Tuesday, August 18, 2015

Aceh 13-16 August 2015 (Jejak Tsunami)

Cerita tsunami

Kapal sampai di pelabuhan Ulee Lheue kira-kira jam 9 pagi. Sebelumnya, Sonny ada aturkan pengangkutan aku, dikenalkan dengan kawannya, Bang Jack. macam biasa, di pelabuhan ramai pemandu becak dan mobil menunggu, tapi senang nak cari bang jack, sebab dia pegang kertas dengan nama aku.

Terasa seperti betul-betul pelancong. haha. bang jack juga pengangkut becak, senang untuk aku yang sendirian ini.

Kami minum pagi dulu di satu restoran. dan aku minum kopi lagi. though i know that i can't take coffee very well, but its addictive to order coffee here.

Destinasi pertama, rumoh aceh. rumoh aceh ni dah berusia 100 tahun. memang betul betul bercirikan tradisional.

rumoh aceh

pintu emas. kau hado?

Bersebelahan rumoh aceh ini ada muzium aceh. ada segerombolan budak tadika buat lawatan sambil belajar. comel semuanya. yang menariknya, guru tadikanya menenangkan anak-anak dengan berlagu nasyid. dalam muzium ada dipamerkan sejarah aceh, dari zaman perang, ke ciri-ciri masyarakat aceh, dan seterusnya serba sedikit kejadian tsunami.

peserta rombongan

Kemudian, kami ke Gunongan. menurut sejarah, gunongan ini dibina oleh Sultan Iskandar Muda untuk isterinya, Putro Phang (dalam melayunya, puteri Pahang) sebagai tanda cinta dan untuk mengubat rindu putri pahang kepada tanah airnya. ya, putri pahang asalnya dari tanah melayu.

konon-konon banjaran titiwangsa la ni

taman permainan puteri

Destinasi seterusnya, muzium tsunami. ini yang aku nak pergi sangat-sangat.

rekaan muzium

replika kejadian tsunami. kerdilnya manusia, tingginya air

aceh sebelum tsunami

aceh selepas tsunami

jam antik yang berhenti tepat jam 8.16, 24 December 2004

di lohong itulah ada perkataan Allah di silingnya

Disebabkan ada renovation, banyak area yang ditutup, termasuklah lohong berbumbungkan nama Allah tu. dan aku sempat menonton video kejadian yang sebenar. tak tergambar perasaannya.

Bang jack kemudian membawa aku ke kapal apung PLTD. di sana, ada guide yang akan menunjukkan dan menceritakan kejadian. kapal ini asalnya di pelabuhan, membekalkan arus elektrik kepada tanah besar. betapa kuatnya arus, sehinggakan kabel terputus, sauh tercabut, dan menghanyutkan kapal besar dan bertan-tan beratnya ni sehingga ke tengah kota. lebih kurang 4-5km jauhnya.

PLTD apung

sisa tinggalan rumah yang terjejas

monumen kapal apung, di belakangnya ada ilustrasi kejadian

Perjalanan diteruskan melewati kawasan kuala, di mana urusan jual beli hasil lautan berlaku. ada pasar basah di depan kuala ni, dan berdekatan pasar inilah terletaknya bot di atas rumah.

bot nelayan di kuala

bot di atas rumah

pemandangan dari atas

Penduduk asal rumah ini telah pindah, namun ada seorang makcik yang tinggal di rumah hadapan yang ada pada waktu kejadian. katanya, dia dari pasar, dan ternampak air tinggi menuju kawasan rumah. teriaknya kepada penduduk kampung, air naik, tapi semua tak percaya. arus datang dan membawa sekali bot ini, lalu mereka yang ada dalam rumah terus berlindung dalam kapal. 59 nyawa terselamat.

Betullah, kadang-kadang, bencana datang ada hikmahnya.

Jam 2, bang jack hantar aku ke hotel. kalau diikutkan, aku mahu ke pantai Lampuuk, tapi kepenatan, dan perjalanan ke Lampuuk pun boleh tahan lamanya, dalam 45 minit dari kota. jadi aku berehat saja di hotel, Hotel Siwah namanya, dan berjanji dengan bang Jack untuk menghantar aku ke Mesjid Raya Baiturrahman sekitar jam 6 nanti.

Mesjid Raya Baiturrahman

ukiran pintu masuk

Sengaja aku pergi awal ke masjid, sebelum tibanya waktu maghrib jam 7. sempat aku pesan pada bang jack untuk ambil aku sesudah isyak nanti. masjid ni masjid paling lama di aceh, wujud seawal zaman perang lagi. banyak kisah sejarah yang terjadi di sini, dari zaman kesultanan, sehingga zaman perang membawa ke tragedi tsunami.

Dan sesungguhnya, aku punya kisah tersendiri di dalam masjid ini, yang biarlah cuma aku dan Allah saja yang tahu. betapa besar kuasa-Nya, Allahuakbar.

Padanlah dengan namanya, serambi Mekah. Kalau di sini pun sudah terkesan sebegitu, di Mekah apatah lagi. Moga berkesempatan ke sana, inshaAllah.

Usai solat isyak, bang jack datang menjemput, dan memperkenalkan aku kepada mie aceh. mie aceh ni seperti mee goreng biasa, tapi rencahnya lebih pedas, dan mee pun seperti spaghetti sikit.

Sambil makan malam, sambil dengarkan cerita bang Jack.

Cerita Bang Jack

Bang Jack memang penduduk asal banda aceh. dia sudah 3 kali berkahwin. kali pertama, isterinya hilang dalam kejadian tsunami. kali kedua, bercerai. dan yang ketiga ini, masih bersama. bang jack kata, dia tak boleh tonton atau dengar cerita tsunami, nanti teringatkan isterinya yang tak dijumpai lagi tu. sebab ketika kejadian, dia meninggalkan isterinya di rumah untuk ke rumah ibunya. entah ke mana dibawa arus, dia pun tidak tahu.

Bang jack dah lama bawa becak, isteri di rumah pula menjahit. di sini, mata pencarian selalunya nelayan, atau bertani, atau menghasilkan hasil kraftangan. telekung dan kain di sini semua buatan tangan. ekonomi di banda aceh tak berapa maju pun, jadi penduduk di sini memang hidup bersederhana.

Sesudah makan, aku pulang ke hotel. esoknya, flight jam 8 pagi, jam 7 bang jack datang menjemput. dalam perjalanan ke bandara, sempat singgah melawat kawasan perkuburan massal, di mana mayat-mayat yang tak dituntut atau dikenali dikuburkan beramai-ramai.


perkuburan massal

End of Day 3
Banda aceh tour : Rp50k/hour
Dinner : Rp50k
Hotel Siwah : RM80/night
Angkutan airport : Rp90k


Sesungguhnya trip kali ini penuh bermakna. aku belajar banyak benda. aku jumpa banyak benda.

Bilamana bersendirian tak menjadikan kau sepi, malah membuatkan kau lebih mengenali diri. Bilamana bersendirian tak membuatkan kau takut, malah bisa membuatkan kau lebih berani. Bilamana bersendirian membuka mata kau sepenuhnya kepada apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan bilamana sendirian itu lebih menenangkan, dan kau cuma ada yang maha kuasa untuk meletakkan harapan.

Dan sesungguhnya, dari mata, telinga dan jiwa, aku jumpa semua. melihatkan hidup yang lebih susah dari hidup kita. mendengarkan kisah yang lebih sedih dari kisah kita. dan merasakan jiwa yang lebih sunyi dari jiwa kita. dan kau terus rasa rendah diri dengan segala kebongkakkan yang ada. yalah, kau rasa hidup kau dah cukup susah, tapi ada lagi yang sejuta kali lebih susah dari kau.

Untung dan malangnya manusia memang berbeza. syukurlah kita apa adanya.

InshaAllah, panjang umur aku akan datang lagi. sungguh, aku dah jatuh hati.

No comments: