Saturday, March 26, 2011

majulah sukan untuk negara

bukanlah kaka namanya kalau kaki tidak pernah menyepak bola.

okay, mukadimah sangat budget. hakikatnya, bola yang menyepak aku.

pagi tadi telah berlangsungnya tournament futsal antara kelas kelas fakulti accountancy. selaku seorang pelajar aktif bersukan lagi sihat tubuh badan, maka tidak wajarlah kiranya aku tidak mewakili kelas. dengan bermaskotkan isha(anak buah ziela) dan bermotokan slogan 'usah terlalu berusaha', aku dan rakan rakan selaku wakil kelas mempamerkan skill menyepak menerajang menanduk menggelecek dan menendang bola di dalam court dengan sesungguh hati.

dan tidak terlepas juga adegan menggulinggulingkan badan ala ala pelakon hindustan menari di taman bunga. dan juga kasut terbang. (untuk pengetahuan anda, menerbangkan kasut semasa bermain futsal adalah satu aktiviti wajib bagi kami. tidak lengkap permainan jikalau tiada kasut terbang di udara.)

oh ya, team kami terdiri daripada shikin, selaku team leader. maria yang tendangannya kencang. shiro dan ziela, duo yang tak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah permainan. farah, keeper yang sopan. kaka, ehem ehem, well, siapa tak kenal kaka. dan dua pemain import, fatimah dan zatilamni. bayar mahal tau import pemain luar ni.

dan tidak sia sia usaha kami, akhirnya berjaya juga kami mendapat tempat keempat. syabbas, mere bheti. syabbas.

tahniah juga kepada team lelaki kelas m atas kejayaan mereka mendapat tempat ketiga.

seriously, dah lama giler tak bersukan. (memang pernah ke?) tapi disebabkan semangat kawan kawan, kita jadi yang terbaik di mata aku. i ♥ u all. auwww!

dan siasia sajalah kawankawan aku panggil aku kaka kalau kaki tidak pernah menyepak bola.

okay. penutup pun nak budget jugak. hakikatnya akulah yang paling tak berguna dalam team.


akhir kata, majulah sukan untuk negara.


p/s : sayang betul wandidib tiada. dimana pom pom girl menghilang bila diperlukan?

Thursday, March 24, 2011

congratulation and celebration~

told ya, u can't beat me. just bcoz i took one extra subject. see, sifat tamak tidak selalu rugi. ahaha.

btw, congratz wawa. indeed, it is an excellent result, as expected.

just go wherever u wanna go. just do whatever u wanna do. and just follow whatever the flow leads u to.

and, please, lose some weight. haha.

Sunday, March 20, 2011

super junior super show 3

amaran: entry ini memg tersgtlah panjang. so, siapa yang tak berminat boleh close tab sekarang. tapi nak cubacuba minat pun boleh jugak.

so, mari mulakan karangan berdasarkan bahan rangsangan. bahan rangsangan = gambar. jangan pikir lucah. first of all, aku main snap je semua gambar. ada 500++ total semuanya. ya, lima ratus lebih. sebab satu, mata aku ada dua. tapi duadua tak boleh pandang jejakajejaka kacak jambu atas pentas dan kamera sekaligus. dan dua, kamera aku sangat tak berkualiti. jadi aku main tangkap je mana dapat. hasilnya, sangat mengecewakan sbb gambar kyuhyun semua tak menjadi.

ini adalah antara yang terbaik. terterang. terjelas. dan tercantik.


ini yang paling tercantik. lihat, cantiknya yang belah kanan itu.

bukit jalil bukan dalam selangor ke?



blue sea. semangat elf2 sekalian ni dgn blue stick dorang.


during sorry sorry


during don't don. okay, siap ada bunga api.


oh, kyuhyun kesayangan tercinta


during no other. okay, siap ada terbang2 lagi.


angel di langit. leader leeteuk.


hyukjae yang paling hensem. di belakangnya kyuhyun tercinta.


during rokkugo i guess.


heechul. kentut agaknya.


ryeowook solo. with sungmin.


during trot song - tok tok tok. kalah m daud kilau u.


greet fans keliling pentas.


donghae. yang adik aku gila.


heechul. yang aman cinta.


kyuhyun. yang mencintai aku aku cinta.


yesung. yang bersuara lunak.


ryeowook. yang shaireen sayang.


leeteuk. yang jah chop jadi skandal keberapa tah.


siwon. yang jah telah mencuranginya.


ini bukti si kacak yang sangat bersinar.


during rinaldo - tribute to kangin.


during all my heart i guess. si kacak jelas kelihatan.


hyukjae. yang ziela dah gila. selain ajun.


oh, si kacak dengan shindong.


kempen marilah makan sayuran.


sungmin dengan labunya.


green pepper kyuhyun dan tah sayur apa tah.


bukti kyuhyun membuli hyungnya. nakal sungguh si kacak ni.


pening kepala ke si kacak? meh i urutkan.


lambaian miss world hyukjae.

dah habis!

eh, nak buat review ke? takpe ke panjang sangat jadinya nanti?

peduli hape. biar buat sekali harung. tak kuasa aku nak buat beredisi edisi pulak nanti.

♦ compared to last year, this time was greater. better. and handsomer. last year takde benda bulat besar tengah2 tu. dan terbangterbang. walaupun aku rasa nak tebang besi yang menghalang pemandangan aku kat tengah tengah tu.

♦ aku sangat kecewa dengan kualiti kamera aku. banyak gambar kabur. dan semua gambar si kacak kyuhyun rosak. haish, he's so shining blingbling sampai gambar tak jelas. kalah edward cullen u.

♦ tonight is hyukjae night. dia paling handsome dengan hairdo baru tu. and his solo Down performance, was two thumbs up. ziela, aku ada video dia untuk kau lihat. oh, and during last stage diorang nyanyikan lagu happy birthday untuk hyukjae. see, told ya, tonight is hyukjae night.

♦ donghae is my sister's favourite rupanya. nak terjatuh aku dia dok tolaktolak everytime he's out.

♦ highlight solo performances:
hyukjae - down. aku paling suka.
henry - baby. kalah justin bieber u.
yesung - it has to be you. semua orang hafal lirik dan ikut nyanyi. tinggal bagi mic je.
kyuhyun - new endless love. oh, dia sangat ramai peminat.
leeteuk - kiss goodbye. he played the piano.

♦ kyuhyun sangat energetic. berlari keliling pentas bagi fan service kat fans dengan skinship. gua sangat jeles ok.

♦ and ada handphone2 bertuah yang siwon, yesung, n kyuhyun bagi selca (self-camera). aku cadang nak campak je 'blackberry' aku ni bagi dorang tangkap selca. apakan daya, 'blackberry' itu jelah satusatunya handphone 'tercanggih' yang aku ada.

♦ kagum aku dengan elf. bukan orang kerdil. EverLastingFriends, suju fans. banyak goodies diorang distribute, dan bersemangat dorang dengan bluestick blueshirt bluehairband bagai.

eh, dahlah. aku nak tidur. nak tengok banyak gambar dan video lagi, singgah kat sini, global elf facebook. nitez all. (i should be doing edition edition lah rasanya. banyak gila benda nak cakap. tapi tak larat. n tak ingat. ini pun hanya apa yang termampu diluahkan bagi simpan kat blog untuk tatapan masa hadapan. kalau ikut hati, memang nak buat edisi kyuhyun edisi hyukjae yada yada yada semua. tapi minda kata tak perlu itu semua. biar disimpan dalam memori sendiri. hanya aku yang tahu. dan rasa.)

p/s : thankyuuu super junior for at last, i'm able to sleep well tonight. with smile.
♥ ♥ ♥ kyuhyun ♥ ♥ ♥

Friday, March 18, 2011

have to or choose to?

it's hard to tell.

in life, we have to choose. but i prefer to follow the flow. seriously, aku benci membuat pilihan.

tapi, bukankah memilih untuk berserah pada takdir juga merupakan satu pilihan?

told, ya. it's hard to tell.

Saturday, March 12, 2011

hikayat mereng mahasiswi

arakian, tersebutlah alkisah, seorang mahasiswi mereng, ingin membuka hikayat. perihal kisah kisah hidup ia. perihal hari hari ia temukan.

alkisah diceterakan oleh yang empunya cetera ini. sekali peristiwa ada seorang puteri di sebuah negeri. adapun puteri itu cantik rupanya. mulus kulitnya. bundar matanya. manis senyumnya. tapi sayang, malas orangnya.

adapun baharu baharu ini, ia merasa bosan. kalih ke kiri, ia resah. kalih ke kanan, ia gundah.apa tidaknya. saban hari menemukan perkara yang sama. mana bisa manusia biasa tidak merasa bosan. walaupun ia tidaklah melakukan apa apa. cuma sekadar santap-beradu-tawa-bergumbira sahaja saban masa.

maka ia menetapkan, perlulah ia mencari hiburan. agar terubat segala kesepian. terisi segala kekosongan. dan terkikis segala duitan.

maka di suatu petang yang bening, berangkatlah ia bersama hulubalang sahabat ia, menuju ke tengah kota, mencari hiburan santapan jiwa. adapun mereka berdua bertemulah dengan suatu cetera. yang menarik sekali rasanya. untuk ditonton bersama. hikayat merong mahawangsa namanya.

usai tontonan, puaslah jua hatinya. kagumlah jua dirinya akan cetera yang dipersembahkan. bagaimana akhirnya cetera melayu berjaya keluar dari takuk lama. walaupun masih jua terdapat cacat cela di mana mana. namun bak kata pujangga, masih punya ruang untuk perbaikan. masih punya waktu untuk perubahan.

begitu besar impaknya hikayat merong mahawangsa. sehingga menyebabkan ia berbicara sebegini rupa.

adapun lumrah manusia tidak pernah puas dengan suatu perkara. nafsu untuk berpoya poya makin membara. ia lalu mencari hiburan lain untuk diteroka. beralihlah ia kepada cetera dongeng si cantik dan si buruk rupa. atau dalam bahasa orang putih beastly sebutannya. sebagai seorang puteri yang selalu bermimpi bertemu dengan putera kacak belaka, maka ia sudah lama menantikan cetera dongengan semata ini.

namun sayang seribu kali sayang. indah khabar dari rupa. indah trailer dari cerita. kecewalah hati ia. pabila melihatkan cetera yang tidak menepati citarasa. hatta, putuslah harapan ia terhadap cetera karangan orang kulit putih. tidak akan selepas ini ia tersalah pilih.

maka telah terubat segala kesepian. telah terisi segala kekosongan. dan terkikis segala duitan. dek penangan hiburan hiburan. maka kembalilah si puteri rupawan. ke rumah bonda destinasi tujuan. kembali merenungi masa depan. yang masih lagi menjadi pertanyaan. . .

" dua purnama telahpun berlalu.
dua entry berazam iltizam telahpun dikarang.
namun masih tiada perubahan berlaku.
bilalah nak berubah cik farrakaka sayang?"


* badigol. apa kejadahnya aku berbahasa melayu klasik sebegini? tapi serius, cerita merong memang best. tidak tipikal. dan aku sarankan tontonlah ia, janganlah kamu menonton beastly. usah lagi terpengaruh dengan propaganda orang kulit putih. diorang tu banyak agenda nak memburukkan nama Islam. sokonglah industri filem tanahair. dan sejarah melayu. bukan cerita fairy tale beauty and the beast. nescaya kamu akan rugi. dan ditemui mati kebosanan dalam panggung.

Sunday, March 6, 2011

terima kasih cinta dan sepasang seluar hijau

selaku pengunjung setia istana budaya, aku sangat terkejut hari ini, bilamana istana budaya dibanjiri oleh ramai gila golongan muda mudi yang selama ini aku tak tahu hilang ke mana bila sahaja ada pementasan. ini first time aku tengok ramai gila orang muda menjejak istana budaya. sampai aku pun jadi malu sendiri sebab dress up aku paling tak urban. dan sebab ramai gila jejaka hensem yang datang bersama awek awek cun.

semuanya penangan Terima Kasih Cinta The Musical. arahan Pat Ibrahim. satu je perkataan yang menggambarkan segala galanya yang aku tonton malam ini - GAH.

i love everything about this theater.

the set, even diorang cuma guna satu je set - 3X2 cubic boxes yang bergegar gegar bilamana orang menari di tingkat dua set, tapi itu sudah cukup memadai. patut pun diorang bukak 3 tingkat seat. selalunya sampai tingkat dua je. sebab memang set sangat tinggi sampai sakit jugaklah tengkuk aku yang duduk kat tingkat bawah dok mendongak nak mengadap pelakon kat tingkat dua set.

the crew, even cuma 30 orang pelakon sahaja terlibat dalam pementasan ini. yes, ini adalah pementasan istana budaya yang paling sikit bilangan pelakonnya. 12 watak utama dan 18 orang ensemble. ever heard of less is better? it's proven.

the music, list of songs yang memang dekat di hati kita. memang boleh menyanyi bersama dalam hall. tahniah en roslan aziz atas susunan muzik yang sangat best. and not to mention, all of them singing live. with live band. no miming. no mimicking. no lip-snyc.

the story, of course. semua orang tahu tentang filem 'Cinta' yang teater ini adaptasikan kan. maka tak perlu aku buat sinopsis panjang lebar. but i've never watched 'Cinta' before. neither do i watched the preview of this theater in anugerah skrin that day. main terjah je pergi tengok teater ini tanpa ilmu penuh di dada (dah biasa dah buat ni sebelum masuk dewan periksa). nasib baiklah aku sempat baca review teater ini dari beberapa blog sebelum menontonnya tadi. tidaklah terkujat kujat menonton sambil ternganga. so, mari kita soroti satu persatu kisah cinta dalam cerita ini, yang salah satunya mungkin merupakan kisah cinta kita.


cerita satu - pasangan biru.

Akan tiba masanya kita bertemu insan yang ditakdirkan buat kita.
bila tiba masa itu, cintailah dia.
- Cikgu Elyas
Makcik nak mintak izin, untuk menjaga atuk amin. . .
- Rubiah

lakonan latiff ibrahim dan safura. juga diddy af selaku cucu cikgu elyas. watak asal dalam filem, cikgu fatimah - dato' rahim razali. dah lama tak nampak uncle latiff di televisyen. nampak live terus jatuh cinta. gila tak jatuh cinta, lakonan dia sangat mantap. suaranya masih berbisa. he's so natural. safura tak payah cakaplah, teater ni makanan dia. and who says love is blind? no, i say it's not blind, it just has another desease - alzheimer. people tend to forget everything when it comes to love. agree?


cerita dua - pasangan oren.

What makes you change your mind?
- Harris
Kerana. . .cinta. take good care of her. i love you so much, alisya.
- Airin

lakonan tony eusoff dan norish karman. dan adik melly sebagai alisya. watak asal dalam filem, rashidi - rita rudaini. tony eusoff punya penghayatan memang bagus. sangat hidup. cuma, ending dalam kisah cinta ini sangat...tidak dapat untuk diterima. marriage failure is such a sad ending. especially when it affecting the children. but this is real life. not a fairy tale.


cerita tiga - pasangan pink.

Siapa saya pada awak?
- Azura
Seorang yang melengkapkan hidup saya. seorang yang saya perlukan.
- Azlan

lakonan shajiry dan farahdhiya. watak asal fasha sandha - eizlan yusof. just a typical love story yang biasa berlaku dalam novel. lelaki kaya playboy yang ego bertemu dengan gadis kebanyakan cantik yang ala ala kental. yang ini aku tak sure berlaku ke tak dalam dunia sebenar, sebab aku belum pernah berjumpa lagi dengan lelaki kaya playboy lagi ego itu. mungkin cuma tiada dalam dunia farrakaka je kan. (eh eh, kau nak sangat ke jumpa buaya? and who said kau 'gadis kebanyakan cantik yang ala ala kental'? gila perasan tak ingat.)


cerita empat - pasangan kuning.

Aku cuma mahu hidup hari ini seolah olah aku akan mati esok hari.
- Dhani
Kini, sebahagian dari akak berada dalam diri dani.
berusahalah untuk menggapai impian dhani.
- Dyan

lakonan anding dan deja moss. watak asal, nanu baharuddin - kyuhyun que haidar. kisah cinta antara keluarga, yang benar benar membuatkan air mata aku menitik. see, aku cuma tersentuh dengan kisah kekeluargaan, bukan kisah cinta mushy dushy lovey cheesy muah muah. the hell... and just a question here, how much you are willing to sacrifice for a loved one? or, in specific words, how much are you willing to sacrifice for your family?


cerita lima - pasangan hijau.

Kita kena sentiasa positif. hidup masih punya banyak ruang untuk segala kebahagiaan.
- Arianna
Awaklah pelengkap hidup saya. i fell in love the moment i first saw you.
- Taufiq

lakonan nadia aqilah dan vince. watak asal sharifah amani-pierre andre. vince kelakar. and nadia aqilah, she has so much potential. antara pelapis yang industri seni perlukan dalam tanahair. what can we take from this love story. hmm, let's see. . . we'll meet the wrong person, making the wrong choices first, before meeting the right guy, and live happily ever after? is it? so, how many wrong person do we have to meet and crash their hearts before meeting the right one?

what can i conclude from these stories - love is mystery. a true love is actually when you fall in love with no reason at all. what you wanting is to be by his/her side. loving him/her for the rest of life. taking care of him/her till the last breath. willing to sacrifice anything for him/her. without even care of all the ugliness you saw in him/her. but sometimes, the unexplainable thing is when suddenly, the love you felt disappear, just in a blink of eyes. gone with the wind. scattered away just like that. yeah, not all love stories will get a and-they-lived-happily-ever-after-fairytale-ending. every love stories might ended in two probabilities, a happy ending, or a sad ending. i believe we are the one who choose the ending. but i do believe in qada' and qadar as well. so, who the one to blame for when things didn't come out as what we expected? no answer, huh? and that's why i said love is mystery. it leaves us with a lot of questions, without answers. such a mysterious, don't you think so?


but people, obviously, not the god we should blame for. He knows what's best for us.


oh ya, apa kaitan warna warna dengan cerita ini? kalau nak tau, itulah warna pasangan pelakon. ya, sangat meriah dengan warna terang pelakon pelakon teater ini. mungkin untuk membezakan dengan latar belakang putih, dan ensembles yang hanya berbaju putih, hitam dan kelabu. dan aku sangat admire dengan sepasang seluar kuning anding. terasa ingin mencari ia untuk dikawankan dengan sepasang seluar hijau aku. ya, aku mempunyai sepasang seluar hijau yang begitu tragik kisah hidupnya. sepasang seluar hijau yang kesunyian. sepasang seluar hijau yang sering diketawakan. sepasang seluar hijau yang telah berlubang kecil hujung kakinya akibat diseret dijalanan kerana tuannya sangat pendek sehingga seluar hijau mendapat taraf penyapu lantai. sungguh tragedi kisah sepasang seluar hijau. mungkin kisahnya boleh dibuat pementasan pula selepas ini.

see, told ya, colourful sungguh costum mereka.

2-tier set. macam manalah diorang overcome rasa gayat atas tu.


p/s : pheww, agak jiwang dan panjang entry farrakaka kali ini. harap tidak bosan membaca.

Saturday, March 5, 2011

enough is enough

tough weeks ended. i think i need to get back in track, stay focus and no more playing around.

sem ni aku paling banyak berpoya poya. boleh kira dengan jari je berapa banyak kali aku ponteng datang kelas. nampak tak betapa lebih banyak aku ponteng dari datang?

segala urusan murusan yang penting dan yang tak penting dah selesai, maka, eloklah kiranya aku lebihkan study, dan tidak memblankkan lagi otak ini. lebih lebih lagi, sekarang ni aku telahpun diisytiharkan muflis, maka lebih tepatlah masa ini untuk aku bermuhasabah diri. dan tidak berpoya poya menghabiskan duit lagi.

maka di sini, aku mengisytiharkan aku tidak akan menjalani kehidupan seperti seorang student yang tak normal lagi, mulai hari ini, tepat jam 11 malam sesudah berakhirnya pementasan tkc. aku akan cuba menjalani kehidupan sebagai seorang student yang normal setiap hari. pergi kelas dengan bersungguh sungguh. buat homework dengan bersungguh sungguh. stay kat library mengusha mamat hensem bila ada masa terluang. dan belajar. belajar. dan belajar lagi. sampai jadi zombie.

oh ya, akan ada gap sementara pada 19 mac nanti untuk keluar berdating. ♥ ♥ ♥


p/s : kita sama sama tengok berapa lama azam dan iltizam aku ni boleh dipakai. siapa yang tak kenal farrakaka kan?


* happy birthday, zatilamni dan erin. may Allah bless u girls, always.
* sometimes, doing thing alone is better. i enjoyed it so much.
* i can never eat burgers, for the rest of my life. good bye, mcD.
* selamat menjadi ibu buat atika alias, a schoolmate of mine. ur baby, izdihar syadiyah is so cute. grow up well, dear.

Wednesday, March 2, 2011

compilation

aku dah lulus jpj. menggunakan taktik gedik cuba nak mengorat pegawai jpj. titik.

aku mungkin akan fail common test. titik.

dewan agong sangat gah. sangat berbangga diberi peluang menjawab exam didalamnya. titik.

aku suka berkaraoke. sampai hilang suara. titik.

assignment maf tak siap lagi. titik.

harus balik shah alam. titik.



* ini bukan entry update blog. ini kompilasi status status yang patut aku upload di facebook sepanjang minggu ini.