Thursday, May 26, 2011

back to 60's

oh, siapakah di sana
baju biru warna muda
pakai kaca mata
oh, bergaya...
(siapakah gerangan, sanisah huri)

semalam, aku berkesempatan menonton preview teater kenangan mengusik jiwa di istana budaya. jam 8.30 aku dah tercongok di IB sebab i janji dengan dato' siti pukul 8.30 kita jumpa ye dato'. tepat 8.30 dato' datang dengan suaminya. punctual betul. i likee..

hakikatnya, nampak dato' siti hanya dari kejauhan. ya, sebumbung pun jadiklah...

sebagai antara orang yang terawal menonton teater ini, aku cuma akan bagi komen positif. yelah, takkan nak tutup periuk nasi orang kan. secara overall, aku terhibur. mengimbau kembali kenangan lagulagu 60an, yang dinyanyikan secara real oleh artis original seperti fatimah m amin, j sham, a rahman onn, dato; ahmad jais membuatkan aku rasa seperti berada di waktu tersebut walaupun hakikatnya aku cuma lahir 20 tahun selepasnya. tapi yang lama itu yang evergreen. yang evergreen itu tetap yang ori.

no enam puluh enam
jalan seremban
tampin
negeri sembilan...
(suratku untukmu, j sham)

teater bukanlah teater tanpa cerita di latarnya. teater arahan lokman ghani ini mengisahkan perjalanan rey di usia mudanya pada zaman 60an. percintaan dua darjat dengan rose, kisah persahabatan dan keluarga mengiringi pengembaraan hidupnya. cerita dikaryakan dalam bentuk flashback dari kaca mata rey zaman kini (lakonan uncle latiff ibrahim) yang baru pulang ke kampung halaman berjumpa sahabatsahabatnya setelah membawa diri sekian lama. pertemuan kembali dengan sahabatnya membuka satu demi satu kenangan lalu yang mengusik jiwa.


a bit of twist for the ending, nak tau apa jadi dengan kisah cinta rose dan rey, saksikan sendiri...


teater ini akan dipersembahkan bermula 27 mei sehingga 5 jun 2011. tiket tiket boleh didapati dalam harga rm60, rm106, rm160, rm 260, rm360.


gelisah..
gelisah menanti dinda
di ambang bahgia
mungkinkah khabaran cinta
akan menjelma...
(gelisah, dato' ahmad jais)



dan aku rasa aku akan kembali menonton lagi. sebab tak puas menonton di tingkat atas. even though i did get a great full view, tapi kerabunan mata membataskan sebab tak nampak muka pelakon. di akhir cerita baru jumpa abang hensem melodi. oh, rupanya dia melakonkan watak abang ana raffali. oh, and nice try, ana raffali. siapa kutuk kekredibilitian dia masa dia menang juara lagu itu hari, hah, telanlah kembali katakata kau itu. and uncle latiff, i lap u! (since terima kasih cinta aku terpikat dengan suara jantannya. uncle ada anak lelaki tak??)


dan untuk abangabang bising yang duduk di belakang aku, bandar baru KMJ means bandar baru kenangan mengusik jiwa. bukan kampung melayu jaya.

5 comments:

ziela a.k.a fazy said...

demm.gua expert kot lagu2 tu..
hahaha.
dpt bygkan kita main teka2 lagu dlm bilik samasama babe!haha

farah hazwani othman said...

haha. missed that moment. main tekateka lagu sambil didepan terbentang buku tebal far.

ko nak tgk tak?

mengaummm said...

saya nak tgk,, bole x nak tgk berdua duaan ngan awak hazwani..????

fazilla, no biggie k

diba zakaria said...

tak best tu, sbb aku slalu xtau. aku rindu sebut sepatah perkataan, tibe2 ade org smbg dlm bntuk nyanyian. haaaaa ingt x? ingt x?

farah hazwani othman said...

mengaum : eh, buah hati tak marah ke?

diba : kau rindu? kol lah aku selalu. kau sebut je satu perkataan aku sambung dlm bentuk nyanyian.