Wednesday, February 2, 2011

oh, Q-shiba

selama ni, aku dok panggil panggil Q-shiba aku ni seolah olah dia memang sahih seorang (atau sebuah?) jantan. tak pernah aku hirau pun apa status sebenar jantinanya. apakah memang benar jantan? atau betinakah?

tadi berblogwalking kejap. dan tiba tiba aku terjumpa satu method cara cara mengetahui jantina sebenar laptop anda. samada XX atau XY. sebenarnya, aku memang pernah dengar pasal teknik ni dulu. tapi tak pernah ambil pusing untuk mencuba. yelah, kalau dah berkenan kat Q-shiba tu, jantina apa pun tak kisahlah. bak kata orang bercinta, kalau dah sayang tu, kentut pun bau wangi. buruk pun nampak cantik.

hati aku tergerak pula nak mengenali lebih dekat Q-shiba aku ni. maka, aku pun mencubalah kaedah tu.


1. open notepad. bagi siapa siapa yang masih tak tahu dimana nak mencari notepad, click Start > All Program > Accessories > Notepad

2. copy and paste this code in the notepad

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"iloveyou"

kalau tak nak laptop sebut i love you, tukarlah kepada "tengkorakhang" ke atau whateverlah.

3. save as iloveyou.vbs dalam desktop atau manamana folder yang berkenan dihati. make sure kau ingat kat mana kau letak. kalau tak mengagau nak cari nanti.

kalau tak nak letak iloveyou pun, savelah apa apa nama yang kau orang suka. contohnya farrakakasangatcun.vbs pun boleh. tapi make sure dot-v-b-s tu jangan lupa.

4. close notepad. then click file yang kau dah save td.
kau akan terkejut mendengar laptop kau boleh berkatakata.


* peringatan : adjust volume laptop anda, jangan terlampau kuat jika anda mencuba kaedah ini lepas jam 12 malam. dikhuatiri anda mungkin menerima sakit jantung.


dan, keputusannya, aku sangatlah kecewa bila mendapat tahu Q-shiba kesayangan rupanya seorang(atau sebuah?) betina. aku mengharapkan a baby boy, tapi rupanya it's a girl.

juga aku telah mem'pengkid'kan laptop aku sendiri. maaf, wahai Q-shiba.

nampaknya, aku terpaksa tukar nama laptop pula. tiada lagi Q-shiba. tiada lagi buah hati pengarang jantung. tiada lagi kekasih jiwa cinta mati. sebab dah sama jantina. mana mungkin kami menjalinkan hubungan sejenis. hubungan kami selepas ini tidak lebih dari sekadar bestfrenforever saja. selamat tinggal, Q-shiba.


p/s : mungkin boleh letak nama ra-shiba pula. dengan lagu tema taman rashidah utama.

3 comments:

ziela a.k.a fazy said...

hahahaha.
bapak kelakar dowh!

farah hazwani othman said...

kau rasa kelakar. aku rasa sedih.

apa aku nak pggil q-shiba ni pas ni?

ziela a.k.a fazy said...

hahaha.
panggil shiro-ba.
kah3