Saturday, July 12, 2014

Jatuh

Dang!

Ouch!

Serentak dua manusia yang berlanggaran sebentar tadi mengaduh. Silap si gadis, melulu jalan tanpa memandang kiri kanan. Khilaf si jejaka, tak peka adanya manusia di sebalik tembok kaki lima itu. Atau adakah salah tembok tersebut? 

Kertas bertaburan. Terhambur keluar dari fail si jejaka. Si gadis mengetap bibir. Rasa bersalah menyelinap. Walau belum diputuskan lagi siapa yang benar benar bersalah.

"Sorry." Perlahan dia menutur. "I  should have looked." Sambungnya lagi. 

"Sokay. My mistake too." Balas si jejaka sambil tersenyum, cuba mengurangkan rasa bersalah si gadis. Lantas dia duduk mencangkung untuk mengutip helaian kertas kerjanya yang berterabur. 

Si gadis masih pegun berdiri. Perlu berlalu atau menolong di situ? Sejenak dia berfikir sebelum turut sama duduk di samping si jejaka. 

"Eh its okay. I can handle this. Awak gerak la dulu." Si jejaka cuba menghalang si gadis. Si gadis cuma tersengih. 

"Takpe. Saya tolong. Sorry again." 

Sambil tangan mengutip kertas, bibir keduanya mengukir senyum sembunyi. 

Cantik senyuman dia. Selama dua tahun mereka saling berpapasan selalu nampak muka macam serius je. Tak sangka senang tersenyum rupanya. Bisik hati si jejaka.

Okay. Cool. Rilex. Dia depan mata. Jangan tunjuk excited. Dua tahun kau boleh kawal riak muka, takkan nak kantoi kali ni pula. Arghh. Jerit hati si gadis. 

Keduanya masih diam membisu. Si gadis mengutip helaian terakhir. Serentak dengan si jejaka yang telah memegang hujung helaian kertas yang sama. Pantas si gadis melepaskan jarinya. Dan bingkas bangun. 

Namun si jejaka masih duduk berteleku. Kelihatannya seperti masih mencari sesuatu. Hairan si gadis. Tiada lagi helaian kertas tertinggal. Tidak pula kelihatan objek lain di atas lantai.

"Awak cari apa lagi tu?" Tanya si gadis. 

Si jejaka menoleh pandang sebelum bangkit. 

"Hati saya."

Huh?

"Hati saya. Dah terjatuh. Boleh awak tolong kutipkan?"

Dan hati keduanya tersenyum lebar dalam sembunyi.

No comments: