Tuesday, September 24, 2013

apa yang aku kau dan kita kejar hari ini?

Selasa, 24 September 2014.

Soalan pertama yang terbit dari minda terbuka aku (selain dari kenapa hari ni bukan hari ahad?) adalah :

Apa yang aku kejar hari ini?

Dan bukan hari ini saja, malah esok lusa tulat dan seterusnya. 

Bagi seorang manusia yang selalu gagal untuk merancang, jarang sekali merancang dan amat sukar untuk merancang, aku tak pernah letakkan apa apa sasaran di hadapan. Bagi aku, cukuplah cuma ada pemboleh ubah malar; yakni Allah, pemboleh ubah dimanipulasi; yakni masa dan pemboleh ubah bergerak balas; yakni aku. Dan hipotesis kalau diizinkan Tuhan, maka jadilah ia, takkan pernah bisa ditolak. Maka apa lagi yang kita ada untuk dikejarkan sebenarnya?

Tapi kata orang, people who fail to plan, is planning to fail. Mana mungkin. Mana pernah dibuat orang merancang untuk gagal (kecuali ketika ujian saringan hiv). Dan siapa kata kalau kita tak merancang kita akan gagal? Aku kata tak. Sebab kalau merancang pun tak semestinya kita akan dapat apa yang kita rancangkan tu. Maka apa lagi yang kita perlu kejarkan sebenarnya?

Ok, mungkin bukan kau. Mungkin bukan kita. Mungkin cuma aku. Sebab hari ni baru aku sedar aku kejar sesuatu yang tak nyata. Apa yang aku kejar kosong semata. Ya, mungkin sebab aku cuma bergerak balas dengan perubahan masa dalam situasi yang dah ditetapkan Allah.

Singkap balik hidup aku yang lepas. kejar 5A upsr, kejar 8A pmr, kejar straight A SPM, kejar pointer 3.5 above kat uni, kejar kerja besar, kejar duit banyak. kejar laki ka...ok stop, hidup aku sampai kerja bergaji besar je sekarang ni.

Dan andai kata aku tak dapat 5A upsr, adakah aku mahu ulang semula upsr? aku rasa tak. andai kata pmr sangkut satu B, pun tak mahu aku ulang pmr. kalau result spm aku teruk, nak ulang semula? no way. pointer degree memang tak cantik langsung, tapi jangan harap aku nak ulang 4 tahun hidup zaman uni. and instead of kerja bergaji besar, i could have a better option, yang aku memang nak sangat dari dulu - study oversea. tapi macam aku cakap tadi, kejar macam mana pun, kalau tak diizinkan, memang takkan dapat.

My point is, andai kata kau tak dapat apa yang kau kejar tu, apa kau mahu pinjam mesin masa doraemon dan patah balik pada ketika kau harus buat pilihan untuk kau betulkan semula pilihan kau dan sekaligus dapatkan apa yang kau kejar kejarkan? jawapan aku, tak.

Sebab kita hidup pada masa kini. Sebab kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sebab kita kejar sesuatu yang kosong.

Sebab kalaupun mesin masa itu wujud dan berfungsi, aku masih tetap akan memilih untuk hidup pada masa kini. Sebab masa lalu tak perlu diulang banyak kali. Dan masa hadapan tak harus dilangkau sesuka hati.

Jalan perlahan lahan, sebab takde apa yang perlu dikejar.


Betulkan aku kalau aku salah. sebab aku masih lagi bertanya pada diri sendiri, apa yang aku kejar hari ini?

Berfikir selama beberapa saat, aku baru sedar, aku tak punya jawapan. dan mungkin takkan dapat jawapan.

Apa yang aku dapat cuma makin banyak persoalan. dan mungkin caci makian, dari kau orang semua. Maka, bai. 

No comments: