Saturday, March 26, 2011

majulah sukan untuk negara

bukanlah kaka namanya kalau kaki tidak pernah menyepak bola.

okay, mukadimah sangat budget. hakikatnya, bola yang menyepak aku.

pagi tadi telah berlangsungnya tournament futsal antara kelas kelas fakulti accountancy. selaku seorang pelajar aktif bersukan lagi sihat tubuh badan, maka tidak wajarlah kiranya aku tidak mewakili kelas. dengan bermaskotkan isha(anak buah ziela) dan bermotokan slogan 'usah terlalu berusaha', aku dan rakan rakan selaku wakil kelas mempamerkan skill menyepak menerajang menanduk menggelecek dan menendang bola di dalam court dengan sesungguh hati.

dan tidak terlepas juga adegan menggulinggulingkan badan ala ala pelakon hindustan menari di taman bunga. dan juga kasut terbang. (untuk pengetahuan anda, menerbangkan kasut semasa bermain futsal adalah satu aktiviti wajib bagi kami. tidak lengkap permainan jikalau tiada kasut terbang di udara.)

oh ya, team kami terdiri daripada shikin, selaku team leader. maria yang tendangannya kencang. shiro dan ziela, duo yang tak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah permainan. farah, keeper yang sopan. kaka, ehem ehem, well, siapa tak kenal kaka. dan dua pemain import, fatimah dan zatilamni. bayar mahal tau import pemain luar ni.

dan tidak sia sia usaha kami, akhirnya berjaya juga kami mendapat tempat keempat. syabbas, mere bheti. syabbas.

tahniah juga kepada team lelaki kelas m atas kejayaan mereka mendapat tempat ketiga.

seriously, dah lama giler tak bersukan. (memang pernah ke?) tapi disebabkan semangat kawan kawan, kita jadi yang terbaik di mata aku. i ♥ u all. auwww!

dan siasia sajalah kawankawan aku panggil aku kaka kalau kaki tidak pernah menyepak bola.

okay. penutup pun nak budget jugak. hakikatnya akulah yang paling tak berguna dalam team.


akhir kata, majulah sukan untuk negara.


p/s : sayang betul wandidib tiada. dimana pom pom girl menghilang bila diperlukan?

2 comments:

diba zakaria said...

p/s : sayang betul wandidib tiada. dimana pom pom girl menghilang bila diperlukan?

sebaris ayt ni mmg meruntun hati kecil wandidib. didib demam lg smpai harini! kesian wandidib :(

farah hazwani othman said...

didib, kalau join bersukan semalam mungkin demam akan hilang, seperti aku.

anyway, take care didib. semoga cepat sembuh.

p/s : nak amek mc tak? extend cuti lagi sehari?