Sunday, June 5, 2011

mari berkaraokeh!

harini hari ahad. memandangkan bilik dah sangat bersepah macam kapal karam, maka aku memutuskan untuk mengemas bilik.


first thing to do, set tempat dan bahan. ingat nak kemas bilik senang ke ha? kena carik bahanbahan dulu ya puanpuan. bahan pertama, bilik. bahan kedua. barangbarang bersepah. bahan ketiga. laptop. ya, laptop ini digunakan untuk memainkan muzik sekuat yang boleh semasa aktiviti mengeluarkan peluh nanti. dulu orang main muzik pakai radio je, sekarang apa barang radio. windows media playerlah bhaii!


dah bukak playlist kuatkuat, maka keluarlah lagu kegemaran aku di speaker laptop. feeling dah datang dah. tak, bukan feeling kemas bilik. feeling menghayati lagu dengan penuh perasaan. tapi tak lengkaplah feeling kalau tak melontarkan vokal. dan itu dia, bakat terpendam terluah jua akhirnya.


dah nyanyi sekerat lagu, tibatiba lupa lirik plak. aisehman, potong stim lah. tapi dengan perkhidmatan jalur lebar yang sentiasa sedia berkhidmat, apa pun tak bleh boleh buat. dan time tengah search lyric tu, aku terjumpa ini, minilyrics - display lyrics for your favourite music.


tangan gatal nak mencuba. maka, aku pun mendownload tanpa membuang masa. dan hasilnya, tidak siasia. kini, aku boleh berkaraoke di mana jua. mudah kan? (apa kes buat iklan murah kat sini plak?)



sambil bertweeting pun boleh berkaraoke.


okay, mari aku terangkan serba sedikit pasal aplikasi minilyrics ni. ia merupakan sejenis plugin software yang berkuatkuasa untuk semua jenis music player; itunes, wmp, winamp, etc. kalau kau kelik je lagu apa kau nak dengar kat dalam musicplayer kau, ia akan mencari dan menayangkan lirik lagu tersebut. dan kau boleh berkaraoke bersama penyanyi asal lagu tersebut. yang menariknya, ianya didatangkan khas dalam bentuk invisible background (kalau kau taknak invisible pun boleh jugak) yang mana kalau kau bukak apaapa tetingkap (windows) pun, lirik itu tetap akan kelihatan.


sangat sesuai untuk kaki karaoke dan penyanyi kau-sebut-je-satu-perkataan-aku-akan-sambung-dalam-bentuk-nyanyian. seperti aku. dan sekarang, kalau kau sebut je satu perkataan, aku boleh search lirik berkaitan dengan hanya satu kelik saja. begitu mudah kan? (iklan murah tak habis lagi)


tapi, aplikasi ini juga datang dengan satu drawback. itu orang putih kata, orang melayu kata kekurangan, di mana kalau kau dah download aplikasi ini, kau akan terus lupa apa matlamat dan tujuan asal kau yang kau dah putuskan 3 jam sebelumnya. ya, kau akan dijangkiti amnesia. (bukan insomnia, tapi masih ada peluang untuk dijangkiti juga)


dan aku rasa tadi aku dah putuskan untuk melakukan satu aktiviti sihat. mengeluarkan peluh. rasanya macam berkaitan dengan bilik. tapi... apa ya?



p/s : orang lain dah lama guna bendalah ni aku baru tergegeh nak kenal. dan jakun. apapun, misi mengemas bilik tetap tidak kesampaian. *sigh

No comments: