Thursday, February 3, 2011

imbangan yang betul betul terduga

aku seorang yang tak seimbang. bukan berkaitan diet yang seimbang. mahupun kesihatan mental yang seimbang. tapi aku ada masalah dalam pengimbangan penstabilan badan aku. yang menyebabkan aku takut pada kenderaan beroda dua yang memerlukan penstabilan badan. sebab tu aku tak pandai bawak motor, walaupun hampir dua tahun menjadi pembonceng berjaya. in fact, sampai ke hari ini, aku tak geti bawak basikal. ya, pendedahan yang sangat mengejutkan bukan. tapi ianya benar.

aku dengan yakin merasakan bahawa aku ada masalah pada salur separuh bulat aku. *fakta sains, salur separuh bulat merupakan organ di dalam telinga yang mengawal pengimbangan badan. mungkin dalam telinga aku ianya tidak berbentuk separuh bulat. salur separuh segitiga mungkin. who knows.

maka, aku mengelakkan apa apa jenis kenderaan beroda dua dan beralih arah kepada kenderaan beroda empat tapi apa yang terjadi. . .


tekan clutch. masuk gear gua-lu.


weh, bawak kete pun kena imbang imbang jugak pe. gua bengkek la time atas bukit je instructor gua asik sebut "imbang" "imbang" "imbang" clutch ngan minyak tu. panas telinga gua dengar imbang imbang ni. apasal susah sangat nak imbang menatang tu huh?

gua ingat gua bawak kete ni dah boleh lepas dari imbang imbang jadah tu semua. tapi imbangan ni lagi mencabar. gua dahlah tak pro lagi. main belasah je tekan minyak pusing stereng ikut suka. memang masalah betullah. instructor gua pun dah bosan ajar gua yang bebal ni.

dah terbukti gua ada problem dengan semua jenis imbangan di dunia ni. gua memang tak pass apa apa yang berkaitan dengan imbangan. jadi, bagaimana gua nak mengekalkan gaya hidup yang seimbang? gua perlu cari jalan penyelesaian secepat mungkin. kalau tak gua tak seimbang dunia akhirat nanti. minta dijauhkan.


tekan clutch. tukar gear reverse. masuk mode polite balik.


next week nak test dah. doakan aku pass jpj nanti. aku confident dah nak bawak, pejam mata pun boleh (pejamkan mata instructor jelah. sebab takut tengok aku bwk tanpa skill). tang bukit tu je masalah sikit. tengoklah, apa nasib aku nanti. semoga selamatlah hendaknya.

p/s : tapi gua belajar akaun buat imbangan duga senang je nak imbang. apasal imbangan ni gua betul betul terduga ha?

2 comments:

shafiq & farhana said...

hahaha..gile kau..akaun punye imbang la susah bg aku..imbang kereta la pling senang..haha...relek2..

ko t bile da kat line kuning bukit tu, angkat clutc sket2 n smooth smpi ko rase kete tu terenjut sket pastu maintain kaki kiri tu..kaki kanan plak tekan myk sket..smpi dgr bunyi die ram sket..tangan kiri ko angkat sket handrake tekan butang die n turunkan die..pastu smooth abes la t ko turun bukit tu..relaks je t..ko jgn byg imbangan duga tu dah la..haha

farah hazwani othman said...

haha. dapat tutor free arr. ok2. akn ku cuba ikut nasihat kau. thnx.