Tuesday, October 1, 2013

be a man

maksudnya, bertanggungjawablah atas segala apa yang kau lakukan.

dan tak, aku tak suruh kau yang perempuan tu tukar jantina.

aku percaya pada karma. dan jangan beratkan fikiran, bukan karma seperti dalam agama hindu itu. fikir secara amnya, karma itu adalah seperti buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. what goes around comes around. dan aku tak rasa fikiran seperti itu memurtadkan. haruslah kan, setiap apa yang kita buat akan ada balasannya. jadi tak salah untuk aku mempercayai karma itu wujud. macam aku percaya pada qada' dan qadar juga.

ya, setiap apa yang kita lakukan akan ada balasannya. kau buat baik kat orang, mungkin nanti akan ada orang buat baik kat kau. kau kerja ikhlas, maka duit gaji kau dapat berkat. dan seperti mana kau tak boleh expect tahi akan dibalas dengan bunga, seperti itulah juga kau tak boleh expect benda jahat yang kau lakukan akan dibalas dengan kebaikan.

maka, bersedialah. untuk setiap tingkah laku yang kau bakal ambil, bersedialah untuk sebarang kemungkinan.

kalau kau decide nak ponteng kelas, bersedialah untuk dapat surat amaran. kau malas nak siapkan kerja, bersedialah kena maki dengan bos. kau dah ready untuk berkahwin, bersedialah galas tanggungjawab besar. bila kau rasa macam nak sepak orang, bersedialah untuk terima sepak balas dari orang tu balik. dan untuk kau yang suka hancurkan hati orang, bersedialah untuk tadah besen bawah hati kau kot kot akan ada yang tolong menghancurkan suatu hari nanti.

sebab dalam apa apa jua tindakan, kau harus bertanggungjawab atas segala apa yang kau lakukan. sebab bila tiba suatu masa balasan itu tiba, kau harus hadap ke depan berdiri, bukan paling ke belakang dan lari . sebab kau harus jadi jantan, bukan perempuan. when things are doomed, just, be a man, and face the fact that you have created.

faham, kan? hukum yang senang. dan aku rasa aku tak perlu terangkan lebih lanjut konsep accountability dan responsibility yang setiap tahun aku disogokkan sejak aku berkecimpung dalam bidang perakaunan. trust me, you would not want me to explain that in technical accounting terms.

semat dalam otak untuk kau berfikir sebelum kau bertindak. be a man. maksudnya, bertanggungjawablah atas segala apa yang kau lakukan.

dalam erti kata lain, ingatlah bahawa buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas jahat. buat baik kau dapat pahala. buat jahat dosa makannya.


p/s : tapi jangan risau, kadang kadang ada je tahi yang kau bagi tu orang balas dengan bunga. sebab dah jadi baja. dan kalau kau expect nak dapat bunga dari tahi yang kau bagi, bagilah bunga pada tahi yang kau dapat dulu. sebab kadang kadang, kita tak perlu balas kejahatan dengan kejahatan. lebih afdhal sekiranya kebaikan tersebar di setiap rongga udara, baik di kawasan pergunungan alps, mahupun di loji sisa kumbah. dan kau akan jadi jantan paling gagah kalau kau mampu mengharumkan loji sisa kumbah.

No comments: