Friday, June 1, 2012

random rant

kalau ada orang tanya apa rasa aku sekarang, aku akan jawab camni :

rasa nak tidur je. pastu bangun bangun je dah terus habis belajar.
atau bangun bangun je dah terus dapat kerja.
baik aku mintak bangun bangun je dah terus atas pelamin.
atau bangun bangun je dah terus dapat anak kembar sepasang.
dan mungkin lebih baik kalau bangun bangun je dah pencen dan sedang berehat menikmati hari tua.


tapi serius, aku betul betul rasa nak tidur je.



 
kan seronok kalau bangun bangun je boleh terus dapat apa yang kita nak. tanpa perlu bersusah payah bagai.

tapi kau rugi lah nanti. sebab kau dah skip banyak proses. kau dah skip proses pembelajaran kau, zaman kerja kau, kisah cinta kau, dan hidup kau.

seolah olah kau cuma hidup sehari dan mati keesokan harinya.
kosong.

 
p/s : aku mungkin patut tidur sekarang. walau aku tau bangun bangun nanti aku tetap akan menghadapi hari yang sama. hari yang penuh keluhan semata. walau aku berharap sangat aku mampu melangkau masa dan cuma menjejak waktu gembira sahaja. walau aku tau itu mustahil.

No comments: