Tuesday, September 30, 2014

Tentang hati

Seboleh mungkin ditahan rasa yang terpendam. Sedaya habis dipendam rasa yang mendalam. Sampai suatu ketika, tak tertampung berat rasa, tak tertanggung perit jiwa.

Jangan.

Luahkan, kalau itu bisa mengurang beban.

Sebab kadang kala, luahan itu bukan bermakna kau mahukan penyelesaian. Tapi, kadang kala kau cuma perlu lepaskan. Lepaskan sedikit sesak di jiwa. Lapangkan hati dari asak dunia. Tenangkan fikiran, ambil yang indah indah saja.

Hidup ini mudah. Kau mahu, cubalah minta. Kalau dah meminta, tapi tak kau terima, mungkin bukan takdir kau memilikinya. Kalau dah meminta, diberi yang lainnya, tepuk dada, tanya selera, kalau kau boleh terima, ambillah saja.

Pokok pangkalnya, mampukah kau hadapi apa jua yang bakal terjadi? Mampukah kau atasi kekecewaan hati? Mampukah kau redhai semua yang bakal pasti?

Kalau kau rasa hati kering kau gagah, teruskan.

Dan kau mungkin akan terkejut, kekuatan yang kau ada mungkin melebihi apa yang kau dapat bayangkan. Percayalah.

Been there, done that.