Wednesday, August 1, 2012

tidur

maka kiranya, memandangkan aku sudah kehilangan topik menarik untuk dibicarakan, adalah lebih elok aku membicarakan perkara yang aku suka, yakni tidur.

tiga hari lepas, tidur aku tak lena. kalih ke kanan, aku resah. kalih ke kiri, aku gundah. puas aku berangan, namun tak jalan.

esok malamnya juga sama. kalih ke kanan, aku mengeluh. kalih ke kiri, aku merengus. maka putusnya, aku mencari punca.

setelah disiasat, aku dapati corak tidurku dipengaruhi oleh bilangan bantal. ya, awal sangkaku, aku fikir aku mampu tidur dengan hanya beralaskan sebiji bantal, tapi bila bantal-bantalku diculik, tidur aku mula terganggu.

aku ini jenis orang yang tidur dengan bantal bantal yang banyak. literally, a lot. two below head. one on top. one to hug. one on both left and right side. in short, i built a fortress while i'm sleeping.

orang bilang, siapa siapa yang tidur dengan banyak bantal adalah orang yang insecure. membina kubu untuk rasa lebih selamat. perahsia dan tidak terbuka. orang bilang juga, siapa siapa yang tidur dengan satu bantal sahaja adalah orang yang confident. fleksibel dan rasional. dan juga, bilang orang, siapa siapa yang tidur tanpa bantal itu, orangnya tersangatlah miskin, tak mampu membeli hatta sebiji bantal buat tidur.

okay, the last part isn't funny.

ya, aku perahsia. dan kurang terbuka. mungkin bilang orang itu tepat. tapi, jangan terlalu percaya, cuma membandingkan saja.

maka, berbalik kepada cerita aku, setelah aku menculik kembali bantal bantal aku, tidurku tidak lagi terganggu.

dan membuatkan waktu terjagaku menginjak ke setelah tingginya matahari di atas kepala.



p/s : bayangkan kalau selepas kahwin nanti, apa agaknya kata suami aku kalau aku masih membina kubu di sekeliling? err...

2 comments:

Kuncup Here said...

Haha aku pun suka tido banyak bantal. Aku ade 6 bantal kepale 1 bantal pelok 1 teddy bear. Byg kan kesemakan katilku -.-'

farah hazwani said...

give me 5!

tapi titew takde teddybear. takdew pakwe nak kasi kat titew. haha.