Tuesday, February 8, 2011

everyday is holiday!!!!

sempena tahun baru cina, uitm cuma beri cuti selama seminggu je. lihatlah betapa consideratenya uitm ini memberi cuti banyakbanyak (tangan di bahu mata juling ke atas) kepada pelajar pelajarnya yang kesemuanya bukan berbangsa cina.

disebabkan itu, aku dah check in ke melati pada ahad lepas, untuk ke kelas hari isnin. dan pagi tadi, yakni pagi selasa, hari kedua selepas kelas bermula, walaupun kelas aku hanya pada sebelah petang, pagi lagi sudah aku bangkit, saat roomates merangkap classmates yang lain sedang lena diulit mimpi. tunggu, jangan kagum dulu. aku bangun pagi siap awal awal tidaklah bermakna aku penuh semangat berkobar kobar untuk melangkah ke kelas menjadi student contoh lagi berwibawa.

dan tepat jam 9 pagi, aku melangkah keluar dengan satu tujuan - untuk pulang semula ke gombak, setelah 38 jam check in di hotel melati.

ya, aku pulang semula. bukan ditendang keluar, tapi ada urusan perlu diselesaikan. dan dalam perjalanan ke ktm padang jawa, sempat aku beramah mesra dengan pakcik teksi kenari paling aku kagum, pakcik adnan namanya.

pakcik adnan : ni nak ke mana ni?

aku : balik rumah, pakcik. kat gombak.

pakcik adnan : gombak je. dekat. selalulah balik camni.


aku cuma senyum dan mengiakan saja. memang gombak - shah alam dekat sangat pakcik. sebab tu saya suka balik rumah dan mengkayakan pakcik dengan tambang teksi pergi balik. pakcik harus berterima kasih pada saya dan orang orang gila balik rumah macam saya.


pakcik adnan : takde kelas ke hari ni?


eh eh, pakcik ni. takde soalan lain ke nak tanya. sensitif tu pakcik. kenapa tak tanya "takde boyfriend lagi ke? pakcik ada anak lelaki muda kacak solo dan berwang nak dijodohkan ni." soalan cepumas gaya ni aku susah nak jawab. aku tak gemar menipu. maka aku berterus terang demi untuk menaikkan saham aku.


aku : saya ada hal esok ni. nak gi amek test memandu. kelas burn lah harini.

pakcik adnan : owh. hah, pakcik dengar hari khamis cuti kan. ramai dah budak budak dok ceghita kat pakcik.


ah, ya. aku pun ada jugak dengar ura ura yang satu uitm (mungkin induk sahaja) bakal bercuti khamis ni. ada majlis amanat naib canselor yang melibatkan semua pensyarah uitm.


aku : yelah kot pakcik. saya pun ada dengar camtu. tapi saya punya kelas tak comfirm lagi. lecturer masih belum cerita pape lagi.

pakcik adnan : hah, kalau khamis ni cuti, jumaat pun kamu burn je lah. dah alang alang balik rumah tu...


terbuntang bijik mata aku. apakah benar telinga aku mendengar ini semua? saranan pakcik adnan itu membuatkan hati aku menyirap tiba tiba.


pakcik, apa pakcik pikir saya ni suka sangat ke ponteng kelas? apa pakcik tengok muka suci saya ni memang muka orang suka burn kelas suka suka hati tanpa ada alasan munasabah? kenapa pakcik boleh merendahkan martabat saya dengan mengeluarkan ayat ayat menusuk kalbu seperti itu? kenapa pakcik? saya ni seorang pelajar contoh tahu. sangat boleh dijadikan contoh dan calon menantu pakcik.


tapi, ayat ayat di atas cuma tersekat di kerongkongku saja. tak mampu aku luahkan sebab kebenarannya nanti amat pahit untuk ku telan. hebat pakcik adnan ni. sekilas ikan di air sudah beliau tahu jantan betinanya. sekilas air wajah kutayangkan, sudah dapat dibaca perangai burukku.

aku cuma mampu tersenyum pahit sambil menjawab : insyaAllah pakcik, kalau doa saya supaya kelas khamis ni dibatalkan termakbul.


dan petang tadi, jam 5.30, cik fazy telefon, mengkhabarkan berita gembira bahawa khamis ini kelas tiada. maka, kini aku dalam dilema. perlukah aku berdoa lagi supaya jumaat juga kelas dibatalkan? dan juga perlukah aku mengikut saranan pakcik adnan yang sangat memahami jiwa muda remaja seorang pelajar universiti seperti aku?

tolonglah, wahai kawan kawan. khabarkan lagi berita gembira buatku esok hari.

No comments: