot. dia kata, kalau dia bawak segerombolan, memang dia tunjuk je suruh jalan terus, tapi sebab aku keseorangan, dia terpaksa teman. hahaha. sampai di air terjun, dia kata kalau nak terjun, terjunlah, but no thanks.

Lepak kejap kat sini menghirup udara hutan. kemudian adalah beberapa pelancong datang, dari Medan. yang datang semua bergerombolan, atau berdua. sempat jugak diorang tanya kami, datang honeymoon ke? amboi, dah macam muka orang aceh ke aku ni?

Dah lama duduk, kami pun bergerak balik ke Iboih. sempat jugak minum petang kat tepi pantai. kopi lagi. memang tak tidur lah aku malamnya.

Sonny pulang, dan aku sambung lepak kat bawah sementara menunggu matahari tenggelam. ada yang temankan, seekor kucing yang manja. haha.

Malamnya, aku lepak-lepak jap dalam bilik. lepas tu rasa bosan, turun bawah nak amek air untuk masak megi, tapi tersangkut lama pulak kat bawah. tersangkut kat siapa? haaa, sangkut sama Subhan dan Rendy. diorang ni pekerja Fina, jadi aku pun lepak la kat bawah borak-borak dengan diorang.

Macam-macam kami borakkan. tentang tempat ni. tentang hidup. tentang cinta. orang aceh semuanya ramah-ramah. sopan-sopan. baik-baik. aku jadi selesa borak panjang dengan diorang walaupun tak kenal sangat. 

Cerita Rendy

Bang Rendy ni tua 4 tahun dari aku. dia seorang perantau. dah merata dia merantau, termasuk Malaysia. haha. asalnya dari Medan, tapi keluarganya tinggal di Kedah. jadi, dia pernah lah duduk kat Malaysia setahun, secara illegal. masuknya memang halal, dengan alasan nak ziarah keluarga, tapi sebab berlama-lama, kerja secara haram, kemudian kena tangkap, langsung terus digantung passportnya sampai lima tahun. terus balik indonesia kerja di aceh.

Seronok dia ceritakan pengalaman dia kat Malaysia. bengang je si Subhan mendengarnya sebab si Subhan ni tak pernah merantau jauh lagi dan memang teringin sangat nak ke sana. aku pun layan je lah cerita bang Rendy, sambil tambah lauk bakar si subhan.

Bang Rendy cerita dia pernah bercinta 7 tahun. dari sekolah lagi. 3 kali putus sambung, kali terakhir putus terus diikat. keluarga dua-dua pihak dah saling kenal dan setuju. alih-alih masa dia berantauan, tunangnya buat hal. terus dia tawar hati. memang dia masih sayang tapi katanya dia tak boleh terima salah perempuan tu. selingkuh sewaktu dah diikat. patah hati betul nampaknya.

Subhan : begitulah risikonya, berani bercinta, berani menderita.

Tapi dia dah jumpa pengganti pun, walaupun memang nampak dia masih sayang ex-girlfriendnya. tapi dia kata, yang baru ni dia senang, saling membantu, tak perlu bercinta lebih-lebih, dah serik katanya.

Si Subhan tenang je dengar cerita bang Rendy, sambil kadang-kadang keluarkan ayat-ayat cinta dia tu. Subhan ni penggemar filem cinta, dan filem malaysia. ombak rindu, syurga cinta, semua dia dah tengok. upin ipin pun dia suka. haha. rata-rata orang sana memang kenal upin ipin, dan boboiboy. dari situlah nama malaysia dikenali.

Sembang dengan Subhan lain pula ceritanya. di sebalik sopan bahasanya dan lembut suaranya, ada kisah yang dibawa.

Cerita Subhan

Subhan sebaya dengan aku. sekali pandang macam lebih muda tapi rupanya sebaya (padahal aku pun gaya macam budak-budak je lagi). asalnya dari Banda Aceh, baru cuba-cuba merantau kerja ke Sabang. sebelum ni, di Banda Aceh, macam-macam kerja dia buat. kebanyakannya kerja kasar lah.

Sembang punya sembang, lama-lama baru terbukak cerita, perihal keluarganya. dia anak kedua dari empat, dan ibunya telah meninggal dunia masa kejadian tsunami 11 tahun lepas. terus terdiam aku. dari sembang-sembang gelak ketawa, terus aku bertukar serius.

Cerita dia, semasa kejadian, dia ada dengan anak sepupunya bila tiba-tiba air datang hanyutkan semua. mujur dia sempat berpaut pada pokok. bila arus dah bawak pergi air, dia perasan ramai yang berpaut kat pokok yang sama. anak sepupunya hilang entah ke mana.

Kemudian dia cari keluarganya. jumpa ayahnya. dan yang lain-lain, kecuali ibunya. dia kata ramai tubuh terlangkup atas air, dan satu persatu dia pusingkan untuk mencari ibunya. ahirnya berjumpa, dan masih bernyawa.

Dibawa ke rumah sakit, namun tak lama umurnya. kata doktor sebab dah tertelan air laut. kata subhan, air laut ni bukan air biasa. airnya warna hitam. kalau terminum, masuk dalam peparu, dan meresap ke seluruh pembuluh darah. di akhirnya, mati dengan seluruh tubuh berwarna hitam.

Sedih dengar cerita Subhan. dan pertama kali mendengar kisah benar dari mulut orang yang terlibat dengan tragedi ni, buat aku rasa insaf.

Lama jugak kami bersembang. lebih 3 jam. sambil-sambil mengeteh. sempatlah berpuntung-puntung rokok diorang bakar. kadang ada orang datang tanyakan bilik, diorang layan jap sebelum sambung borak dengan aku balik. ada pasangan dari medan ni datang dan mintak satu bilik, tapi memang tak diberi sebab takde surat nikah. kata Subhan, orang luar dari aceh memang lebih bebas. sebab tu mereka tak berapa gemar. selalu kecurian yang jadi kat kawasan Sabang ni pun orang luar yang buat.

Kalau yang datang bergerombolan campur laki perempuan pun dipantau. walau bilik sebelah-sebelah pun, si Subhan ni kata dia akan naik atas malam-malam ketuk pintu bilik untuk pastikan tak bercampur laki perempuan. memang menjengkelkan tapi dah undang-undang kata begitu, nak buat camne. kalau ditangkap 4 kali, rumah penginapan tu kena ditutup.

Sedar tak sedar dah pukul 1 lebih. kesian pulak budak-budak tu tidur lambat so, aku minta diri naik tidur. air panas nak masak megi pun dah sejuk, maka aku pun makanlah megi dalam mimpi.

Esoknya, bangun pagi untuk kejar kapal pukul 8. kena gerak dari Iboih seawal 630. zzzzzz.

End of Day 2
Sabang tour : Rp350k
Lunch + drinks : Rp50k
Becak Iboih - Pelabuhan : Rp80k


indeed, i fell in love with this place



1 comment:

Amsyahril Syahril said...

PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

Contact person :

1. Amsyahril
( Director )

Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.