Monday, April 14, 2014

Aku Keliru!

Tak, ni bukan pasal aku yang keliru setiap masa. Ni pasal novel baru Nurul Syahida, sequel Aku Kan Novelis, yang baru saja menjengah pasaran April ini.

Dan aku tak berniat nak buat formal novel review, aku cuma mahu bercerita tentang obsesi aku. Obsesi aku terhadap penulis, terhadap cerita ini, dan terhadap Roul.

Roul, gua cinta lu.

Sebab lu, Roul, gua tiap tiap hari refresh website Ilham Karangkraf untuk baca bab bab awal cerita ni. Sebab lu, Roul, gua willing to pay for the novel even gua ada BB1M, not to mention, extra bucks, for the pre-order postage plus the exclusive signature. Sebab lu, Roul, gua push aside notes for my morning test and studied the novel instead, on the night i got my hands on it. Sebab lu, Roul, gua jadi orang yang tak penyabar. Semua sebab lu, sebab gua cinta sama lu.

Sebab tu jugak gua tiba-tiba bergua-lu kat sini. Roh Roul da meresap masuk dalam jiwa gua.

Okay, dah cukup cerita obsesi gua terhadap Roul.

Mengenai cerita ini pula, kali pertama gua tau cerita Aku Kan Novelis (AKN) akan disambung, gua dah tak menyabar. Sekitar bulan March, gua tau AKN2, yakni Aku Keliru, dah boleh ditempah melalui Ar-Razi, terkinja kinja gua pre-order. Sambil menghitung hari, gua stalk blog penulis, facebook, twitter, semualah, semata mata nak dapatkan update terbaru cerita tersebut.

Tak, gua bukan Zafli.

Ok, kalau siapa siapa yang pernah baca AKN, mesti korang dah kenal Safi, Roul, Iza, Helmi, dan watak watak lain. Dan kalau korang dah pernah baca Plain Jane, mesti korang dah kenal Zaniel. Ya, Zaniel diserap masuk dalam AKN2, tambah lauk bak kata orang.

Gua tak kisah pun ada Zaniel. Sebab gua pandang (baca : baca) Roul je.

Cerita masih mengenai Safi, dan percintaan (perhubungan sebenarnya) beliau dengan Roul. Gua suka Safi masih beraku-kau dengan Roul. Gua suka Roul masih bergua-lulu dengan Safi. Gua suka Safi masih memilih Roul walau ada Zaniel. Eh, spoiler. Gua suka Zaniel jumpa Masni akhirnya. Eh, spoiler lagi. Gua suka watak watak perempuan dalam cerita ni yang biasa biasa. Gua suka konflik dalam cerita ni yang biasa biasa. Gua suka biasa. Biasa itu normal.

Tapi cerita ni tak biasa. Ah, gua dah keliru. Macam mana nak cakap eh? Cerita biasa, tapi luar biasa. Luar biasa sebab untuk seorang yang biasa macam gua, gua cuba nak jadikan hidup gua luar biasa. Dan cerita ni ada semuanya yang gua cuba nak hidupkan tu. Sesuatu yang gua boleh kaitkan. Itulah dia. Itulah luar biasa yang gua maksudkan.

Dan bagi korang yang keliru, hati hatilah membaca novel ini, sebab kadang kadang penulis bertukar kata ganti diri. Selain dari Safi sebagai aku, kadang kadang timbul Roul sebagai gua, dan Zaniel sebagai saya. Dan lain lain sebagai kata ganti diri ketiga. Tak lah keliru sangat, sebab bagi aku it blends perfectly. Sebab novel ni bukan hanya mengenai Safi sang novelis, tapi juga perjalanan hidup yang lain lain, yang bukan sekadar picisan tapi memberi impak yang indah. Realiti, hidup kita bukan bersendiri, tapi dilengkapi. Heroin sejati bukan heroin yang semua masalah dihempap ke bahunya sendiri, contohnya heroin melayu yang sudahlah diperkosa, dikahwin paksa, dibuang keluarga, ada laki tak guna, dapat barah otak pula. Contoh ok, contoh.

Heroin sejati adalah heroin yang biasa biasa saja, tapi dikelilingi oleh manusia pelbagai rupa dan hidup saling bertukar cerita. Itu adalah realiti. Sebab realiti hidup cuma biasa biasa saja. Tiada drama, melainkan drama yang kita reka.

Kalaulah dalam realiti watak Roul wujud, gua nak pinang dia. Which is mustahil. Satu, sebab Roul tak wujud. Dua, sebab gua pun takkan berani nak pinang orang sesuka hati. Gua biasa biasa saja. Cakap banyak tapi tak guna.

Gua masih obses dengan Roul. Gua cinta lu, Roul.

Tapi Roul masih tak wujud. Jadi, gua cinta lu, Syai. Sebab bagi gua kenal Roul. Dan jatuh cinta walau tak nyata. Harap lu tak muntah dengar pengakuan cinta gua.

Eh, gua rasa keliru baca entry gua ni. Bai. Gua out dulu sebelum gua keliru dan merepek lagi banyak.