Saturday, June 4, 2011

senang sangat ke huh?

yesterday, someone posted at facebook an eerie picture of the baby that has been throwed out from who knows what level it was.

seriously, luluh hati kecil seorang ibu bakal ibu (satu hari nanti) milik aku tatkala melihat otak bersepai dari kepala bayi yang berkecai itu. tengok kucing kurap hancur kena gilis kereta pun dah menyeramkan, apatah lagi melihat manusia cukup sifat yang baru nak mengenal dunia menerima nasibnya sebegitu.

banyak sebenarnya soalan yang aku nak tanya pada pembuangpembuang bayi di luar sana. senang sangat ke nak buat anak? senang sangat ke nak mengandung bawak perut kulu kilir kesana kemari berbulanbulan? senang sangat ke nak melahirkan? dan senang sangat ke nak campak buang tinggal anak kecil yang baru nak kenal dunia tu? ha, senang sangat ke semua tu??

baby bukan babi yang kau boleh campak buang sesuka hati kau. bukan najis mughallazah yang kau wajib samak kalau tersentuh. patut tak kalau aku cakap kaulah yang lebih hina dari binatang tu? binatang pun tau sayang anak. kau? kau tau apa? tau nak berseronok aje tak ingat dosa tak ingat masa depan tak ingat consequencesnya. yes, memang hidup perlu enjoy. tapi ada batasannya. jangan sampai tolak tepi hukum hakam. jangan sampai tak ingat dosa.

okay, mungkin aku stereotype assuming yang diorang ni semua orang yang cari masalah sendiri. macam mana dengan yang tak cari masalah tapi orang lain yang datangkan masalah tu kat diorang, i mean, the one who has been raped. surely, it's not their fault things happened that way, but remember, Allah datangkan ujian untuk menguji hambaNya. jangan singkatkan akal fikiran dalam mencari penyelesaiannya. and always remember, baby tu tak bersalah. jangan jatuhkan hukuman terhadapnya.

by all means, to all people out there, we make mistakes. but it doesn't mean that we have to keep on doing it. dah buat dosa berzina, jangan tambah dosa membunuh. kalau tak sedia ada anak, jangan terjebak. kalau taknak masuk penjara, jangan membunuh. kalau terlepas penjara dunia, ingat, tetap ada penjara diakhirat sana. yang tak mungkin akan terlepas begitu saja.

and, do remember, masih ada peluang untuk cover up semua mistakes tu, dengan cara yang betul. taubat. itu dia.




p/s : sorry if i'm being so stereotype here. tapi siapa je yang sanggup buang anak kalau bukan orang yang taknak anak. dan mana ada orang dah kahwin taknak anak. kalau taknak anak, baik jangan kahwin.

2 comments:

FaRaH rAdZi said...

tu selalu org kata, yang haram ni, senang je dapat..yang halal, banyak dugaan nye.. tu Allah bagi untuk menguji.. kita hamba Nya kena bersedia apa jua ujian yg diberi..
Allah tak akan turunkan ujian yang tak mampu ditanggung oleh hamba Nya..

farah hazwani othman said...

betul tu cik farah selaku panel ketiga. sy setuju sgt2. apa2pun, tak ada mslh yg tak ada penyelesaiannya.