Friday, September 30, 2011

my first korean lunch box



maaf, tangan aku memang tidak berseni. gunakan tangan tikus apatah lagi.

ya, walaupun telefon bimbit kini dilengkapi fungsi kamera cikai tapi aku perlu juga menyelindungkan kejakunan di hadapan senior. maka, aku simpan telefon dan tenung set lunch box ini lamalama lalu menyematkan rupanya di dalam minda untuk aku keluarkan dalam bentuk lukisan, sebegini. hasilnya, aku rasa tembikai aku je yang cukup sifat. dan juga bijan.

set korean lunch box ini diperkenalkan oleh senior aku, semasa kami lunch bersama di Sooka food court tengahari tadi. kalau di jepun dipanggil set bento. tapi disebabkan nama kedai tempat aku beli set ni adalah dodo, maka aku panggil set dodo. atau mungkin juga di korea memang dipanggil set dodo. aku pun tak tahu. malas nak google. kalau rajin tolonglah googlekan untuk aku.

set dodo lengkap dilengkapi 7 hidangan. nasi, sup rumpai laut, kimchi ataupun nama melayunya kobis perap, kobis campur cendawan goreng cikai cikai, tembikai dua potong, timun jeruk dengan perapan seperti kimchi, kot dan juga kau boleh pilih satu antara filet ikan, daging, ayam, kari ayam, sotong goreng tepung mahupun udang goreng tepung.

first impression aku. wow! berkhasiat! tengok jelah berapa jenis sayur dia hidangkan. untuk bukan penggemar sayuran seperti aku agak terkialkial juga nak menghabiskan satu set dodo ni. mujur nasi dia tak berapa lembik seperti yang selalu kita lihat dalam drama korea. maka kurang rasa muaknya. and kimchi's taste is not bad. ada rasa masam masin sket. seaweed soup pun sama. nasib baik tekak aku ni boleh sumbat je apa rasa. tolak batu kayu dan besi sahaja.

kurang satu je. sudu besi bertangkai halus dan panjang. kalau dapat makan menggunakan sudu sebegitu maka lengkaplah korean dish aku.


p/s : rasa klasik pulak makan dalam box kayu comel. rasa nak bungkus letak dalam sapu tangan ikat bunjut je.

1 comment:

Anonymous said...

nk jgakkkkkk huhuhu....