Tuesday, February 1, 2011

sari berita utama

hari ini, baru aku tahu dengan jelas apa terjadi di mesir. maklumlah, selama menetap di hostel, berapa kerap sangatlah aku beli suratkhabar. berapa kali jelah aku boleh menonton berita utama tv3 (memang tak pernah pun) dan berapa laju manalah wireless free untuk aku berkomunikasi dengan dunia luar.

apa yang terjadi di mesir benar benar membimbangkan. bagaimana sebuah negara islam boleh bergolak sebegitu hebat. aku tak berapa nak mahir sangat hal hal politik. juga aku pun tak berapa nak gemar membincangkan isu isu politik. apa yang mampu aku lakukan cumalah berdoa supaya saudara saudara kita yang berada di sana selamat. dan supaya rusuhan ini tidak berpanjangan.

dan apa yang berlaku di segamat kampungku juga tidak lepas dari pengetahuan aku. segamat, melaka dan kawasan sekitarnya bukanlah tempat yang kerap kali banjir. tak seperti kawasan pantai timur yang sentiasa perlu berjaga jaga bila menjelangnya musim tengkujuh. tapi, selepas banjir besar yang melanda lebih kurang dua tahun lalu, kalau tak silap akulah, kini ia kembali lagi. mujur rumah nenek aku atas bukit (perumahan tinggi sikit. bukan istana atas bukit macam rumah yusuf haslam tu), maka insyaAllah tidak terjejas sedikit pun.

makin menjadi jadi bencana alam kebelakangan ni. petanda telah banyak tangan manusia yang merosakkan bumi. bumi ini cuma pinjaman sementara sahaja. bila bila masa boleh ditarik kembali. tapi tak ramai yang sedar. atau buat buat lupa. bila perasaan tamak haloba hasad dengki bermaharajalela, hilanglah pegangan. musnahlah pedoman. pincanglah kewibawaan.

semoga selamatlah semuanya hendaknya. mohon dipermudahkan segalanya.

* tak dapat ikut pergi melaka. maaf zila.
* terdelete folder kesayangan. =(
* mood : kosong.

No comments: