Saturday, November 29, 2014

I don't know

Have you ever feel like getting rid of everything and start a new? Or maybe just stay strong and be a new person? Or better, do nothing and just let life decides.


I do. Almost every second.


Life is getting hard. And the fact that we're getting old does not reflect our maturity in handling life. No. Life is getting hard. And problems are getting bigger. And we will be left puzzled, always.


You might want to run. Yes.You can run away. But for how long?


That's what I've been asking lately. How long am I going to run from reality? And how do I decide what I should do?


Do second choices exist? Or do I start a new?


I don't know. For now, I just wanna run. And shut the world out. For as long as I can. Who knows. Maybe for a couple of weeks. Or maybe it'll last only for couple of days. I don't know.


I really don't know.

Friday, October 10, 2014

Be careful what you wish for

For the past few weeks, I was sad. I was devastated. I was frustrated.


Yet, no tears run down my cheeks.


That's just me. Its not easy to see me letting the emotions all out in tears. I remember, once, I had to watch A Moment to Remember just to let out all the frustration I had in me. Just because its not easy to cry.


I can cry if and only if I watched something totally sad, when I am totally mad, or when I received death news.


For the past few weeks that I can't cry though I seriously wanted to let all the tears all out, I wish for any cause for me to cry appear. So that I have a solid reason to cry.


And then, it happened.


It really happened.


She left me forever.


I haven't get used to losing a grandma 8 month ago, and then, another one, the only grandma I have left, leaving us unexpectedly.


And I was surprised that I can actually cried for days.


Be careful what you wish for. It may be the only thing you regret when it happened.


I know I have to let her go, but I just can't. Not yet. I haven't moved on yet.


She was the nicest person I have ever known. I know she is in a better place. And i am glad that she leaves all the good things behind, even in her last days. You will be missed, always, nenek.


Al-fatihah.

Tuesday, September 30, 2014

Tentang hati

Seboleh mungkin ditahan rasa yang terpendam. Sedaya habis dipendam rasa yang mendalam. Sampai suatu ketika, tak tertampung berat rasa, tak tertanggung perit jiwa.

Jangan.

Luahkan, kalau itu bisa mengurang beban.

Sebab kadang kala, luahan itu bukan bermakna kau mahukan penyelesaian. Tapi, kadang kala kau cuma perlu lepaskan. Lepaskan sedikit sesak di jiwa. Lapangkan hati dari asak dunia. Tenangkan fikiran, ambil yang indah indah saja.

Hidup ini mudah. Kau mahu, cubalah minta. Kalau dah meminta, tapi tak kau terima, mungkin bukan takdir kau memilikinya. Kalau dah meminta, diberi yang lainnya, tepuk dada, tanya selera, kalau kau boleh terima, ambillah saja.

Pokok pangkalnya, mampukah kau hadapi apa jua yang bakal terjadi? Mampukah kau atasi kekecewaan hati? Mampukah kau redhai semua yang bakal pasti?

Kalau kau rasa hati kering kau gagah, teruskan.

Dan kau mungkin akan terkejut, kekuatan yang kau ada mungkin melebihi apa yang kau dapat bayangkan. Percayalah.

Been there, done that.

Saturday, July 19, 2014

Jatuh cinta, bukan?

Gugur jantung. Luruh jiwa. Rintih lara. Lirih rasa. 

Tak. Ini bukan jatuh cinta. 

Bukan jatuh cinta. 

Bukan jatuh cinta.

Mana mungkin jatuh cinta. Jatuh cinta indah belaka. Tiada jantung yang gugur. Tiada jiwa bakal luruh. Tak terdengar jiwa merintih. Tak mungkin rasa melirih. 

Tak. Ini bukan jatuh cinta.

Tapi, kenapa hati perlu mengaduh melihat kau tersenyum disampingnya?

Saturday, July 12, 2014

Jatuh

Dang!

Ouch!

Serentak dua manusia yang berlanggaran sebentar tadi mengaduh. Silap si gadis, melulu jalan tanpa memandang kiri kanan. Khilaf si jejaka, tak peka adanya manusia di sebalik tembok kaki lima itu. Atau adakah salah tembok tersebut? 

Kertas bertaburan. Terhambur keluar dari fail si jejaka. Si gadis mengetap bibir. Rasa bersalah menyelinap. Walau belum diputuskan lagi siapa yang benar benar bersalah.

"Sorry." Perlahan dia menutur. "I  should have looked." Sambungnya lagi. 

"Sokay. My mistake too." Balas si jejaka sambil tersenyum, cuba mengurangkan rasa bersalah si gadis. Lantas dia duduk mencangkung untuk mengutip helaian kertas kerjanya yang berterabur. 

Si gadis masih pegun berdiri. Perlu berlalu atau menolong di situ? Sejenak dia berfikir sebelum turut sama duduk di samping si jejaka. 

"Eh its okay. I can handle this. Awak gerak la dulu." Si jejaka cuba menghalang si gadis. Si gadis cuma tersengih. 

"Takpe. Saya tolong. Sorry again." 

Sambil tangan mengutip kertas, bibir keduanya mengukir senyum sembunyi. 

Cantik senyuman dia. Selama dua tahun mereka saling berpapasan selalu nampak muka macam serius je. Tak sangka senang tersenyum rupanya. Bisik hati si jejaka.

Okay. Cool. Rilex. Dia depan mata. Jangan tunjuk excited. Dua tahun kau boleh kawal riak muka, takkan nak kantoi kali ni pula. Arghh. Jerit hati si gadis. 

Keduanya masih diam membisu. Si gadis mengutip helaian terakhir. Serentak dengan si jejaka yang telah memegang hujung helaian kertas yang sama. Pantas si gadis melepaskan jarinya. Dan bingkas bangun. 

Namun si jejaka masih duduk berteleku. Kelihatannya seperti masih mencari sesuatu. Hairan si gadis. Tiada lagi helaian kertas tertinggal. Tidak pula kelihatan objek lain di atas lantai.

"Awak cari apa lagi tu?" Tanya si gadis. 

Si jejaka menoleh pandang sebelum bangkit. 

"Hati saya."

Huh?

"Hati saya. Dah terjatuh. Boleh awak tolong kutipkan?"

Dan hati keduanya tersenyum lebar dalam sembunyi.

Monday, April 14, 2014

Aku Keliru!

Tak, ni bukan pasal aku yang keliru setiap masa. Ni pasal novel baru Nurul Syahida, sequel Aku Kan Novelis, yang baru saja menjengah pasaran April ini.

Dan aku tak berniat nak buat formal novel review, aku cuma mahu bercerita tentang obsesi aku. Obsesi aku terhadap penulis, terhadap cerita ini, dan terhadap Roul.

Roul, gua cinta lu.

Sebab lu, Roul, gua tiap tiap hari refresh website Ilham Karangkraf untuk baca bab bab awal cerita ni. Sebab lu, Roul, gua willing to pay for the novel even gua ada BB1M, not to mention, extra bucks, for the pre-order postage plus the exclusive signature. Sebab lu, Roul, gua push aside notes for my morning test and studied the novel instead, on the night i got my hands on it. Sebab lu, Roul, gua jadi orang yang tak penyabar. Semua sebab lu, sebab gua cinta sama lu.

Sebab tu jugak gua tiba-tiba bergua-lu kat sini. Roh Roul da meresap masuk dalam jiwa gua.

Okay, dah cukup cerita obsesi gua terhadap Roul.

Mengenai cerita ini pula, kali pertama gua tau cerita Aku Kan Novelis (AKN) akan disambung, gua dah tak menyabar. Sekitar bulan March, gua tau AKN2, yakni Aku Keliru, dah boleh ditempah melalui Ar-Razi, terkinja kinja gua pre-order. Sambil menghitung hari, gua stalk blog penulis, facebook, twitter, semualah, semata mata nak dapatkan update terbaru cerita tersebut.

Tak, gua bukan Zafli.

Ok, kalau siapa siapa yang pernah baca AKN, mesti korang dah kenal Safi, Roul, Iza, Helmi, dan watak watak lain. Dan kalau korang dah pernah baca Plain Jane, mesti korang dah kenal Zaniel. Ya, Zaniel diserap masuk dalam AKN2, tambah lauk bak kata orang.

Gua tak kisah pun ada Zaniel. Sebab gua pandang (baca : baca) Roul je.

Cerita masih mengenai Safi, dan percintaan (perhubungan sebenarnya) beliau dengan Roul. Gua suka Safi masih beraku-kau dengan Roul. Gua suka Roul masih bergua-lulu dengan Safi. Gua suka Safi masih memilih Roul walau ada Zaniel. Eh, spoiler. Gua suka Zaniel jumpa Masni akhirnya. Eh, spoiler lagi. Gua suka watak watak perempuan dalam cerita ni yang biasa biasa. Gua suka konflik dalam cerita ni yang biasa biasa. Gua suka biasa. Biasa itu normal.

Tapi cerita ni tak biasa. Ah, gua dah keliru. Macam mana nak cakap eh? Cerita biasa, tapi luar biasa. Luar biasa sebab untuk seorang yang biasa macam gua, gua cuba nak jadikan hidup gua luar biasa. Dan cerita ni ada semuanya yang gua cuba nak hidupkan tu. Sesuatu yang gua boleh kaitkan. Itulah dia. Itulah luar biasa yang gua maksudkan.

Dan bagi korang yang keliru, hati hatilah membaca novel ini, sebab kadang kadang penulis bertukar kata ganti diri. Selain dari Safi sebagai aku, kadang kadang timbul Roul sebagai gua, dan Zaniel sebagai saya. Dan lain lain sebagai kata ganti diri ketiga. Tak lah keliru sangat, sebab bagi aku it blends perfectly. Sebab novel ni bukan hanya mengenai Safi sang novelis, tapi juga perjalanan hidup yang lain lain, yang bukan sekadar picisan tapi memberi impak yang indah. Realiti, hidup kita bukan bersendiri, tapi dilengkapi. Heroin sejati bukan heroin yang semua masalah dihempap ke bahunya sendiri, contohnya heroin melayu yang sudahlah diperkosa, dikahwin paksa, dibuang keluarga, ada laki tak guna, dapat barah otak pula. Contoh ok, contoh.

Heroin sejati adalah heroin yang biasa biasa saja, tapi dikelilingi oleh manusia pelbagai rupa dan hidup saling bertukar cerita. Itu adalah realiti. Sebab realiti hidup cuma biasa biasa saja. Tiada drama, melainkan drama yang kita reka.

Kalaulah dalam realiti watak Roul wujud, gua nak pinang dia. Which is mustahil. Satu, sebab Roul tak wujud. Dua, sebab gua pun takkan berani nak pinang orang sesuka hati. Gua biasa biasa saja. Cakap banyak tapi tak guna.

Gua masih obses dengan Roul. Gua cinta lu, Roul.

Tapi Roul masih tak wujud. Jadi, gua cinta lu, Syai. Sebab bagi gua kenal Roul. Dan jatuh cinta walau tak nyata. Harap lu tak muntah dengar pengakuan cinta gua.

Eh, gua rasa keliru baca entry gua ni. Bai. Gua out dulu sebelum gua keliru dan merepek lagi banyak.

Sunday, March 16, 2014

Reflect

Dia merenung ke luar jendela. Dari 2 jam 45 minit yang lepas dia berusaha untuk melelapkan mata namun tidak berjaya. Dari mula bas meninggalkan terminal sehingga tinggal lagi suku perjalanan, mata terpejam tapi minda tetap menerawang.

Putus asa, dia mengalah dengan kedegilan mata, dan lantas merenung ke luar jendela.

Merenung refleksi diri. Dan cuba mencari refleksi kehidupan.

Sehingga refleksi sesusuk tubuh menangkap mata. 

"May i?" Tanya si pemuda dengan kening sebelah terangkat sambil jari telunjuk menunjuk ke tempat duduk kosong di sebelahnya. 

Kening sebelah kanannya ikut sama terangkat. Refleks.

Berdehem. "Kenapa?"

Si pemuda tidak terus menjawab soalannya, laju sahaja menyelitkan tubuhnya mengisi tempat duduk kosong di sebelahnya, tanpa diundang. 

Kening sebelah kanannya masih terangkat, tapi kini diikuti pula mulut yang mula ternganga luas. Refleks.

"Sorry, saya tengok awak macam bosan je, saya boleh teman awak berborak." Mukadimah dari si pemuda.

Dan dia hanya berfikir satu perkara sahaja - taktik. Taktik mengayat. Taktik mengorat. Taktik yang membuatkan dia rasa ingin ketawa kuat. Tapi dia cuba bertahan dari terlepas gelak. Dan cuba mengekalkan wajah kosong tanpa riak.

"I saw you staring outside the window..." Si pemuda masih cuba memancing kata, bila dia hanya membisu tak menjawab apa apa.

"...empty..." sambung si pemuda.

Masih diam.

"...and blankly..."

Malas layan.

"...but your mind seems full without emptiness. And all the things inside it, are all working and moving, not blankly static."

Ok. Dia mengalah. 

"So, nak borak apa?" Pertanyaan malas darinya. 

"What were you thinking about?" Pertanyaan yang kedengaran jujur dari si pemuda. 

"Nothing." Noktah. Dengan harapan sesi berborak bakal tamat dengan mudah.

"Well, thats not quite what i was thinking of." 

"So what were you thinking of what was i thinking?" 

"Life."

Jawapan pendek dari si pemuda buat dia terfikir sejenak. 

"Well, every living things has life to live on. And by living, they ought to think of why and how to survive their life. But my life has nothing to do with you, sir, so the answer of what i was thinking is still, nothing, to you." Dengan senyum malas, dia mengakhiri penjelasan.

Si pemuda tertawa. "I'm impressed. And you have got quite a speech there." 

"That really sums up of what i was thinking." Rendah suaranya menutur. 

"Nothing to do with me, aite? So thats easy. We can talk about everything coz it meant no harm to anyone, isnt it? We're strangers, remember. By all means, what we spill to each other will be forgotten. God knows when will we meet again later. And who knows, maybe we wont."

Dia cuma menghantar pandangan tidak percaya kepada si pemuda yang tidak mengenal erti putus asa dan putus kata.

"So, shall we start again? What were you thinking about?" Kedua dua kening diangkat dua kali. Double jerk.

Dia mengeluh. Ok, dia mengalah, lagi.

"Life." Sepatah. Memberi kemenangan percuma kepada si pemuda. 

"So thats what i thought."

"Yes, you win."

"What is life to you?" Serius.

Terus mindanya ligat mengumpul data mengarang ayat. Apa erti hidup baginya? Selama 25 tahun dia hidup, soalan yang sama masih berlegar di kepala. Hidup itu apa? Adakah cuma tempat persinggahan sebelum ke sebelah sana? Atau nyawa yang perlu dia tatang penuh jaga supaya tidak terluka? Atau mungkin sekujur tubuh yang diutus untuk mencari ilmu, mencari rezeki dan mencari redha Ilahi? Dan juga untuk refleksi diri?

Ya, selama 25 tahun dia hidup, dia masih cuba mencari refleksi diri. Yang masih belum ditemui.

"Life, is full of question." di bawah sedar minda dia berkata. Lupa pada si pemuda di sebelahnya. 

Hanya bila si pemuda memetik jari di depan matanya baru dia tersentak dan terjaga. 

"No, dear. Wake up! Hidup memang penuh persoalan, tapi semua persoalan ada skema jawapan. Now, tell me, what have you not achieve, yet, in life?"

"Err, kahwin?" Refleks dia menjawab.

Si pemuda tertawa. Refleks juga, mungkin. "Of all questions, itu yang awak fikir?"

"Dont laugh, thats what women in twenties think all the time. Dan jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Tuhan, its not wrong to always wonder the mystery of it." Wajahnya ditundukkan cuba menyembunyikan kemerahan.

"Okay. Sorry. Now, listen. Everything happens for a reason. Have you ever wonder why you have yet to find your partner for your so called dream marriage?"

Dia menggeleng. "I leave it to the hands of Allah. Well, after a series of trial and error, that is the best way as it was meant to be."

"Now, here where you went wrong. Like i said. Everything happens for a reason. You have yet to find your partner for your so called dream marriage, is because..." 

Jeda. Si pemuda tersenyum nakal. Dan dia membalas dengan pandangan skeptikal. Menanti sambungan dari mulut si pemuda.

"...you havent meet me yet." Di hujung ayat si pemuda ketawa.

Dia menjulingkan mata. Lelaki. Tipikal.

"Kidding. Kidding. Okay, serius. Awak tak jumpa lagi mungkin sebab ada benda lain yang lagi penting untuk awak cari. Life is not about one thing. Everything is connected. You just have to find the basic of it. And in times, it will lead to one another."

Dia terdiam. Cuba menyambung sel sel otak. Cuba mencerna apa yang baru dia dengar, dan cuba berfikir di luar kotak. 

Mungkin ada betulnya. Dia terfikir kerjanya yang tak tentu hala. Dia terfikir masanya yang tak betah dijaga. Dia terfikir dirinya yang tak terurus belaka. Dan dia terfikir mungkin belum sampai masanya untuk hidup berdua, selagi hidup yang seorang dia tak mampu bawa sebaiknya.

"You are right." Dia mengangguk. "But you just messes my mind more. Sekarang makin banyak persoalan hidup yang timbul. Its not helping, sir." Dia ketawa. Begitu juga si pemuda.

"No worries. I will help you to clear that out. Now, think of all things that you have achieved so far in life."

Dahi berkerut. "And how is that helping?" Penuh kehairanan dia bertanya.

"You sure have a lot of questions, dear. Yet you blame life for all the questions. Fikir jelah. Nanti awak tau kenapa." Bebel si pemuda. Dia cuma buat muka.

Tapi minda lagi sekali ligat mengumpul data mengarang ayat. Banyak juga yang telah dia capai dalam hidup. 25 tahun dia hidup, tak semuanya mendung kelabu, ada juga pelangi berlalu. Masih mampu bernafas selama 25 tahun juga dia rasakan bukan mudah untuk dilakukan. Dan dia bersyukur mampu melakukannya.

"Dah habis fikir? Ke banyak lagi? Perlu lebih masa?" Sarkastik pertanyaan si pemuda. 

Dia menjeling. "Perli sangat tu."

"Haha. Manalah tau banyak sangat pencapaian hidup awak."ketawa.

Dia ikut ketawa.

"To sum up, yes, my life is not empty. In between storms, rainbows did appear at some times."

"Good. Now, back to the basic. Remember, everything happens for a reason. Do you know the reasons behind all those achievements?"

Dia tersenyum. Dah jumpa kaitannya. 

"Of course. Hard work. Pray. And God's will. If it is meant to be, it will be. It is just a matter of time, kan."penuh yakin dia menjawab.

Si pemuda cuma mengangguk berpuas hati. "Dah nampak kaitannya?"

Dia cuma tersenyum berlapang dada. Tapi ada satu lagi soalan yang dia ada. 

"Jadi, apa kaitan reasons behind everything happened dengan questions of life?" Dia bertanya.

Si pemuda menarik nafas panjang. Sebelum menjawab.

"Life is definitely full of questions. Instead, that is what we are created for. To find the answers for all the questions of life. Like what i said, there is no question without answer, and everything happens for a reason. Reflect back, there are things that you have achieved, which means you have found the answers for the questions and your quest is completed. But then, there are things that you have yet to achieve, but that does not mean that your questions will remain unanswered and your quest will not be completed, because everything happens for a reason, kan? Hard work, pray and God's will, remember? And time will tell when will you find the answers."

Dia terkelu. 

Benar. Selama dia berfikir tentang hidup, tak pernah dia dapat jawapannya. Tak pernah dia dapat fikirkan kaitannya dengan perkara yang telah lalu, kerana dia terlalu galak mencari masa depan. Tak pernah pun dia terfikir yang perkara yang telah terjadi ada sebab musababnya, dan apa yang belum terjadi, pasti akan terjadi juga. Dan masa depan akan tetap menjadi sejarah, suatu hari nanti. 

Kadang kadang dia terlupa untuk mencari jawapan dari lembaran hidup yang dah tertulis, kerana terlalu memikirkan jawapan itu adalah misteri yang tiada kunci. Padahal, kuncinya ada pada dirinya sendiri. 

"So, what are you thinking about, now?" Tanya si pemuda.

"Nothing." Dia tersenyum.

"Still?" Si pemuda yang kehairanan menagih penjelasan.

"Yup. Now that i have found what i needed most in life, i have nothing to worry about. At least, for now."

"So, what was it that you needed most in life, care to share?" 

Dia tersenyum lagi. "Reflect."

Si pemuda mengangguk. "Indeed. It is all we need." Mengiakan. "And you, are my reflection, as well." Perlahan.

"Sorry? Cant hear you?" Tanya dia kembali, cuba memastikan.

"Takde papelah." Si pemuda menutup bicara. 

Dia pun sudah kehilangan kata. Untuk seketika, keduanya senyap seribu bahasa. 

"Tapi kan..." Si pemuda membiarkan ayatnya tergantung.

Wajahnya di toleh ke kiri. Bertemu pandang dengan si pemuda. 

"Tapi apa?"

"I still think that you have yet to find your partner for your so called dream marriage, because you havent meet me yet." Ketawa.

"Ha ha. So funny. That also means it could be anyone. Jangan nak perasan sangat okay." 

"Kidding okay. Lek ah."

Dia cuma tersenyum menyambut senang gurauan tersebut. Tiba tiba dia teringatkan sesuatu.

"Hey bro, whats your name?" Pertanyaan yang baru menjengah minda terus spontan bibir melontarkan kata.

"Thought you wouldnt ask." Si pemuda tersenyum lebar.

Dia menjulingkan mata. "Taknak tau pun sebenarnya. Tapi tak sedap pulak borak lama tak tahu nama."

Si pemuda tersenyum sebelum berkata, "Ilham."

Ilham.

Ilham. Si pemuda yang namanya Ilham.

Ilham. Si pemuda yang pemikir.

Ilham. Ya, mungkin Ilham adalah jawapan kepada semua persoalannya. Mungkin Ilham lah yang dapat membantunya mencari refleksi diri. 

Dan mungkin Ilham lah yang dia perlukan sebenarnya.

Ilham. 

Dia tersenyum. God knows when will we meet again later. 

If it is meant to be, it will be. InshaAllah.



Monday, February 24, 2014

Belasungkawa

Tiada yang kekal selamanya. Setiap nafas yang terhela, satu detik masa ditolak dari ruang waktu kepunyaan-Nya. Nyawa - hanya dipinjamkan cuma. Yang bila bila ketika saja bakal ditarik semula. Bila tiba waktunya roh dipisahkan dari jasad. Bila tiba waktunya mata terpejam rapat. Bila tiba waktunya bibir terkatup tubuh membeku, keras, biru dan kaku.
 
Yang tinggal cuma kenangan. Diulang tayang dalam minda insan insan yang ditinggalkan. Esak tangis kedengaran. Dalam hati penuh kekesalan. Ah, kalaulah ini semua hanya mimpi. Kejutkanlah. Kejutkanlah biar tersedar dari tidur. Kejutkanlah dan katakan ini cuma lena sementara. Bukan selamanya. Kejutkanlah, kalau mampu untuk dijagakan.
 
Tapi kita tak punya kuasa. Kudrat kita kudrat manusia. Sedang Dia yang mengatur segala. Yang Maha Berkuasa.
 
Kudrat kita cuma mampu berdoa. Moga rohnya tenang di sana. Moga diampunkan segala dosa. Moga kita redha dengan pemergiannya.
 
Al-fatihah, nenek. Tunggu kami di sana.

Sunday, February 9, 2014

Eclipse

"You wanna some?" pelawa si gadis pada si lelaki yang batuk tak berhenti sedari tadi. Tin kecil berisi gula gula eclipse dipegang antara ibu jari dan jari telunjuk, disua di hadapan si lelaki.

Si lelaki terkaku. Pandangan pelik dihantar kepada si gadis penghuni cubicle di hadapannya sejak 3 bulan lalu. Si gadis yang tak pernah bertegur sapa dengan sesiapa di pejabat kecuali kakak admin dan sebilangan kakitangan wanita lain. Si gadis yang selalu kelihatan serius menghadap skrin monitornya, terkadang menampakkan kerut di dahi sambil melepaskan keluhan kecil. Si gadis yang amat jarang sekali mengangkat muka, namun sentiasa saja tersenyum manis tatkala pandangan menyapa tanpa sengaja. 

Wajah tanpa riak si gadis pamerkan, lantas si lelaki mengendurkan pandangan peliknya, dan dengan senyuman, huluran tin eclipse disambut dengan tangan kanan.

"Thanks"

Si gadis cuma tersenyum. 

"Spearmint?" Tin kecil berwarna hijau itu dibelek. "I thought everyone will go for the purple. Or original taste."

"I'm not everyone." Si gadis tersenyum lagi. "Ntah. I just like the taste. Its cooling, yet sweet."

Si lelaki mengangguk faham. Tutup tin kecil berwarna hijau itu dibuka. Sebiji gula gula dikeluarkan, sebelum dikemam di dalam mulut. 

"Cold. And sweet." Tutur si lelaki perlahan. Pandangan dihala ke wajah di gadis. "Just like you."

Tin kecil berisi gula gula eclipse dipegang antara ibu jari dan jari telunjuk, lalu disua kembali di hadapan si gadis.

Si gadis menyambut huluran sambil cuba menyembunyikan wajahnya yang memerah, tapi tidak berjaya menyembunyikan senyum malunya dari pandangan si lelaki.

Manis gula gula eclipse spearmint sudah mula terasa. Semanis rasa yang bertandang dalam jiwa keduanya, rasa yang datang secara tiba tiba. 




Saturday, January 11, 2014

5 reasons i can't get married right now

2014 has started. Another year means another number has been added to my age. And i am anticipating another year full of marriage, or at least, talk about marriage.

But dear me, please get into your right mind. Read the title above, and read those 5 things below:

#1. You do not own a house yet.

#2. You have not completed your CA exams yet.

#3. You have been tied up, not to a man, but to your company. Yes, you are bounded.

#4. You are an auditor. You work till late at night. Sometimes you skip lunch. Sometimes you have late dinner. And sometimes you work on weekends. Sometimes, or most of the times, especially during peak period.

#5. You have no boyfriend. 

Oh, what a 'no life'!


p/s: I know this is totally not a right way to write on a new page of a new book. But start fresh? Pfth. BS. It will be the same throughout the year.