Thursday, August 4, 2011

anak dara

*entry ini ditujukan khas buat semua anak dara di luar sana.


kita dilahirkan dari rahim seorang wanita. dengan susah payah. dan dengan harapan kita bakal membesar sesempurna mungkin. ya, memang tiada manusia sempurna. tapi sempurna yang diharapkan cukuplah sekadar menjadi manusia. manusia yang pandai menggunakan akal.

dah pandai bertatih. kemudian berjalan. seterusnya berlari. semua tu tak kita lakukan sendiri. cuba teka siapa yang ada di sebelah kita menatih kita bertatih? yang sentiasa merintis laluan semasa kita berjalan? yang selalu bersedia untuk menangkap jikalau kita terjatuh? ya, mak. betul tu. tapi kenapa bila langkah dah kian jauh, kita tegar sahaja terus berlari membelakangkan mak demi kata hati remaja yang belum tentu benar? kenapa?

kita disekolahkan. diberi semua kemudahan. diturut semua kehendak. nak buku. nak handfon. nak laptop. nak duit. nak itu. nak ini. cuba teka siapa yang cuba sedaya upaya mengadakan semua yang kita nak tu? yang bekerja untuk mendapatkan gaji? yang gajinya disalurkan ke semua kehendak keperluan kita? ya, abah. betul tu. tapi kenapa bila usia kian menginjak dewasa, kita tegar sahaja terus mengabaikan kehendak abah demi menurut kehendak hati remaja yang sudah tentutentu berlandaskan nafsu tanpa rasional? kenapa?

kita dah pandai berkawan. kita dah pandai bersosial. kita dah pandai bercinta. cuba teka apa yang kita buat bila hati berbunga cinta? bila nafsu mula beraja? bila akal diletak belakang kira? ya, kita lukakan hati mereka. kedua ibu bapa kita. kenapa?

kita sudah remaja. tapi remaja masih belum lagi melambangkan kita manusia. manusia dikurniakan akal. remaja juga dikurniakan akal. tapi manusia pandai menggunakan akal. walhal, ramai remaja di luar sana yang tidak tahu menggunakan akal. common sense, akal digunakan untuk membezakan yang baik dan yang buruk. yang benar dan yang salah. yang haq dan yang batil. cuba teka berapa ramai yang tahu menggunakan fungsi akal? tak perlu teka, kira sahaja bilangan bayibayi terbuang di luar sana. kira sahaja bilangan remaja yang sanggup menjadi buangan lari dari ibubapa. kira sahaja bilangan anak dara yang sudah hilang daranya cuma tinggal anak sahaja akibat mengikut nafsu semata. tak terkira? maka, tahulah kita ramai sebenarnya yang masih tidak tahu menggunakan fungsi akal.

bukan susah. baik atau buruk. benar atau salah. cuma dua pilihan sahaja. dua yang nyata. mungkin kita masing masing dibesarkan dengan cara yang berbeza. tapi matlamat kita tetap sama. untuk menjadi manusia. manusia yang pandai menggunakan akal.

tidak bijak pun tak mengapa. asal pandai menggunakan akal.



* kenapa kita? bukan kau? atau mereka? sebab aku takut kritik realiti. kadang kadang apa yang kita kritik tu mungkin akan refleks balik kat kita (mintak dijauhkan.) tapi kalau tak kritik tak mungkin sampai apa yang kita rasa. dan aku betul betul mintak, tolonglah, wahai adik, sepupu, sedara, jiran, kawan, dan semua remaja perempuan, gunalah akal. zaman remaja memang mencabar. kita mungkin buat silap. tapi semua silap masih tetap ada pembetulan. bukannya berterusan. kalau ada aku tersilap kata, maaf. tak berniat menyinggung sesiapa.

No comments: