Friday, June 7, 2013

Re: Tumpang tanya, boleh saya tanya?


refer Pingu's. not trying to try my luck, its just, i feel that the scene is quite interesting, and yeah, tanpa disengajakan, tercopy and terpaste di sini.


***
Awak, ya, A.W.A.K., Y.O.U., sedang menunggu bus. Kelihatan BUKAN NAMA SEBENAR melangkah ke bus stop dan duduk tidak jauh di sebelah awak.

Efek bunyi cengkerik.

Tiba-tiba…

BUKAN NAMA SEBENAR: Tumpang tanya, boleh saya tanya?

AWAK: (Sentap) Er… er… er… tapi…

BUKAN NAMA SEBENAR: Cinta tu apa?

AWAK: Cinta tu...entahlah. Mungkin satu wabak. Penyakit. Sebab cinta, orang boleh buta tak nampak apa. Sebab cinta, orang boleh tuli tak endahkan suara-suara mengata. Sebab cinta juga, orang boleh lupa. Lupa keluarga, lupa segalanya. Cacat kan, cinta tu. *angkat kening sebelah*

BUKAN NAMA SEBENAR: Jodoh tu apa?

AWAK: *senyum segaris* Jodoh tu sesuatu yang suci. Yang menyempurnakan kecacatan cinta. Yang menyembuhkan penyakit cinta. 

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak tahu itu cinta ke jodoh?

AWAK: Cinta datang dulu baru jodoh tiba. Macam mana nak tau kita perlu ubat? Bila kita dah jatuh sakit, kan? 

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak cari jodoh?

AWAK: *kerut dahi* Perlukah dicari? *senyum tanpa sedar* Jodoh yang sejati akan datang sendiri, tanpa diduga, tanpa dicari.

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak dapat cinta?

AWAK: Err...kat mana-mana pun boleh. Cuma perlu buka mata, sebab dari mata turun ke hati. Dalam hati, cinta terjadi.

BUKAN NAMA SEBENAR: Awak pilih yang mana satu? Cinta DAN jodoh? Atau cinta semata-mata? Atau jodoh sebenar-benarnya?

AWAK: Saya lebih percaya pada jodoh. Jodoh boleh datang tanpa cinta. Tapi cinta tak semestinya berakhir dengan jodoh. Nampak tak betapa kuatnya kuasa jodoh tu?

BUKAN NAMA SEBENAR: Do you want to get married first, or fall in love first? *ttibe cakap ingris*

AWAK: I prefer, get married first. And falling in love every second that comes after. Till eternity. Sweet, isn't it?

BUKAN NAMA SEBENAR: Kthnxbai.

BUKAN NAMA SEBENAR tiba-tiba terbang melayang-layang meninggalkan awak.

Seremmmmmmmmmmmmmmmmmmmm tak? Kiki.
***


I have once told that i, ehemm, have a dream of becoming a writer, and i did feel like one, writing the above. thanks mr pingu. kehkehkeh.

owh, me and my neverending daydream...