Thursday, June 30, 2011

mak dara nyonya

selasa malam rabu lepas, selaku wartawan bebas untuk majalah sukahatikaulahnakpikirmajalahapa, aku berpeluang menyaksikan preview teater mak dara nyonya. terima kasih che'e atas jemputan tersebut.

pernah dengar jenama 'jamu mak dara'? ha, teater ini sebenarnya menceritakan kisah hidup pengasas jamu mak dara tersebut. mengangkat kisah kecekalan, ketabahan dan kejerihan hidup seorang wanita yang penuh berliku beronak duri. jatuh berkalikali namun tetap bangun juga sehingga mampu berlari kembali. kisah benar ini digarap skripnya oleh siti rohayah attan, dan disampaikan menerusi monolog seorang juhara ayub. ya, seorang sahaja sudah memadai. *salute.

dan persembahan diselangselikan dengan kisah dari seberang, perihal seorang nyonya muda berharta namun suaminya terlantar di rumah sakit akibat cancer(sebutan, kan-ker) lidah, yang acap kali diganggu sama penjaja barangan antik yang punya obsesi untuk membeli segala harta kepunyaan nyonya tersebut. nyonya juga sering kali didatangi keponakan(in malay, it means saudara) suaminya, yang berulang kali menuntut wang tanah pusaka keluarga. kisah humor penuh kritikan masyarakat ini ditulis oleh wisran hadi, penulis dari indonesia. satu kolaborasi terbaik dari sherry (aku tak tahu apa nama betul akak ni, selalu dengar mak aku panggil sherry je), pelakon teater zaifri husin, norzizi zulkifli, misha omar, sarimah ibrahim dan farah fauzana.

ini first time aku tengok teater asli punya. selama ni, teater yang dilambakkan dengan pelakon terkenal drama dan filem walaupun tak dinafikan memang terbaik, namun masih terasa kurang rencah asli suatu persembahan teater. tapi, dengan hanya tujuh orang pelakon ini sahaja, aku dah rasa lengkap. lontaran suara yang jelas, nada yang tepat, ekspresi muka yang natural, bahasa tubuh yang meyakinkan dan penjiwaan yang terkesan. begitu berjiwa sekali, jiwa yang mendalam. itulah dia kelebihan seorang pemain teater, yang dah biasa dengan pentas teater. walaupun bahasa melayu indonesia yang digunakan dalam kisah nyonya tersebut sangat pekat, tapi kau masih boleh memahami apa yang ingin disampaikan pelakon. thumbs up juga kepada pelakon nyonya kerana bisa menuturkan skrip indonesia dengan lancar sekali. bukan seperti pelakonpelakon dramafilem yang biasa kita lihat melakonkan watak pembantu rumah dari seberang yang kadangkadang bahasa indonesia dia kedengaran seperti loghat utara. percubaan terbaik dari farah fauzana. dan nampaknya, misha omar dah gian nak bermain teater selepas percubaan gamat dan mahathir. juhara ayub, terbaik.

oh ya, cukuplah di sini sahaja untuk mak dara nyonya. pementasan arahan rosminah tahir ini akan dipentaskan bermula 6 hingga 12 julai ini di MATIC, siapa yang tak tahu di mana letaknya Malaysian Tourism Centre ni, silalah pindah ke london. tak tak, meh aku bagitau. ia terletak bersebelahan dengan saloma bistro, dekat dengan klcc. semat dalam hati, nanti kalau jumpa pelancong sesat tanya jalan ke matic, taklah malu jadi orang malaysia duduk kl tapi tak kenal tempat.


*esok malamnya pula, memenuhi jemputan menonton showdown live di i-city (susah jadi wartawan hiburan ni. asyik dapat jemputan je. #buwekkpoyogiler). will story-morey later on the next entry. see ya.

No comments: