Sunday, June 19, 2011

saya demam

...demam terkejut.

haha. ye, mungkin. terkejut mendapat satu GA dalam slip exam. tapi, benda yang boleh diagak, terima sajalah dengan hati terbuka, berlapang dada dan sedikit penyesalan yang tidak mungkin boleh mengubah takdir yang telah tertulis.

somehow, deep inside my heart, feels like deserving this. we never know how far we need to step over the hole until we fell down. and i do believe, in life, we need to experience everything, be it hell, or heaven, coz experience is the best teacher.

ya, mungkin ayat di atas kedengaran seperti cuba menenangkan diri sendiri. cuba nak mempositifkan kembali yang negatif. cuba nak menafikan hakikat realiti. tapi, itulah yang aku mahir lakukan. berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dan menerima takdir yang ditentukan tanpa mempersoalkan kenapa dan mengapa.

oh, hidung yang tersumbat ini sangat membunuh. penat sudah menyedut mukus masuk kembali dalam rongga trakea tapi degil betul nak meleleh je. *sorry, gross sket.

dalam hal ni, aku tak tahu apa katakata terbaik boleh aku lontarkan. aku menulis cuma apa yang aku rasa. aku menulis berdasarkan pengalaman semata. yang kadang kala tak relevan untuk dijadikan ukuran. jadi, yang terbaik untuk disajikan bagi memotivasikan kau orang dan juga diri aku sendiri, ini dia, petikan dari blog seseorang.


cr : mr. K



aku tak tau mana mr. K dapat idea the graph of our life. our timeline. apa kau ingat twitter je ada timeline? tapi, brilliant. ya, takdir itu adalah tetap. dalam bahasa accounting, diibarat seperti fixed cost. (dandan la time ni nak guna terms accounting. dalam exam berterabur semua ilmu tah ke mana.) be it how high or how low ur production, the fixed costs will remain the same. sama macam takdir. andai kata kau di atas, atau di bawah, takdir tetap kau tak boleh tolak. tak mungkin dapat lari. dan seterusnya, terpulanglah pada apa yang kau nak lakukan berdasarkan apa yang kau telah terima. ya, corak hidup kita semua sama. yang membezakan cuma takdir. dan kehendak.

sometimes, we wonder why? when thing doesn't run smooth as what we hoped for, we question Allah. not knowing that the answer lies within ourselves. if one believes in karma, he/she should believe that anything that happens is the consequence from the act of the past.

hidup ini roda. what goes around comes around. sometimes we're up, sometimes we're down. yang membezakan cuma berapa tebal kita nak salut lapisan getah pada roda itu supaya tahan geseran. yes, the way we treat our lives, it does matter.

kalau kau kuat, insyaAllah, jatuh berapa kali pun tetap akan bangun semula.

ah, terasa seperti ingin berlari menuju pusat karaoke untuk merefreshkan kembali fikiran. tapi tekak yang sakit membatasi.

adakah perlu aku meminta mc esok? huh, baru intern jangan nak macammacam.



p/s : semakin lama aku hidup, semakin aku tak sangka aku sekuat ini menghadapi semua yang terjadi. ya, kita dewasa secara semulajadi. and i should thank God for creating me with less sentimental-emotional-geligeli-jiwang-minahbunga feelings. tak mudah terkakis dek emosi. pheww.

No comments: