Thursday, June 30, 2011

mak dara nyonya

selasa malam rabu lepas, selaku wartawan bebas untuk majalah sukahatikaulahnakpikirmajalahapa, aku berpeluang menyaksikan preview teater mak dara nyonya. terima kasih che'e atas jemputan tersebut.

pernah dengar jenama 'jamu mak dara'? ha, teater ini sebenarnya menceritakan kisah hidup pengasas jamu mak dara tersebut. mengangkat kisah kecekalan, ketabahan dan kejerihan hidup seorang wanita yang penuh berliku beronak duri. jatuh berkalikali namun tetap bangun juga sehingga mampu berlari kembali. kisah benar ini digarap skripnya oleh siti rohayah attan, dan disampaikan menerusi monolog seorang juhara ayub. ya, seorang sahaja sudah memadai. *salute.

dan persembahan diselangselikan dengan kisah dari seberang, perihal seorang nyonya muda berharta namun suaminya terlantar di rumah sakit akibat cancer(sebutan, kan-ker) lidah, yang acap kali diganggu sama penjaja barangan antik yang punya obsesi untuk membeli segala harta kepunyaan nyonya tersebut. nyonya juga sering kali didatangi keponakan(in malay, it means saudara) suaminya, yang berulang kali menuntut wang tanah pusaka keluarga. kisah humor penuh kritikan masyarakat ini ditulis oleh wisran hadi, penulis dari indonesia. satu kolaborasi terbaik dari sherry (aku tak tahu apa nama betul akak ni, selalu dengar mak aku panggil sherry je), pelakon teater zaifri husin, norzizi zulkifli, misha omar, sarimah ibrahim dan farah fauzana.

ini first time aku tengok teater asli punya. selama ni, teater yang dilambakkan dengan pelakon terkenal drama dan filem walaupun tak dinafikan memang terbaik, namun masih terasa kurang rencah asli suatu persembahan teater. tapi, dengan hanya tujuh orang pelakon ini sahaja, aku dah rasa lengkap. lontaran suara yang jelas, nada yang tepat, ekspresi muka yang natural, bahasa tubuh yang meyakinkan dan penjiwaan yang terkesan. begitu berjiwa sekali, jiwa yang mendalam. itulah dia kelebihan seorang pemain teater, yang dah biasa dengan pentas teater. walaupun bahasa melayu indonesia yang digunakan dalam kisah nyonya tersebut sangat pekat, tapi kau masih boleh memahami apa yang ingin disampaikan pelakon. thumbs up juga kepada pelakon nyonya kerana bisa menuturkan skrip indonesia dengan lancar sekali. bukan seperti pelakonpelakon dramafilem yang biasa kita lihat melakonkan watak pembantu rumah dari seberang yang kadangkadang bahasa indonesia dia kedengaran seperti loghat utara. percubaan terbaik dari farah fauzana. dan nampaknya, misha omar dah gian nak bermain teater selepas percubaan gamat dan mahathir. juhara ayub, terbaik.

oh ya, cukuplah di sini sahaja untuk mak dara nyonya. pementasan arahan rosminah tahir ini akan dipentaskan bermula 6 hingga 12 julai ini di MATIC, siapa yang tak tahu di mana letaknya Malaysian Tourism Centre ni, silalah pindah ke london. tak tak, meh aku bagitau. ia terletak bersebelahan dengan saloma bistro, dekat dengan klcc. semat dalam hati, nanti kalau jumpa pelancong sesat tanya jalan ke matic, taklah malu jadi orang malaysia duduk kl tapi tak kenal tempat.


*esok malamnya pula, memenuhi jemputan menonton showdown live di i-city (susah jadi wartawan hiburan ni. asyik dapat jemputan je. #buwekkpoyogiler). will story-morey later on the next entry. see ya.

Sunday, June 19, 2011

saya demam

...demam terkejut.

haha. ye, mungkin. terkejut mendapat satu GA dalam slip exam. tapi, benda yang boleh diagak, terima sajalah dengan hati terbuka, berlapang dada dan sedikit penyesalan yang tidak mungkin boleh mengubah takdir yang telah tertulis.

somehow, deep inside my heart, feels like deserving this. we never know how far we need to step over the hole until we fell down. and i do believe, in life, we need to experience everything, be it hell, or heaven, coz experience is the best teacher.

ya, mungkin ayat di atas kedengaran seperti cuba menenangkan diri sendiri. cuba nak mempositifkan kembali yang negatif. cuba nak menafikan hakikat realiti. tapi, itulah yang aku mahir lakukan. berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dan menerima takdir yang ditentukan tanpa mempersoalkan kenapa dan mengapa.

oh, hidung yang tersumbat ini sangat membunuh. penat sudah menyedut mukus masuk kembali dalam rongga trakea tapi degil betul nak meleleh je. *sorry, gross sket.

dalam hal ni, aku tak tahu apa katakata terbaik boleh aku lontarkan. aku menulis cuma apa yang aku rasa. aku menulis berdasarkan pengalaman semata. yang kadang kala tak relevan untuk dijadikan ukuran. jadi, yang terbaik untuk disajikan bagi memotivasikan kau orang dan juga diri aku sendiri, ini dia, petikan dari blog seseorang.


cr : mr. K



aku tak tau mana mr. K dapat idea the graph of our life. our timeline. apa kau ingat twitter je ada timeline? tapi, brilliant. ya, takdir itu adalah tetap. dalam bahasa accounting, diibarat seperti fixed cost. (dandan la time ni nak guna terms accounting. dalam exam berterabur semua ilmu tah ke mana.) be it how high or how low ur production, the fixed costs will remain the same. sama macam takdir. andai kata kau di atas, atau di bawah, takdir tetap kau tak boleh tolak. tak mungkin dapat lari. dan seterusnya, terpulanglah pada apa yang kau nak lakukan berdasarkan apa yang kau telah terima. ya, corak hidup kita semua sama. yang membezakan cuma takdir. dan kehendak.

sometimes, we wonder why? when thing doesn't run smooth as what we hoped for, we question Allah. not knowing that the answer lies within ourselves. if one believes in karma, he/she should believe that anything that happens is the consequence from the act of the past.

hidup ini roda. what goes around comes around. sometimes we're up, sometimes we're down. yang membezakan cuma berapa tebal kita nak salut lapisan getah pada roda itu supaya tahan geseran. yes, the way we treat our lives, it does matter.

kalau kau kuat, insyaAllah, jatuh berapa kali pun tetap akan bangun semula.

ah, terasa seperti ingin berlari menuju pusat karaoke untuk merefreshkan kembali fikiran. tapi tekak yang sakit membatasi.

adakah perlu aku meminta mc esok? huh, baru intern jangan nak macammacam.



p/s : semakin lama aku hidup, semakin aku tak sangka aku sekuat ini menghadapi semua yang terjadi. ya, kita dewasa secara semulajadi. and i should thank God for creating me with less sentimental-emotional-geligeli-jiwang-minahbunga feelings. tak mudah terkakis dek emosi. pheww.

Friday, June 17, 2011

susah sangat ke nak jadi baik?

bila kau orang naik bas atau tren atau apape pengangkutan awam pastu ada tempat duduk kosong dan kau orang pun duduk tetibe ada sorang makcik pakcik nenek atau atuk yang tidak mendapat tempat berdiri terhuyung hayang di depan mata kau apa yang akan kau orang buat?

kalau aku lah, first sekali aku akan fikir, "nak bangun ke tak? apasal takde sorang pun bangun? kalau aku bangun mesti orang lain pandang. segan ah."

tapi, aku akan bangun jugak. lantaklah semua nak pandang ke hape. bagi tempat pastu buat bodoh jelah. itu kalau mood baik aku datang. tiba mood tak baik plus penat plus malas angkat bontot aku buatbuat tak nampak jelah. *kurang markah sudah.

dan pagi tadi seperti harihari yang sebelumnya mood aku memang baik. matahari elok bercahaya. angin sepah sepoi sepoi bahasa. mp3 memainkan lagu ceria di telinga. datang seorang perempuan cina yang agak berusia cuba sedaya upaya mengimbangi tubuhnya menahan kehuyunghayangan bas yang pemandunya bawa seperti hantu. lantas aku bangun dan dengan sopannya mempersilakan auntie ini duduk.

+ eh eh, takpe takpe. you dah nak turun ke?

~ tak. tapi you duduk jelah.

+ eh. tak perlulah. i boleh berdiri je.

nah, betapa tergurisnya hati aku pabila auntie ni menolak. dengan aku yang dah berdirinya. tak tau apa nak buat dah. tapi aku tak putus asa. orang kata kalau nak buat baik biar sampai habis. aku berkeras mahu auntie tu duduk juga. kalau niat baik tak kesampaian mana aku nak letak muka jambu aku ni?

maka, berlakulah drama sebabak duduk bangun di atas bas rapid kl tersebut. dan fahamfahamlah, orang tengah sumbat telinga memang tak slow habis lah bersuara kan. satu bas dengar conversation antara aku dengan auntie tu. akhirnya, auntie itu mengalah selepas aku memang berkeras habis.

serius, aku segan gila. dan sepuluh minit perjalanan seterusnya kurasakan sangat lama berlalu.


dilema orang muda. sheesh.


* jumpa dua orang pacai berbaju melayu hijau serindit hari ini. kebetulan, aku pun pakai baju kebarung hijau juga. dua kali aku bersanding dalam tren harini. jodoh? tak mungkin.

Wednesday, June 15, 2011

i am invisible

satu fakta tentang dunia seorang farrakaka : farrakaka kenal semua orang, tapi semua orang tak kenal farrakaka.

semalam, waktu lunch kat sooka sentral, aku terjumpa kawan lama. satu batch masa matrik. satu kuliah cuma lain praktikum. teruja, memang teruja. aku memang bukan jenis tegur orang dulu sebab aku pun bukan peramah sangat orangnya, tapi disebabkan keterujaan maka tercetuslah gene friendly secara tak sengaja. dengan muka berseriseri dan perasaan teruja yang tidak dapat disembunyikan, aku memulakan langkah.


heyy, **** kan??


a'ah. errr...siapa ye?


segelas air panas tersimbah tepat ke muka aku. panas je rasa. pada ketika ini, aku baru teringat, aku seorang yang invisible suatu ketika dulu. sehingga kini. dan mungkin selamanya. otak menjana idea nak cover macam mana.


owh, satu matrik dulu. kawan diba.


oooooo.....


nah, nama diba terpaksa ku petik. sebab diba lebih mengenali si kawan ini.



dan lantas aku meminta diri.



dengan penamat ooooo.... yang panjang tu, dapat aku simpulkan tiga kebarangkalian ooo dia tu.

satu. "oooo....ingat ingat. farah, budak satu praktikum dengan diba tu."

dua. "oooo....diba. ingat ingat. dia ni, yang satu praktikum dengan diba tu. apa eh nama dia?"

tiga. "oooo....ah, oooo kan jelah. aku tak ingat pun siapa."


kebarangkalian kedua tu aku dah tolak siapsiap. mana mungkin diba lebih popular dari aku.


ya, hal sebegini dah selalu terjadi. aku memang senang ingat orang. senang cam orang. tapi orang je tak kenal tak cam aku. dats why aku tak suka tegur orang dulu. dengan sejarah hidup invisible aku dulu, tak mustahil orang tak kenal aku. dan dengan gene busybody aku tu, tak mustahil aku boleh kenal semua orang.

tapi, aku musykil juga. adakah aku sudah menjadi cantik berubah sampai orang susah nak cam aku?

ha, kalau nak jawab tekan buzzer.





p/s : i think i saw one of my standard 6 ex-classmate somewhere around kl sentral, too. we've bumped into each other more than once, but somehow, tiada tandatanda yang dia mengecam aku. as usual...

Monday, June 13, 2011

berlabuh tirai

telah berakhir sudah af, untuk selamanya. not much to talk bout the last af as i'm not following at all (cuma follow hazama je). but, seriously, aku tak sempat masuk af dah tamat dah. apa ni? apa ni?

okay, nak cerita pasal juara. from the very first, oh, mungkin not the very first, its more like from the week hazama diserap masuk ke dalam af, dia dah memang juara. juara terancang? tak kot. tapi, sampai dibawa masuk kembali artis yang dah perform kat the real dunia hiburan, mungkin itu cuma satu kejutan yang diterpaksakan, untuk menambah rencah. maybe.

i'm not a fan of hazama. really. and aku memang tak tengok af. langsung. tapi, sejak tertengok hey, soul sister dalam minggu ke berapa ntah, aku terus terpikat. kat hazama. bukan kat af. and bro, sorry lah, i pernah kutuk you dulu. masa zamanzaman jahiliyah you dulu. yelah, time tu you keluar prelude, jadi flying vocalist muh, there's nothing about you i would love to like. but now, you proved it man. it's not necessary being in the academy to learn the lesson. the world outside there teaches you a lot more.

yes, hazama won because of his own self-learning of 5 years from the real world, not from the academy. mark my words. (but still, akademi tu mengasah lagi apa yang dah tajam. can't deny it)

kalau diadaptasikan ke dunia kita yang normal ni, masih boleh diambil iktibar dari dunia hiburan ni (berhibur bukan sekadar berhibur, yang elok masih boleh dijadikan panduan). say it, orang yang tak belajar tinggitinggi kat universiti pun masih boleh berjaya. bergantung kepada usaha anda. and it's just a matter of time. mark my words, again.

be it 5 years, or maybe 10, or if luck is not your middle name- a decade or two, if success is destined, you'd reach it. remember, the longer time you took for something, the more you gain from your surrounding. it's not a waste. it's a worth.

for that, congrats, bro. you won double. hit the bull's eye!


paklang kawtim dah menang besar. kite nak jadi maklang kawtim boleh tak? boleh? tak?

p/s : kite pun minat merah jugak tau...

Saturday, June 11, 2011

what if...suddenly we couldn't wake up someday?

and what if, that someday is tomorrow?

huh, tak salah ingat mati kan. but really, apa akan kau buat kalau tibetibe kau tak bangun esok pagi. tak boleh nak buat apaapa dah kan. tidur jelah kau mampu buat.

eh eh, aku pun tak tau apa aku cerita ni. tibetibe je terpikir ayat tu time tengah dudukduduk tengok tibi. tu yang terus update belog tu. tapi kalau nak post satu ayat je, bukan update belog namanya. baik post status atau tweet tapi aku lagi gemar update belog.

so, ask yourself, if your life flashed before you, what would you wish you would have done? who would you call with your last goodbye?

now, i'm 21 going on 22. at the age of 19, i once thought that i've had enough for my life. i'm satisfied enough with my life. but i'm still afraid that one day, i would sleep forever. because there's so much things i want to do. there's so much things i hope to happen and more importantly, there's so much things i have to improve in myself before i go meet Him.

aku belum bertunang lagi. kawen apatah lagi. aku still nak travel satu dunia. aku teringin nak naik cruise. aku nak beli kondo. iphone 4 pun aku takde lagi (jangan kata iphone 4, telefon bimbit berkamera pun takde lagi). aku masih nak mencari cinta. aku masih nak mencari diri. aku masih nak mencari cahaya. ya, aku masih belum puas dengan apa yang aku ada.

manusia mana pernah bersyukur kan. tapi, bersyukurlah kau masih hidup hingga kini. aku bersyukur dengan apa yang telah aku dapat, tapi tak salah kalau mengharap lebih untuk yang akan datang. semoga akan ada lagi esok hari, yang lebih baik dari semalam dan hari ini.


p/s : oh, jangan risau, aku bukan buang tebiat. aku cuma sakit kepala, maka otak sedikit weng sekarang. jadi, aku perlu tidur. hopefully, bukan untuk selamanya. goodnite everyone.

Sunday, June 5, 2011

mari berkaraokeh!

harini hari ahad. memandangkan bilik dah sangat bersepah macam kapal karam, maka aku memutuskan untuk mengemas bilik.


first thing to do, set tempat dan bahan. ingat nak kemas bilik senang ke ha? kena carik bahanbahan dulu ya puanpuan. bahan pertama, bilik. bahan kedua. barangbarang bersepah. bahan ketiga. laptop. ya, laptop ini digunakan untuk memainkan muzik sekuat yang boleh semasa aktiviti mengeluarkan peluh nanti. dulu orang main muzik pakai radio je, sekarang apa barang radio. windows media playerlah bhaii!


dah bukak playlist kuatkuat, maka keluarlah lagu kegemaran aku di speaker laptop. feeling dah datang dah. tak, bukan feeling kemas bilik. feeling menghayati lagu dengan penuh perasaan. tapi tak lengkaplah feeling kalau tak melontarkan vokal. dan itu dia, bakat terpendam terluah jua akhirnya.


dah nyanyi sekerat lagu, tibatiba lupa lirik plak. aisehman, potong stim lah. tapi dengan perkhidmatan jalur lebar yang sentiasa sedia berkhidmat, apa pun tak bleh boleh buat. dan time tengah search lyric tu, aku terjumpa ini, minilyrics - display lyrics for your favourite music.


tangan gatal nak mencuba. maka, aku pun mendownload tanpa membuang masa. dan hasilnya, tidak siasia. kini, aku boleh berkaraoke di mana jua. mudah kan? (apa kes buat iklan murah kat sini plak?)



sambil bertweeting pun boleh berkaraoke.


okay, mari aku terangkan serba sedikit pasal aplikasi minilyrics ni. ia merupakan sejenis plugin software yang berkuatkuasa untuk semua jenis music player; itunes, wmp, winamp, etc. kalau kau kelik je lagu apa kau nak dengar kat dalam musicplayer kau, ia akan mencari dan menayangkan lirik lagu tersebut. dan kau boleh berkaraoke bersama penyanyi asal lagu tersebut. yang menariknya, ianya didatangkan khas dalam bentuk invisible background (kalau kau taknak invisible pun boleh jugak) yang mana kalau kau bukak apaapa tetingkap (windows) pun, lirik itu tetap akan kelihatan.


sangat sesuai untuk kaki karaoke dan penyanyi kau-sebut-je-satu-perkataan-aku-akan-sambung-dalam-bentuk-nyanyian. seperti aku. dan sekarang, kalau kau sebut je satu perkataan, aku boleh search lirik berkaitan dengan hanya satu kelik saja. begitu mudah kan? (iklan murah tak habis lagi)


tapi, aplikasi ini juga datang dengan satu drawback. itu orang putih kata, orang melayu kata kekurangan, di mana kalau kau dah download aplikasi ini, kau akan terus lupa apa matlamat dan tujuan asal kau yang kau dah putuskan 3 jam sebelumnya. ya, kau akan dijangkiti amnesia. (bukan insomnia, tapi masih ada peluang untuk dijangkiti juga)


dan aku rasa tadi aku dah putuskan untuk melakukan satu aktiviti sihat. mengeluarkan peluh. rasanya macam berkaitan dengan bilik. tapi... apa ya?



p/s : orang lain dah lama guna bendalah ni aku baru tergegeh nak kenal. dan jakun. apapun, misi mengemas bilik tetap tidak kesampaian. *sigh

Saturday, June 4, 2011

senang sangat ke huh?

yesterday, someone posted at facebook an eerie picture of the baby that has been throwed out from who knows what level it was.

seriously, luluh hati kecil seorang ibu bakal ibu (satu hari nanti) milik aku tatkala melihat otak bersepai dari kepala bayi yang berkecai itu. tengok kucing kurap hancur kena gilis kereta pun dah menyeramkan, apatah lagi melihat manusia cukup sifat yang baru nak mengenal dunia menerima nasibnya sebegitu.

banyak sebenarnya soalan yang aku nak tanya pada pembuangpembuang bayi di luar sana. senang sangat ke nak buat anak? senang sangat ke nak mengandung bawak perut kulu kilir kesana kemari berbulanbulan? senang sangat ke nak melahirkan? dan senang sangat ke nak campak buang tinggal anak kecil yang baru nak kenal dunia tu? ha, senang sangat ke semua tu??

baby bukan babi yang kau boleh campak buang sesuka hati kau. bukan najis mughallazah yang kau wajib samak kalau tersentuh. patut tak kalau aku cakap kaulah yang lebih hina dari binatang tu? binatang pun tau sayang anak. kau? kau tau apa? tau nak berseronok aje tak ingat dosa tak ingat masa depan tak ingat consequencesnya. yes, memang hidup perlu enjoy. tapi ada batasannya. jangan sampai tolak tepi hukum hakam. jangan sampai tak ingat dosa.

okay, mungkin aku stereotype assuming yang diorang ni semua orang yang cari masalah sendiri. macam mana dengan yang tak cari masalah tapi orang lain yang datangkan masalah tu kat diorang, i mean, the one who has been raped. surely, it's not their fault things happened that way, but remember, Allah datangkan ujian untuk menguji hambaNya. jangan singkatkan akal fikiran dalam mencari penyelesaiannya. and always remember, baby tu tak bersalah. jangan jatuhkan hukuman terhadapnya.

by all means, to all people out there, we make mistakes. but it doesn't mean that we have to keep on doing it. dah buat dosa berzina, jangan tambah dosa membunuh. kalau tak sedia ada anak, jangan terjebak. kalau taknak masuk penjara, jangan membunuh. kalau terlepas penjara dunia, ingat, tetap ada penjara diakhirat sana. yang tak mungkin akan terlepas begitu saja.

and, do remember, masih ada peluang untuk cover up semua mistakes tu, dengan cara yang betul. taubat. itu dia.




p/s : sorry if i'm being so stereotype here. tapi siapa je yang sanggup buang anak kalau bukan orang yang taknak anak. dan mana ada orang dah kahwin taknak anak. kalau taknak anak, baik jangan kahwin.

Wednesday, June 1, 2011

today

the highlights for today :


an analogy; a marathon runner and a sprinter. who will win?


imagine these two compete in a 400m race. definitely, most of us wanna be a sprinter who reaches the finishing line first. but remember, a marathon runner will reach it too. it's just a matter of time.


be two times the distance. would the sprinter still be able to maintain the speed? surely it's gonne be hard for him after all the efforts has been put in the first round. a sprinter may got the speed, but less stamina. a marathon runner may go slow and steady, but still can maintain the stamina till the end.


and i wanna be a marathon runner. after all, won't betray my cogankata; usah terlalu berusaha.


thanx mr azizan for the creative analogy. i like it the best. and so does pwc.



* just a few minutes after i left to work, i got the news that a friend of mine lost her mum this morning. sorry for not being there when u needed friend the most. and knowing ur mum, she's the strongest person i've ever met. no one can ever fight the disease as strong as she fighted it. and i know u're just as strong as her. keep ur faith, take care, dear.