Friday, June 17, 2011

susah sangat ke nak jadi baik?

bila kau orang naik bas atau tren atau apape pengangkutan awam pastu ada tempat duduk kosong dan kau orang pun duduk tetibe ada sorang makcik pakcik nenek atau atuk yang tidak mendapat tempat berdiri terhuyung hayang di depan mata kau apa yang akan kau orang buat?

kalau aku lah, first sekali aku akan fikir, "nak bangun ke tak? apasal takde sorang pun bangun? kalau aku bangun mesti orang lain pandang. segan ah."

tapi, aku akan bangun jugak. lantaklah semua nak pandang ke hape. bagi tempat pastu buat bodoh jelah. itu kalau mood baik aku datang. tiba mood tak baik plus penat plus malas angkat bontot aku buatbuat tak nampak jelah. *kurang markah sudah.

dan pagi tadi seperti harihari yang sebelumnya mood aku memang baik. matahari elok bercahaya. angin sepah sepoi sepoi bahasa. mp3 memainkan lagu ceria di telinga. datang seorang perempuan cina yang agak berusia cuba sedaya upaya mengimbangi tubuhnya menahan kehuyunghayangan bas yang pemandunya bawa seperti hantu. lantas aku bangun dan dengan sopannya mempersilakan auntie ini duduk.

+ eh eh, takpe takpe. you dah nak turun ke?

~ tak. tapi you duduk jelah.

+ eh. tak perlulah. i boleh berdiri je.

nah, betapa tergurisnya hati aku pabila auntie ni menolak. dengan aku yang dah berdirinya. tak tau apa nak buat dah. tapi aku tak putus asa. orang kata kalau nak buat baik biar sampai habis. aku berkeras mahu auntie tu duduk juga. kalau niat baik tak kesampaian mana aku nak letak muka jambu aku ni?

maka, berlakulah drama sebabak duduk bangun di atas bas rapid kl tersebut. dan fahamfahamlah, orang tengah sumbat telinga memang tak slow habis lah bersuara kan. satu bas dengar conversation antara aku dengan auntie tu. akhirnya, auntie itu mengalah selepas aku memang berkeras habis.

serius, aku segan gila. dan sepuluh minit perjalanan seterusnya kurasakan sangat lama berlalu.


dilema orang muda. sheesh.


* jumpa dua orang pacai berbaju melayu hijau serindit hari ini. kebetulan, aku pun pakai baju kebarung hijau juga. dua kali aku bersanding dalam tren harini. jodoh? tak mungkin.

2 comments:

SITI NURFARAHHIN RASID said...

biar ak jwb soaln ko...x ssh pun...kn ko dh tunjuk jd baik 2...senang je kn???huhu

farah hazwani othman said...

eish, tp bila da kene reject malu tau dbuatnya.