Sunday, February 9, 2014

Eclipse

"You wanna some?" pelawa si gadis pada si lelaki yang batuk tak berhenti sedari tadi. Tin kecil berisi gula gula eclipse dipegang antara ibu jari dan jari telunjuk, disua di hadapan si lelaki.

Si lelaki terkaku. Pandangan pelik dihantar kepada si gadis penghuni cubicle di hadapannya sejak 3 bulan lalu. Si gadis yang tak pernah bertegur sapa dengan sesiapa di pejabat kecuali kakak admin dan sebilangan kakitangan wanita lain. Si gadis yang selalu kelihatan serius menghadap skrin monitornya, terkadang menampakkan kerut di dahi sambil melepaskan keluhan kecil. Si gadis yang amat jarang sekali mengangkat muka, namun sentiasa saja tersenyum manis tatkala pandangan menyapa tanpa sengaja. 

Wajah tanpa riak si gadis pamerkan, lantas si lelaki mengendurkan pandangan peliknya, dan dengan senyuman, huluran tin eclipse disambut dengan tangan kanan.

"Thanks"

Si gadis cuma tersenyum. 

"Spearmint?" Tin kecil berwarna hijau itu dibelek. "I thought everyone will go for the purple. Or original taste."

"I'm not everyone." Si gadis tersenyum lagi. "Ntah. I just like the taste. Its cooling, yet sweet."

Si lelaki mengangguk faham. Tutup tin kecil berwarna hijau itu dibuka. Sebiji gula gula dikeluarkan, sebelum dikemam di dalam mulut. 

"Cold. And sweet." Tutur si lelaki perlahan. Pandangan dihala ke wajah di gadis. "Just like you."

Tin kecil berisi gula gula eclipse dipegang antara ibu jari dan jari telunjuk, lalu disua kembali di hadapan si gadis.

Si gadis menyambut huluran sambil cuba menyembunyikan wajahnya yang memerah, tapi tidak berjaya menyembunyikan senyum malunya dari pandangan si lelaki.

Manis gula gula eclipse spearmint sudah mula terasa. Semanis rasa yang bertandang dalam jiwa keduanya, rasa yang datang secara tiba tiba. 




No comments: