Thursday, November 10, 2011

no title

aku ingat lagi, 11 tahun lepas, masa tu first day aku bersekolah di selangor, lepas 3 tahun menetap di sarawak. first day hari isnin. perhimpunan. 3 tahun aku nyanyi lagu sarawak ibu pertiwi. tiba tiba bantai kena tukar lagu duli yang maha mulia. dah lah tak sempat practise apa. main redah je datang sekolah terpinga pinga tak tau lirik tak tau melodi. orang nyanyi aku lyp-sync je. gerak mulut tapi herot lari jauh dari lirik asal.

sampai satu part aku confident habis. aku dengar perkataan pertama je aku tarik nafas bersedia nak melontarkan vokal dan..


ALLAH... SELAMATKAN KAMU!


sedang orang lain nyanyi

ALLAH... LANJUTKAN USIA TUANKU


dan seterusnya aku terus tutup mulut berdiri tegak muka tunduk ke bawah dan diam sehingga tamat perhimpunan.


epic fail. balik rumah abang aku pun cerita benda yang sama. kami mungkin patut dibuang negeri.


itu cerita lepas. cerita epic fail 11 tahun lepas. tapi hari ni, mari sama sama sambung balik nyanyian tertunda tersebut

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan ____ 
Allah selamatkan kamu


*isi tempat kosong dengan nama aku.


terima kasih banyak banyak. akhirnya sampai ke penamat juga lagu tersebut selepas setengah usia aku berlalu.


p/s : takdo ko anak ghajo kacak bergayo nok minang den? den da makin tuo da ni. kalau buleh nok la yang soghupo anak ghajo nogori tuh. ni den tongah prektis la ni mano eh tau kot melekek anak ghajo tu kek den ni. haa, kayo den nanti.

1 comment:

Anonymous said...

hahahha perlula kn ckp negeri hahah...