Monday, January 28, 2013

auditor

because i love watching series, i was once wondering, if forensics got CSI, doctors got House, lawyers got Suits, and fbis got Chuck, then auditors got what?

a friend of mine jokingly said auditors got haters.

and i couldnt agree more.

coz even as an auditor, i couldnt help but hating the job as an auditor. its been almost two months but i still couldnt attach the heart to this job. sometimes i hate it, sometimes i dont. i dont know whether its me who am still struggling the adaptation process, or am i truly not meant to be an auditor?

*sigh

i lost count how many times i sighing, whining and cursing my decision.

i lost count how many times i wish if time could ever turn back.

and i am losing hope, losing the ability to turn bitterness into sweetness. to find positive in negativity. and to search for a light in the darkness.

gimme back my old me, with my old life. please.

*sigh. again.


p/s : being grumpy like an old lady. urgh, i hate being old.

Tuesday, January 22, 2013

random

Bahagia itu perlukah dicari?
Atau harus kita berdiam diri dan terus menanti?

Rumit.
Kadang kita yakin ia di depan mata
Tapi sekelipan saja keraguan menyelusup mencuri masuk
Lalu memamah dikit demi dikit hati yang rapuh.

Payah.
Kadang ia jauh tak ketemu
Jiwa lemah terus mengalah
Tanpa sedar
Barangkali tersembunyi cuma di sisi
Tertutup oleh mimpi mimpi yang tak pasti

Tak termampu menahan
Apatah lagi melawan

Maka sekali lagi.
Bahagia itu perlukah dicari?
Atau harus kita berdiam diri dan terus menanti?

Rahsia hati.
Misteri.

Tuesday, January 1, 2013

Ali Baba The Musical

Mencuri sedikit masa dari kesibukan yang melanda sejak bergelar auditor, dengan gigihnya aku berjaya menonton teater ali baba tahun lepas.

Ya, lawak tahun lepas lagi. Maafkan aku.

29 Disember, malam terakhir pementasan teater ini. Aku antara insan terakhir menyaksikan teater penutup istana budaya ini. Satu perkataan. Memang berbaloi. Okay, itu dua perkataan sebenarnya.

Dibarisi pelakon veteren (tapi beliau suka menggelar dirinya kertu) Paknil sambil dibantu oleh fizo omar, elfira loy, ebby yus, zarina raja lawak dan najua p. ramlee, teater ini merupakan remake teater kanak kanak ali baba 6 tahun lalu.

Dan tentunya, sebilangan pelakon kanak kanak 6 tahun lalu yang bukan lagi bergelar kanak kanak kini dipanggil semula. Ironinya, elfira loy juga membintangi teater yang sama 6 tahun lalu tapi wataknya biasa saja. Dan kini el berjaya merampas kembali watak marjinah yang dulu terlepas dari genggaman. And that night, the spotlight was at her. She nailed it.

Paknil, seperti biasa, menghiburkan. Penghibur sejati dan semulajadi, beliau tak pernah menghampakan penonton. Even fizo omar yang dianggap cool pun boleh naik gila bila bergandingan dengan paknil.

Dan aku suka lakonan bersahaja aziz m osman. Dan ebby yus. Veteren membuktikan makin tua makin berisi. Eh, macam tak kena je peribahasa. Lantaklah.

Dan paling penting, 2 orang adik aku juga turut sama bergiat mementaskan diri sendiri. Aku tau struktur ayat aku kedengaran pelik tapi aku malas nak berfikir. Oh ya, adik bongsu aku juga mula berjinak jinak dengan dunia hiburan, mengikut jejak langkah abangnya.

Satu hari nanti mungkin aku jua bakal mengikut jejak langkah mereka.

Just kidding.

p/s : sekadar entry cukup syarat. Kedewasaan membataskan waktu dan kebiasaan. Yeah, some things changed as we get older. Inevitably.

Published with Blogger-droid v2.0.9