Wednesday, June 15, 2011

i am invisible

satu fakta tentang dunia seorang farrakaka : farrakaka kenal semua orang, tapi semua orang tak kenal farrakaka.

semalam, waktu lunch kat sooka sentral, aku terjumpa kawan lama. satu batch masa matrik. satu kuliah cuma lain praktikum. teruja, memang teruja. aku memang bukan jenis tegur orang dulu sebab aku pun bukan peramah sangat orangnya, tapi disebabkan keterujaan maka tercetuslah gene friendly secara tak sengaja. dengan muka berseriseri dan perasaan teruja yang tidak dapat disembunyikan, aku memulakan langkah.


heyy, **** kan??


a'ah. errr...siapa ye?


segelas air panas tersimbah tepat ke muka aku. panas je rasa. pada ketika ini, aku baru teringat, aku seorang yang invisible suatu ketika dulu. sehingga kini. dan mungkin selamanya. otak menjana idea nak cover macam mana.


owh, satu matrik dulu. kawan diba.


oooooo.....


nah, nama diba terpaksa ku petik. sebab diba lebih mengenali si kawan ini.



dan lantas aku meminta diri.



dengan penamat ooooo.... yang panjang tu, dapat aku simpulkan tiga kebarangkalian ooo dia tu.

satu. "oooo....ingat ingat. farah, budak satu praktikum dengan diba tu."

dua. "oooo....diba. ingat ingat. dia ni, yang satu praktikum dengan diba tu. apa eh nama dia?"

tiga. "oooo....ah, oooo kan jelah. aku tak ingat pun siapa."


kebarangkalian kedua tu aku dah tolak siapsiap. mana mungkin diba lebih popular dari aku.


ya, hal sebegini dah selalu terjadi. aku memang senang ingat orang. senang cam orang. tapi orang je tak kenal tak cam aku. dats why aku tak suka tegur orang dulu. dengan sejarah hidup invisible aku dulu, tak mustahil orang tak kenal aku. dan dengan gene busybody aku tu, tak mustahil aku boleh kenal semua orang.

tapi, aku musykil juga. adakah aku sudah menjadi cantik berubah sampai orang susah nak cam aku?

ha, kalau nak jawab tekan buzzer.





p/s : i think i saw one of my standard 6 ex-classmate somewhere around kl sentral, too. we've bumped into each other more than once, but somehow, tiada tandatanda yang dia mengecam aku. as usual...

2 comments:

diba zakaria said...

keje KL ni, hari2 jumpe org yg dikenali. seriously, tak pernah lagi sehari berlalu tanpa aku terserempak kwn skolah lah, kwn tdika lah, kawan mtrik lah, jiranlah, bekas roomate seblah katil lah.. mcm2.

farah hazwani othman said...

kl ni kecik je sebenarnya. lagi2 kalau kita membesar kat sini. memg semua org kita knl ah.