Monday, August 17, 2015

Aceh 13-16 August 2015 (Mukadimah)

Assalamualaikum wbt.

(untuk mendapatkan feel menulis pengalaman berantauan ke aceh selama 4 hari 3 malam, saat ini aku menulis sambil mendengarkan playlist lagu band indonesia terpopular sepanjang zaman)

Kepergian ke Aceh sudah lama dirancang. saat aku memutuskan untuk menghentikan segala kekacauan dalam jiwa, hati meronta ronta untuk merantau sendirian melihat dunia. dan melalui segala pembacaan, aku jatuh hati pada aceh. satu, atas faktor keselamatan. dan dua, atas faktor kejiwaan.

Dan sebetulnya, aku sudah membeli tiket flight sekitar bulan puasa, tapi kekacauan jiwa masih belum terungkai maka burn jelah tiketnya. tapi aku tak putus asa (dongibap). again, last minute plan, and Alhamdulillah, i made it here.

Kenapa Aceh?

Maklum sudah tahu, aceh negeri yang paling terjejas semasa tsunami 2004. paling utamanya, aku tertarik untuk menjejak tinggalan tsunami. dan keduanya, aceh negeri yang beragama, untuk seorang perempuan muda yang baru pertama kali mahu mencuba cuba berjalan sendirian, keselamatan paling utama. InshaAllah, di sini tak banyak jenayah, mungkin sebab ramai yang telah insaf semenjak kejadian tsunami, selain negeri ini melaksanakan hukum hudud. dan juga, aku tertarik dengan pulau weh (dipanggil sabang). memandangkan aku sangat cintakan laut dan pantai, sangat mustahil untuk aku menolak godaan ini.

Maaf, lidah aku masih tersisa bahasa indonesia. sehingga saat ini, tulisannya pun masih terbawa bawa pengaruh indonesia. abaikan sajalah, ok.

Malam sebelum berangkat baru aku bagitau mak ayah aku, mujur diorang tak banyak risau. mungkin sebab aku confident kot. ya, kuncinya, confident. flight pukul 1pm, tempoh penerbangan tak lama pun, dalam kurang sejam setengah. sampai je di Bandara Sultan Iskandar Muda, aku terus naik teksi untuk ke pelabuhan Ulee Lheue (sebutan : ule-le). untuk ke Sabang ada dua jenis kapal, kapal cepat dan kapal lambat (feri). kapal cepat ambil masa lebih kurang 45 minit dan kapal lambat lebih kurang 2 jam. aku beli return tiket kapal cepat untuk ke pelabuhan Balohan. sepatutnya aku beli tiket balik menggunakan kapal lambat untuk jimat duit, tapi terlupa. rugi sikit kat situ. kapal bertolak 2 kali sehari, pagi jam 930 dan petang jam 4.

Sampai di pelabuhan balohan, ramai rupanya pemandu mobil dan becak mencari pelanggan, tapi sebab aku dah tertelefon becak yang direkomen oleh penginapan aku di Sabang, maka aku terpaksa tolak segala pelawaan yang ada. tapi sempat mengambil nombor telefon satu pemandu becak ini, untuk round pulau esok.

hello, Sabang

Aku menginap di Iboih, di Fina bungalow. sebab last minit plan, maka penginapan ni je yang available. di Iboih banyak penginapan, boleh je walk in sebenarnya tapi aku tak berapa yakin. ada banyak bilik yang terus menghadap laut, kebanyakannya di bahagian hujung dan diperbuat dari kayu serta cuma ada kemudahan asas je, kadang2 toilet pun kat luar, jadi harganya lebih murah. di Fina, bilik yang ada semua lebih moden. dan tak perlu jalan jauh sangat.

Sampai di Fina, check in dan berehat dalam bilik menanti sunset. tapi, sunset di Iboih tak berapa cantik, kalau nak pemandangan sunset yang cantik, harus keluar dan lepak di Kilometer Nol.

lepak bilik je da boleh terus nampak laut

Malam tu, xde aktiviti pun. aku turun untuk ambil air panas (untuk masak megi, almaklumlah, percutian bajet) dan sempatlah berborak dengan receptionist, Subhan namanya.

Nanti aku ceritakan lebih pasal Subhan. Oh ya, di sini, aku lebih banyak berborak. dengan semua orang aku berborak. seronok dengar cerita-cerita yang lain dari cerita kita. dan memang itu pun tujuan asalnya, untuk melihat dunia, mendengar cerita dan merasakan jiwa.

End of Day 1
Teksi Bandara-Pelabuhan Ulee Lheue : Rp140k
Kapal cepat : Rp85k (x2 untuk return)
Sim : Rp70k
Becak Pelabuhan Balohan-Iboih : Rp80k
Fina bungalow : Rp250k/night


Esoknya aku bangun awal pagi untuk catch the sun rise. worth it. sebenarnya kalau nak sunrise yang lebih cantik, mereka kata di pantai Sumur Tiga, tapi di Iboih pun, subhanAllah, splendid!

dari beranda bilik

went down for a morning walk and cant stop praising Allah

Iboih ini sebenarnya kawasan perkampungan nelayan. dan juga kawasan snorkelling and diving. untuk diving, dari Iboih, kita akan dibawa ke Pulau Rubiah. tapi aku tak cuba pun snorkeling atau diving, sebab sendirian kan, dan masa pun tak mencukupi.

Dah habis jalan persisir pantai, lepak minum kopi menghadap laut. sempat juga aku bertegur sapa dengan seorang malaysian uncle, Sujit Kumar. He was just retired and has stayed in Iboih for more than 10 days. katanya, memang dia nak habiskan waktu di sini lama, untuk memancing dan mencari ketenangan. i feel you, uncle. aku pun tengah mencari ketenangan juga. just like me, he falls in love with this place and keep comparing it to our place, heh.

This sir was an ex-army before he entered into manufacturing business. worked there for 15 years and decided to retired. and then, there is me, worked for 2 and half year and blatantly retired early. pfth.

Sambil minum kopi tu jugak aku berjumpa dengan seorang owner diving centre, yang dah berkahwin dengan seorang perempuan perancis. anak perempuan dia cantik sangat! memang kat sini ramai mat saleh kahwin dengan local. ya, mungkin sebab mereka cintakan tempat ini, atau cintakan penduduk sini yang sopan-sopan.

Then, I excused myself to get ready for sabang tour, as promised with Sonny, abang becak yang aku jumpa di pelabuhan semalam.


No comments: