Sunday, April 17, 2011

jadi diri sendiri

kalau anak aku dah sekolah nanti, bila je cikgu tadika dia tanya "adam adam, bila dah besar nanti adam nak jadi apa?", aku nak ajar anak aku jawab macam ni: -

saya nak jadi diri sendiri, cikgu.

ya, memang tu yang aku nak didik anak aku dari kecik. anak aku yang belum keluar lagi aku dah tau nama dia adam.

manusia dicipta berbeza beza. ada yang bulat. ada yang petak. ada yang putih. ada yang hitam. tapi berapa ramai yang bersyukur dengan kejadian yang Dia dah ciptakan tu? tipulah kalau kau kata kau tak pernah terlintas sikit pun dalam hati kau "kenapa aku tak boleh jadi macam si polan tu ha?" sepanjang kau hidup ni, mesti punya ada rasa tak puas hati dengan diri sendiri. tetap juga sedaya upaya cuba nak jadi orang lain.

tapi, aku tak pernah nak cuba jadi orang lain. walau sehodoh mana pun perangai aku, aku tetap rasa itulah aku yang paling cantik. walau secantik mana pun perangai orang lain, aku tetap rasa aku masih yang terbaik. kalau kita sendiri tak suka dengan diri sendiri, siapa lagi? siapa lagi yang nak jadi farrakaka kalau bukan farah hazwani othman?

walau seorang farrakaka punya hati yang kering takde perasaan, aku masih mengaguminya. walau seorang farrakaka tak peka tak sensitif terhadap perasaan orang lain, aku masih senang dengannya. walau seorang farrakaka sangat plastik boleh berpurapura seperti segalanya o.k walhal hakikatnya k.o, aku masih berbangga dengannya. walau seorang farrakaka sangat loser masih merangkak mencari makna kehidupan pabila orang disekelilingnya dah berlari mengejar kejayaan, aku masih ok dengannya. walau seorang farrakaka hidup dalam dunianya sendiri tanpa ada orang lain mengerti, aku masih mampu bertahan dengannya.

tapi hakikatnya, aku dah bosan dengan farrakaka. aku dah bosan tampal senyumtawa plastik purapura segalanya ok semata mata untuk menjadikan segalanya betulbetul ok. aku dah penat simpan semuanya sendiri tanpa meluah semata mata untuk mengakhirkan segala pertanyaan dan kekusutan. aku dah tak mampu nak sentiasa berfikiran positif semata mata nak menidakkan kebenaran yang amat pahit untuk ditelan. ya, aku dah penat menjadi seorang farrakaka.

and this morning, buat julung julung kalinya, aku rasa nak jadi orang lain. aku rasa kecewa bila tengok orang lain bahagia. tapi aku masih terumbang ambing sendirian. aku rasa sedih bila tengok pencapaian orang lain. tapi aku masih terangkak rangkak mencari hidup. dan aku rasa loser bila aku sedar apa yang aku sedang jadi sekarang ni semuanya berpunca dari diri aku juga. ya, buat pertama kalinya aku rasa menjadi seorang farrakaka tak seronok.

tolong sedarkan aku kembali, apa perlunya aku jadi diri sendiri, kalau tak pernah ada orang hargai?

No comments: