Sunday, November 10, 2013

that day

At last, that day has come.
 
Truthfully, i really hate that day. For some reason, i was avoiding everyone. I was even avoiding to exchange glances with anyone's eyes. I was hoping no one would remember. I was hoping for no wishes. I don't mind. Really. Even better coz i am not good in dealing with wishes, or compliment, or anything good said to me. I suck at expressing myself, though i appreciated a lot of things (and people).
 
And truthfully, over the past 24 hours before that day, i was hoping it would not come. I was hoping time would stop by itself. Or even better, just skipped that day. Or at least, i was not around when that day comes.
 
Because truthfully, i was scared. I was not ready. Coz when that day comes, it does not just come and go. It comes, with a lot more responsibilities. Living up to that day was quite difficult. And to live through that day and after will definitely not getting any easier. Truthfully, i was scared. And still am.
 
But still, that day, i woke up, stand in front of a mirror, while looking at my reflection, i said to myself,
 
 
"Happy Birthday, dear. You may not be the best person in the world. Maybe, not yet. But you are special. Coz you are me. And I, will always love me."
 
 
Ready or not, it is inevitable. Time cannot be stopped. Life cannot be skipped. And age will always grow.
 
Living without regretting the past choices that i've made. That is it. And that is always the coolest way to getting old.
 
Live well, love.
 
 
p/s : thank you, everyone. and thank you, Allah.

Thursday, November 7, 2013

demon

betapa kuat kita berjuang mengalahkan syaitan atas bawah kiri kanan, ada satu syaitan yang kita susah untuk kalahkan. syaitan dalam diri kita sendiri.
 
sebab dia bukan syaitan sekadar syaitan. kenal kita luar dalam. tahu busuk wangi jiwa. nampak hati gelap mana. dan tatkala tewas, dia sakan ketawa, dan buatkan kita sama tertawa, sambil berbisik,
 
 
"tak apa, ada hikmah di sebaliknya."
 
"jangan risau, masih ada peluang kedua."
 
 
yang kita selalu terpedaya. terperangkap dalam rasional dalam memujuk rasa. buat kita lupa, salah tetap salah. bukan boleh diselindung dengan hikmah. bukan boleh dinanti lain kalinya. bukan juga boleh disimpan untuk peluang kedua.
 
dan kadang kadang, kita sukar nak matikan bisikan syaitan itu. sebab kadang kadang, kita sendiri gagal nak pastikan, syaitankah itu? ataupun kita?
 
mana tahu bisa menjadi satu.

Saturday, October 26, 2013

kerja

Ada tak kerja yang cuma memerlukan kita bergantung pada mood untuk bergerak?
 
Sebab aku rasa aku memerlukan kerja seperti itu. Kerja yang kau boleh duduk lepak tunggu mood datang tunggu ilham datang baru kau bergerak. Kerja yang kau tak perlu pikir luar petala dan cuma perlu bergantung pada fakta saja. Kerja yang tak memerlukan kau kejar garis mati mahupun kerah energi. Eh, WTF bahasa aku guna ni? Pfth.
 
Tapi itulah, kalau ada kerja macam tu, aku orang pertama hantar resume. Sebab aku dah bazirkan 48 jam yang aku ada untuk siapkan kertas kerja tapi apa yang terisi hanyalah nil nada. Sebab 48 jam aku tunggu mood aku datang tapi tetap tak kunjung tiba.
 
Sebab kalau bagi aku 48 hari pun, aku cuma akan bergerak pada jam yang terakhir je. Mood datang hanya pada saat saat akhir, itupun sebab dipaksa. Habit aku, procrastination at its best. 
 
I'm digging my own grave. Big work, less effort, maka janganlah harap kau akan dapat lebih kalau kau pun beri cuma sedikit. Like what they said, you pay peanuts, you get monkeys.
 
Dan kacang itu sahaja yang aku mampu beri.
 
 
Nota kaki:
Aku rasa aku patut jadi penulis. Sebab penulis bergantung pada mood dan ilham. 48 jam berakhir dan aku memutuskan untuk menulis bukan mengadap kertas kerja. Mood menulis tiba tiba mencurah curah jatuh ke ladang gandum. Dan aku yakin passion aku terhadap menulis takkan padam.
 
Passion. Ya, aku perlu itu juga.
 
Ini semua poyo.

Tuesday, October 1, 2013

be a man

maksudnya, bertanggungjawablah atas segala apa yang kau lakukan.

dan tak, aku tak suruh kau yang perempuan tu tukar jantina.

aku percaya pada karma. dan jangan beratkan fikiran, bukan karma seperti dalam agama hindu itu. fikir secara amnya, karma itu adalah seperti buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. what goes around comes around. dan aku tak rasa fikiran seperti itu memurtadkan. haruslah kan, setiap apa yang kita buat akan ada balasannya. jadi tak salah untuk aku mempercayai karma itu wujud. macam aku percaya pada qada' dan qadar juga.

ya, setiap apa yang kita lakukan akan ada balasannya. kau buat baik kat orang, mungkin nanti akan ada orang buat baik kat kau. kau kerja ikhlas, maka duit gaji kau dapat berkat. dan seperti mana kau tak boleh expect tahi akan dibalas dengan bunga, seperti itulah juga kau tak boleh expect benda jahat yang kau lakukan akan dibalas dengan kebaikan.

maka, bersedialah. untuk setiap tingkah laku yang kau bakal ambil, bersedialah untuk sebarang kemungkinan.

kalau kau decide nak ponteng kelas, bersedialah untuk dapat surat amaran. kau malas nak siapkan kerja, bersedialah kena maki dengan bos. kau dah ready untuk berkahwin, bersedialah galas tanggungjawab besar. bila kau rasa macam nak sepak orang, bersedialah untuk terima sepak balas dari orang tu balik. dan untuk kau yang suka hancurkan hati orang, bersedialah untuk tadah besen bawah hati kau kot kot akan ada yang tolong menghancurkan suatu hari nanti.

sebab dalam apa apa jua tindakan, kau harus bertanggungjawab atas segala apa yang kau lakukan. sebab bila tiba suatu masa balasan itu tiba, kau harus hadap ke depan berdiri, bukan paling ke belakang dan lari . sebab kau harus jadi jantan, bukan perempuan. when things are doomed, just, be a man, and face the fact that you have created.

faham, kan? hukum yang senang. dan aku rasa aku tak perlu terangkan lebih lanjut konsep accountability dan responsibility yang setiap tahun aku disogokkan sejak aku berkecimpung dalam bidang perakaunan. trust me, you would not want me to explain that in technical accounting terms.

semat dalam otak untuk kau berfikir sebelum kau bertindak. be a man. maksudnya, bertanggungjawablah atas segala apa yang kau lakukan.

dalam erti kata lain, ingatlah bahawa buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas jahat. buat baik kau dapat pahala. buat jahat dosa makannya.


p/s : tapi jangan risau, kadang kadang ada je tahi yang kau bagi tu orang balas dengan bunga. sebab dah jadi baja. dan kalau kau expect nak dapat bunga dari tahi yang kau bagi, bagilah bunga pada tahi yang kau dapat dulu. sebab kadang kadang, kita tak perlu balas kejahatan dengan kejahatan. lebih afdhal sekiranya kebaikan tersebar di setiap rongga udara, baik di kawasan pergunungan alps, mahupun di loji sisa kumbah. dan kau akan jadi jantan paling gagah kalau kau mampu mengharumkan loji sisa kumbah.

Tuesday, September 24, 2013

apa yang aku kau dan kita kejar hari ini?

Selasa, 24 September 2014.

Soalan pertama yang terbit dari minda terbuka aku (selain dari kenapa hari ni bukan hari ahad?) adalah :

Apa yang aku kejar hari ini?

Dan bukan hari ini saja, malah esok lusa tulat dan seterusnya. 

Bagi seorang manusia yang selalu gagal untuk merancang, jarang sekali merancang dan amat sukar untuk merancang, aku tak pernah letakkan apa apa sasaran di hadapan. Bagi aku, cukuplah cuma ada pemboleh ubah malar; yakni Allah, pemboleh ubah dimanipulasi; yakni masa dan pemboleh ubah bergerak balas; yakni aku. Dan hipotesis kalau diizinkan Tuhan, maka jadilah ia, takkan pernah bisa ditolak. Maka apa lagi yang kita ada untuk dikejarkan sebenarnya?

Tapi kata orang, people who fail to plan, is planning to fail. Mana mungkin. Mana pernah dibuat orang merancang untuk gagal (kecuali ketika ujian saringan hiv). Dan siapa kata kalau kita tak merancang kita akan gagal? Aku kata tak. Sebab kalau merancang pun tak semestinya kita akan dapat apa yang kita rancangkan tu. Maka apa lagi yang kita perlu kejarkan sebenarnya?

Ok, mungkin bukan kau. Mungkin bukan kita. Mungkin cuma aku. Sebab hari ni baru aku sedar aku kejar sesuatu yang tak nyata. Apa yang aku kejar kosong semata. Ya, mungkin sebab aku cuma bergerak balas dengan perubahan masa dalam situasi yang dah ditetapkan Allah.

Singkap balik hidup aku yang lepas. kejar 5A upsr, kejar 8A pmr, kejar straight A SPM, kejar pointer 3.5 above kat uni, kejar kerja besar, kejar duit banyak. kejar laki ka...ok stop, hidup aku sampai kerja bergaji besar je sekarang ni.

Dan andai kata aku tak dapat 5A upsr, adakah aku mahu ulang semula upsr? aku rasa tak. andai kata pmr sangkut satu B, pun tak mahu aku ulang pmr. kalau result spm aku teruk, nak ulang semula? no way. pointer degree memang tak cantik langsung, tapi jangan harap aku nak ulang 4 tahun hidup zaman uni. and instead of kerja bergaji besar, i could have a better option, yang aku memang nak sangat dari dulu - study oversea. tapi macam aku cakap tadi, kejar macam mana pun, kalau tak diizinkan, memang takkan dapat.

My point is, andai kata kau tak dapat apa yang kau kejar tu, apa kau mahu pinjam mesin masa doraemon dan patah balik pada ketika kau harus buat pilihan untuk kau betulkan semula pilihan kau dan sekaligus dapatkan apa yang kau kejar kejarkan? jawapan aku, tak.

Sebab kita hidup pada masa kini. Sebab kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Sebab kita kejar sesuatu yang kosong.

Sebab kalaupun mesin masa itu wujud dan berfungsi, aku masih tetap akan memilih untuk hidup pada masa kini. Sebab masa lalu tak perlu diulang banyak kali. Dan masa hadapan tak harus dilangkau sesuka hati.

Jalan perlahan lahan, sebab takde apa yang perlu dikejar.


Betulkan aku kalau aku salah. sebab aku masih lagi bertanya pada diri sendiri, apa yang aku kejar hari ini?

Berfikir selama beberapa saat, aku baru sedar, aku tak punya jawapan. dan mungkin takkan dapat jawapan.

Apa yang aku dapat cuma makin banyak persoalan. dan mungkin caci makian, dari kau orang semua. Maka, bai. 

Monday, August 19, 2013

judge

hari ini baru aku sedar, tak semua orang yang kita sangka baik itu sebenarnya baik. tak semua orang yang kita sangka jahat itu semuanya sampah.

tak. baik atau jahat itu persepsi. baik atau jahat itu deskripsi sendiri. yang payah benar untuk dihakimi. 

hari ini baru aku sedar, yang jahat bukan saja saja jadi jahat. dan bukan selamanya akan jadi jahat.

maka, berhentilah mengadili. betulkan impresi. jangan jatuhkan hukum membabi. kita bukan sesiapa untuk menghakimi. 

peringatan kepada diri sendiri.

p/s : maaf pada semua yang aku pernah beranggapan negatif. khilaf, kita tak sempurna. 

Sunday, July 14, 2013

ramadhan

menginjak 5 hari meniti bulan penuh keberkatan ini, dan terdetik di hati kecilku : kalau Allah ingin mengambil nyawaku, ambillah pada bulan Ramadhan. Ramadhan yang bebas dari belenggu syaitan. Ramadhan yang penuh keberkatan. 

tapi aku bukan insan bertuah itu. Allah Maha Mengetahui. 

Kehilangan yang tak terjangka. hilangnya seorang rakan sekelas, rakan sekerja dan rakan seperjuangan. Allah Maha Mengetahui. 

Semoga kau ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Friday, June 7, 2013

Re: Tumpang tanya, boleh saya tanya?


refer Pingu's. not trying to try my luck, its just, i feel that the scene is quite interesting, and yeah, tanpa disengajakan, tercopy and terpaste di sini.


***
Awak, ya, A.W.A.K., Y.O.U., sedang menunggu bus. Kelihatan BUKAN NAMA SEBENAR melangkah ke bus stop dan duduk tidak jauh di sebelah awak.

Efek bunyi cengkerik.

Tiba-tiba…

BUKAN NAMA SEBENAR: Tumpang tanya, boleh saya tanya?

AWAK: (Sentap) Er… er… er… tapi…

BUKAN NAMA SEBENAR: Cinta tu apa?

AWAK: Cinta tu...entahlah. Mungkin satu wabak. Penyakit. Sebab cinta, orang boleh buta tak nampak apa. Sebab cinta, orang boleh tuli tak endahkan suara-suara mengata. Sebab cinta juga, orang boleh lupa. Lupa keluarga, lupa segalanya. Cacat kan, cinta tu. *angkat kening sebelah*

BUKAN NAMA SEBENAR: Jodoh tu apa?

AWAK: *senyum segaris* Jodoh tu sesuatu yang suci. Yang menyempurnakan kecacatan cinta. Yang menyembuhkan penyakit cinta. 

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak tahu itu cinta ke jodoh?

AWAK: Cinta datang dulu baru jodoh tiba. Macam mana nak tau kita perlu ubat? Bila kita dah jatuh sakit, kan? 

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak cari jodoh?

AWAK: *kerut dahi* Perlukah dicari? *senyum tanpa sedar* Jodoh yang sejati akan datang sendiri, tanpa diduga, tanpa dicari.

BUKAN NAMA SEBENAR: Macam mana nak dapat cinta?

AWAK: Err...kat mana-mana pun boleh. Cuma perlu buka mata, sebab dari mata turun ke hati. Dalam hati, cinta terjadi.

BUKAN NAMA SEBENAR: Awak pilih yang mana satu? Cinta DAN jodoh? Atau cinta semata-mata? Atau jodoh sebenar-benarnya?

AWAK: Saya lebih percaya pada jodoh. Jodoh boleh datang tanpa cinta. Tapi cinta tak semestinya berakhir dengan jodoh. Nampak tak betapa kuatnya kuasa jodoh tu?

BUKAN NAMA SEBENAR: Do you want to get married first, or fall in love first? *ttibe cakap ingris*

AWAK: I prefer, get married first. And falling in love every second that comes after. Till eternity. Sweet, isn't it?

BUKAN NAMA SEBENAR: Kthnxbai.

BUKAN NAMA SEBENAR tiba-tiba terbang melayang-layang meninggalkan awak.

Seremmmmmmmmmmmmmmmmmmmm tak? Kiki.
***


I have once told that i, ehemm, have a dream of becoming a writer, and i did feel like one, writing the above. thanks mr pingu. kehkehkeh.

owh, me and my neverending daydream...

Monday, May 20, 2013

die hard fan

they are back. bigger, and stronger.



support walawei in showdown 2013.

this time around, i have faith. pengalaman mendewasakan. masa mematangkan. and yeah, i will always be a fan. a die hard secret fan.

good luck lil' brothah.

faith.

Monday, April 22, 2013

aaaand....its April

sedar tak sedar, dah hampir ke hujung April. sedar tak sedar, dah hampir 5 bulan aku bekerja. dan sedar tak sedar juga, dah hampir 3 bulan blog ni tak berupdate.

i have missed a lot of things since i started a new life. and i know i have to do something about it. reorganizing my life, rescheduling my time, maybe?

but things are easier said than done. in my case,they're easier planned than executed. pfth. 

no, i will not whine about my life, no more. penatlah asyik mengeluh mengadu domba tapi habuk pun tarak. aku cuma nak bercerita pasal buku.

in short, this is just a list of what i want/need/have to grab on next week's PABKL. (PABKl : Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC,26 April 2013-5 May 2013). i know its noob, big bad wolf has ended, twice, not long ago, yet i'm here talking about PABKL. but its just me and my sudden mood to make love with books. 

and because, PABKL offered this, 



HLOVATE is back! long awaited anthem. i fell in love with this story since i first red it in the blog, like, few years ago. dash - lee, welcome to the world. and come to mama. hewhew.

baucar buku aku masih belum disentuh. rasanya, aku sudah patut memikirkan buku apa yang harus aku sambar sambil memejam mata sebelum tarikh luputnya nanti. ya, aku sudah putus asa dengan external hardisk. early birds get the warmer worms, dan akulah burung yang lewat itu.

maka, here goes the list.

#1. Anthem - Hlovate

"On a second thought, it ain't easy. One giga sure, it ain't easy. It ain't all breeze. It ain't all waltz. On a second thought, again, everything takes time, kan?"

i love him/her, and all the masterpiece. enough said. dan juga aku tak sabar nak tahu soundtrack novel ni. ya, hlovate punya novel memang filem habis. lengkap dengan soundtrack. 

#2. Kalau jodoh tak ke mana - Naurah Iman

aku terbaca bab bab awal novel ni. credit to JS sebab bagi teaser novel keluaran diorang. well, its not that bad, so i thought i will give it a shot. oh btw, this novel inspired me, that i will call my husband (in future), as 'husband', or ben, in short. and he will call me 'wife'. kehkeh.

#3. 3 hati - Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani

i think this is a 3 in 1 short stories. i dont know about the other two, honestly, its just nurul syahida's one that i am attracted to. nurul syahida, one of my top 3 novelis.

kalaulah syud ada novel baru...

okay, the list is not long enough for RM250's book voucher. so i was thinking to just grab some julia quinn's, some dorothy koomson's, and maybe some boxsets, if i found any that worth it. just for my own collection.

but the only boxset that attracts me now is 50 shades trilogy. boleh ke aku beli? rasa ragu ragu walaupun aku dah 18 tahun dan ke atas.

if you know what i mean.

Monday, January 28, 2013

auditor

because i love watching series, i was once wondering, if forensics got CSI, doctors got House, lawyers got Suits, and fbis got Chuck, then auditors got what?

a friend of mine jokingly said auditors got haters.

and i couldnt agree more.

coz even as an auditor, i couldnt help but hating the job as an auditor. its been almost two months but i still couldnt attach the heart to this job. sometimes i hate it, sometimes i dont. i dont know whether its me who am still struggling the adaptation process, or am i truly not meant to be an auditor?

*sigh

i lost count how many times i sighing, whining and cursing my decision.

i lost count how many times i wish if time could ever turn back.

and i am losing hope, losing the ability to turn bitterness into sweetness. to find positive in negativity. and to search for a light in the darkness.

gimme back my old me, with my old life. please.

*sigh. again.


p/s : being grumpy like an old lady. urgh, i hate being old.

Tuesday, January 22, 2013

random

Bahagia itu perlukah dicari?
Atau harus kita berdiam diri dan terus menanti?

Rumit.
Kadang kita yakin ia di depan mata
Tapi sekelipan saja keraguan menyelusup mencuri masuk
Lalu memamah dikit demi dikit hati yang rapuh.

Payah.
Kadang ia jauh tak ketemu
Jiwa lemah terus mengalah
Tanpa sedar
Barangkali tersembunyi cuma di sisi
Tertutup oleh mimpi mimpi yang tak pasti

Tak termampu menahan
Apatah lagi melawan

Maka sekali lagi.
Bahagia itu perlukah dicari?
Atau harus kita berdiam diri dan terus menanti?

Rahsia hati.
Misteri.

Tuesday, January 1, 2013

Ali Baba The Musical

Mencuri sedikit masa dari kesibukan yang melanda sejak bergelar auditor, dengan gigihnya aku berjaya menonton teater ali baba tahun lepas.

Ya, lawak tahun lepas lagi. Maafkan aku.

29 Disember, malam terakhir pementasan teater ini. Aku antara insan terakhir menyaksikan teater penutup istana budaya ini. Satu perkataan. Memang berbaloi. Okay, itu dua perkataan sebenarnya.

Dibarisi pelakon veteren (tapi beliau suka menggelar dirinya kertu) Paknil sambil dibantu oleh fizo omar, elfira loy, ebby yus, zarina raja lawak dan najua p. ramlee, teater ini merupakan remake teater kanak kanak ali baba 6 tahun lalu.

Dan tentunya, sebilangan pelakon kanak kanak 6 tahun lalu yang bukan lagi bergelar kanak kanak kini dipanggil semula. Ironinya, elfira loy juga membintangi teater yang sama 6 tahun lalu tapi wataknya biasa saja. Dan kini el berjaya merampas kembali watak marjinah yang dulu terlepas dari genggaman. And that night, the spotlight was at her. She nailed it.

Paknil, seperti biasa, menghiburkan. Penghibur sejati dan semulajadi, beliau tak pernah menghampakan penonton. Even fizo omar yang dianggap cool pun boleh naik gila bila bergandingan dengan paknil.

Dan aku suka lakonan bersahaja aziz m osman. Dan ebby yus. Veteren membuktikan makin tua makin berisi. Eh, macam tak kena je peribahasa. Lantaklah.

Dan paling penting, 2 orang adik aku juga turut sama bergiat mementaskan diri sendiri. Aku tau struktur ayat aku kedengaran pelik tapi aku malas nak berfikir. Oh ya, adik bongsu aku juga mula berjinak jinak dengan dunia hiburan, mengikut jejak langkah abangnya.

Satu hari nanti mungkin aku jua bakal mengikut jejak langkah mereka.

Just kidding.

p/s : sekadar entry cukup syarat. Kedewasaan membataskan waktu dan kebiasaan. Yeah, some things changed as we get older. Inevitably.

Published with Blogger-droid v2.0.9