Saturday, February 26, 2011

reminder

please do remind me not to consume any kind of nescafe again next time. even kalau aku dah desperate sangat tak mau tidur sebab nak study. coz it doesn't help, at all.


i couldn't sleep. n i can't study either, and it's already 4 am.


* should have known this earlier. tapi gatal jugak nak minum nescafe dengan harapan nescafe yg abg handsome bancuh bukan nescafe buat sendiri takkan membuatkan aku trembling satu badan. hambik kau dah lah shakey tak dapat tidur lagi.



p/s : nasib baik line internet baikk punya. ^,^

Friday, February 25, 2011

aku akan belajar bersungguh sungguh

. . . jika dan hanya jika aku rasa bersalah. yang amat sangat.

situasi 1
ponteng kelas. rasa bersalah terhadap lecturer. maka seret kaki pergi library dan belajar sehabis daya. sehingga kebosanan sendirian.

situasi 2
dalam kuliah. dengar mp3 sebelah telinga. rasa bersalah sebab tak menggunakan kedua dua telinga untuk mendengar suara lecturer. maka fokus pada pembelajaran sehabis baik. dan tidak berangan dalam kelas lagi.

situasi 3
dalam bilik. tidur dengan se'kaka'nya (perumpamaan baru wandiba) sepanjang malam. terjaga bila cuma orang lain sudah bersedia untuk tidur. rasa bersalah sebab tak sentuh buku sepanjang malam. maka bangun dan mengadap buku sepanjang pagi. sehingga tidak termampu membuka mata. tapi, kes ni sangat jarang berlaku. sangat rare kecuali bila ada kuiz esok paginya.


maka di sini konklusinya, izinkanlah aku ponteng kelas. biarkanlah aku tidur sepanjang masa. -_-

tapi ada consequences yang datang sekali pakej dengan perasaan bersalah itu - moody tak semena mena. diam seribu bahasa. bak kata wandiba, bagai orang frust bercinta.


p/s : hakikatnya aku belajar hanya bila ada mood. maka, datanglah mood datang padaku. aku ada common test untuk ditempuh.


* i am going to every place i wish to go, insyaAllah. n thank you Allah.


life isn't a life if no problems occur. never let life's hardships disturb you. for it is just a sign that Allah loves you.

Friday, February 18, 2011

i'm totally lost in nowhere. . .

currently, i'm living in auto pilot.


pergi kelas, duduk, ternganga, senyum bila perlu, balik, dan tidur. not to mention, ponteng kelas bila perlu. *sigh*



bilalah kecelaruan minda ini akan berakhir?


esok pulak ada modul bongok. bersiap sedialah modula oblongata untuk berfikir di luar kotak.

Tuesday, February 15, 2011

terima kasih melati

Tuesday, 15 February 2011
1115 am


finished checking updated blogs, at PTAR 4, faculty of engineering.



after all, thanx to melati, for making me stay at a library (which is a very rare situation to see). . .



. . . juz to access uitmsalamstudent internet connection.

Thursday, February 10, 2011

shhhhhh.....

sebenarnya, entry ni aku dah karang semalam, cuma malas je nak post sebab dah post entry-emo-gua-fail-test-jpj. kalau post banyak2 entry dalam sehari tak ke nampak sangat aku takde keje lain nak buat.

so, what was hot yesterday? masa aku pergi kedai beli air buat basah tekak, aku terbaca tajuk berita utama di dada akhbar. selalunya aku just baca sekali imbas dan terus passing by je. nak beli? sorry, tak terniat pun. tapi, tajuk berita utama di dada akhbar semalam buat aku tereverse balik dan buat gaya selak selak konon nak beli tapi sebenarnya curi curi baca je.

terpampang besar di muka pertama akhbar harian metro. dua kes suicide. yang berjaya.

satu kes seorang pelajar sekolah terjun bangunan sekolah, sebab kecewa bercinta. comfirm sekolah tu ada potensi jadi lokasi filem histeria 2 nanti. apa yang menarik, budak tu ada tinggalkan suicide note kat facebook. kawan kawan dia ada yang baca, dan ada yang galakkan.

well, memang dah jadi trend sekarang ye tinggal suicide note kat laman sosial. dah banyak kes macam ni berlaku, di mana mana jua. sometimes, they just want to be heard. they just want to be loved. tapi kawan kawan yang baca note to maybe tak anggap apa apa selain "la, bergurau je ni. biasalah, tension". it's not their fault to think like that. even kalau kita cakap luah dekat orang face to face pun ada yang tak paham, inikan pula luah kat facebook yang keras kaku takde ekspresi tu. bila dah dapat feedback macam tu, bertambahlah depresi jadinya sehinggakan apa yang cuma bermain di fikiran terus terlakukan melalui perbuatan.

dua, kes ibu campak anak dan bunuh diri sendiri lepas tu. what an ending. a sad ending.

actually, aku tak nak sentuh pun pasal mangsa mangsa kejadian semalam ni. sebab tak elok bercerita mengenai orang yang dah tiada. orang kata roh orang yang mati bunuh diri tak tenteram. lagilah tak sepatutnya aku bercerita mengenai mereka.

ow ow. harini dahlah malam jumaat (keliwon?). ok. taknak ulas lebih lebih dah.


what happened to others is a lesson to us. apa yang aku nak sentuh kat sini, betapa tertekannya kehidupan orang orang urban sekarang, sehinggakan tidak mampu mengawal emosi dan juga tingkah laku. ya, tuntutan hidup sangat membebankan sekarang.

jadi, kawalan emosi sangat penting di sini. bercakap mungkin senang, nak mempraktikkan memang payah. aku pun takde tips tips berguna untuk diturunkan. juga tak punya banyak pengalaman untuk dikongsi.

hey dear friends. walau sebesar mana pun masalah yang kita hadapi, tentu ada jalan penyelesaiannya. it's not the end of the world. putus cinta, patah hati, gagal exam, beban masalah, tu semua cuma rencah kehidupan. bukan penamat kehidupan. life's too precious to be ended. don't put a fullstop to it, until you reach your time limit.

buatlah apa apa yang perlu untuk get rid of your problems. nak tenangkan hati senang je. kalau kau suka tonton movie, pergi tonton movie cerita sedih sorang sorang and cry yourself out macam orang bodoh then only you realize how stupid you are to cry over stupid things. kalau kau suka menyanyi, pergi karaoke sorang sorang and cry yourself out macam orang bodoh until you realize how stupid you are thinking of something that doesn't worth. luahkan. lepaskan segalanya. kalau tak suka luahkan sorang sorang, lepaskan pada yang sudi mendengar. don't keep it to yourself if you don't know how to handle it.

you are not alone (wah, ala ala tagline liverpool nih). even kau solo boyfren ilek puchi takde siapa nak teman pun, you still have your family. you still have your friends. moreover, you still have Him.

always think positive. some might find out that it is some sort of lie. or kinda denying action. no, it's just a therapy. a good therapy. there is a saying; always look a tragedy as a comedy. take it as a comical scene you would find in your typical life. someday, you will laugh at it. and say, "my life is just so colourful. i've laughed, i've cried, i've cursed and i've enjoyed every single thing of it".

untuk bakal bakal suicide attempter di luar sana, don't be too fragile. think twice before you jump. no, don't even think about it. it's just a waste of time.

Wednesday, February 9, 2011

guess that luck doesn't always accompany me

straight to the point, tanpa mukadimah segala - gua fail on the road, tapi syukurlah gua tak perlu lagi mengadap bukit parking semula. at first, gua redha je. sebab gua tau gua silap sendiri bila lupa turun handbrek sampai mati enjin banyak kali. tapi bila gua dengar story pengalaman budak budak lain, gua bengang.

heyy, gua lebih rela kena tegur marah tengking maki hamun dsb dari diam seribu bahasa dan terus - dah, awak fail!

orang lain kena tengking marah dengan pegawai jpj tu tapi tetap pegawai tu bagi lulus. but me, damn, i didn't move even an inch. yeah, it's pathetic, i know. tapi serius gua betul2 lupa turun handbrek. at least bagi lah gua peluang, atau just tegur je apa yang gua silap tuh. gua telan je kalau dapat maki sekalipun. bagi kaki pun gua terima.

test repeat next 2 weeks ni, gua nak request pegawai jpj lelaki pulak. miang keladi pun tak kisahlah, janji gua lulus. pompuan banyak songeh lah. pms je manjang. huh!

nasib baik gua terima berita baik lagi harini. jumaat gua comfirm takde kelas. jadi minggu ni gua cuma terhegeh hegeh datang kelas hari isnin jelah. kan best tiap tiap minggu pun macam ni.

dan lihatlah, Allah itu Maha Adil. didatangkan satu kekecewaan, tapi ditebus semula dengan satu kegembiraan. lihatlah, betapa doa orang orang teraniaya seperti gua dimakbulkan.


p/s : tak mencabar lah amek test first time terus lulus kan. kena repeat banyak kali baru adventure hidup ni. jiwa remaja perlu lebih cabaran. baru kental (tangan kanan dikepal bawa ke dada kiri tepuk dua kali, sambil mulut dibentuk herot tanda keganasan).

Tuesday, February 8, 2011

everyday is holiday!!!!

sempena tahun baru cina, uitm cuma beri cuti selama seminggu je. lihatlah betapa consideratenya uitm ini memberi cuti banyakbanyak (tangan di bahu mata juling ke atas) kepada pelajar pelajarnya yang kesemuanya bukan berbangsa cina.

disebabkan itu, aku dah check in ke melati pada ahad lepas, untuk ke kelas hari isnin. dan pagi tadi, yakni pagi selasa, hari kedua selepas kelas bermula, walaupun kelas aku hanya pada sebelah petang, pagi lagi sudah aku bangkit, saat roomates merangkap classmates yang lain sedang lena diulit mimpi. tunggu, jangan kagum dulu. aku bangun pagi siap awal awal tidaklah bermakna aku penuh semangat berkobar kobar untuk melangkah ke kelas menjadi student contoh lagi berwibawa.

dan tepat jam 9 pagi, aku melangkah keluar dengan satu tujuan - untuk pulang semula ke gombak, setelah 38 jam check in di hotel melati.

ya, aku pulang semula. bukan ditendang keluar, tapi ada urusan perlu diselesaikan. dan dalam perjalanan ke ktm padang jawa, sempat aku beramah mesra dengan pakcik teksi kenari paling aku kagum, pakcik adnan namanya.

pakcik adnan : ni nak ke mana ni?

aku : balik rumah, pakcik. kat gombak.

pakcik adnan : gombak je. dekat. selalulah balik camni.


aku cuma senyum dan mengiakan saja. memang gombak - shah alam dekat sangat pakcik. sebab tu saya suka balik rumah dan mengkayakan pakcik dengan tambang teksi pergi balik. pakcik harus berterima kasih pada saya dan orang orang gila balik rumah macam saya.


pakcik adnan : takde kelas ke hari ni?


eh eh, pakcik ni. takde soalan lain ke nak tanya. sensitif tu pakcik. kenapa tak tanya "takde boyfriend lagi ke? pakcik ada anak lelaki muda kacak solo dan berwang nak dijodohkan ni." soalan cepumas gaya ni aku susah nak jawab. aku tak gemar menipu. maka aku berterus terang demi untuk menaikkan saham aku.


aku : saya ada hal esok ni. nak gi amek test memandu. kelas burn lah harini.

pakcik adnan : owh. hah, pakcik dengar hari khamis cuti kan. ramai dah budak budak dok ceghita kat pakcik.


ah, ya. aku pun ada jugak dengar ura ura yang satu uitm (mungkin induk sahaja) bakal bercuti khamis ni. ada majlis amanat naib canselor yang melibatkan semua pensyarah uitm.


aku : yelah kot pakcik. saya pun ada dengar camtu. tapi saya punya kelas tak comfirm lagi. lecturer masih belum cerita pape lagi.

pakcik adnan : hah, kalau khamis ni cuti, jumaat pun kamu burn je lah. dah alang alang balik rumah tu...


terbuntang bijik mata aku. apakah benar telinga aku mendengar ini semua? saranan pakcik adnan itu membuatkan hati aku menyirap tiba tiba.


pakcik, apa pakcik pikir saya ni suka sangat ke ponteng kelas? apa pakcik tengok muka suci saya ni memang muka orang suka burn kelas suka suka hati tanpa ada alasan munasabah? kenapa pakcik boleh merendahkan martabat saya dengan mengeluarkan ayat ayat menusuk kalbu seperti itu? kenapa pakcik? saya ni seorang pelajar contoh tahu. sangat boleh dijadikan contoh dan calon menantu pakcik.


tapi, ayat ayat di atas cuma tersekat di kerongkongku saja. tak mampu aku luahkan sebab kebenarannya nanti amat pahit untuk ku telan. hebat pakcik adnan ni. sekilas ikan di air sudah beliau tahu jantan betinanya. sekilas air wajah kutayangkan, sudah dapat dibaca perangai burukku.

aku cuma mampu tersenyum pahit sambil menjawab : insyaAllah pakcik, kalau doa saya supaya kelas khamis ni dibatalkan termakbul.


dan petang tadi, jam 5.30, cik fazy telefon, mengkhabarkan berita gembira bahawa khamis ini kelas tiada. maka, kini aku dalam dilema. perlukah aku berdoa lagi supaya jumaat juga kelas dibatalkan? dan juga perlukah aku mengikut saranan pakcik adnan yang sangat memahami jiwa muda remaja seorang pelajar universiti seperti aku?

tolonglah, wahai kawan kawan. khabarkan lagi berita gembira buatku esok hari.

Thursday, February 3, 2011

imbangan yang betul betul terduga

aku seorang yang tak seimbang. bukan berkaitan diet yang seimbang. mahupun kesihatan mental yang seimbang. tapi aku ada masalah dalam pengimbangan penstabilan badan aku. yang menyebabkan aku takut pada kenderaan beroda dua yang memerlukan penstabilan badan. sebab tu aku tak pandai bawak motor, walaupun hampir dua tahun menjadi pembonceng berjaya. in fact, sampai ke hari ini, aku tak geti bawak basikal. ya, pendedahan yang sangat mengejutkan bukan. tapi ianya benar.

aku dengan yakin merasakan bahawa aku ada masalah pada salur separuh bulat aku. *fakta sains, salur separuh bulat merupakan organ di dalam telinga yang mengawal pengimbangan badan. mungkin dalam telinga aku ianya tidak berbentuk separuh bulat. salur separuh segitiga mungkin. who knows.

maka, aku mengelakkan apa apa jenis kenderaan beroda dua dan beralih arah kepada kenderaan beroda empat tapi apa yang terjadi. . .


tekan clutch. masuk gear gua-lu.


weh, bawak kete pun kena imbang imbang jugak pe. gua bengkek la time atas bukit je instructor gua asik sebut "imbang" "imbang" "imbang" clutch ngan minyak tu. panas telinga gua dengar imbang imbang ni. apasal susah sangat nak imbang menatang tu huh?

gua ingat gua bawak kete ni dah boleh lepas dari imbang imbang jadah tu semua. tapi imbangan ni lagi mencabar. gua dahlah tak pro lagi. main belasah je tekan minyak pusing stereng ikut suka. memang masalah betullah. instructor gua pun dah bosan ajar gua yang bebal ni.

dah terbukti gua ada problem dengan semua jenis imbangan di dunia ni. gua memang tak pass apa apa yang berkaitan dengan imbangan. jadi, bagaimana gua nak mengekalkan gaya hidup yang seimbang? gua perlu cari jalan penyelesaian secepat mungkin. kalau tak gua tak seimbang dunia akhirat nanti. minta dijauhkan.


tekan clutch. tukar gear reverse. masuk mode polite balik.


next week nak test dah. doakan aku pass jpj nanti. aku confident dah nak bawak, pejam mata pun boleh (pejamkan mata instructor jelah. sebab takut tengok aku bwk tanpa skill). tang bukit tu je masalah sikit. tengoklah, apa nasib aku nanti. semoga selamatlah hendaknya.

p/s : tapi gua belajar akaun buat imbangan duga senang je nak imbang. apasal imbangan ni gua betul betul terduga ha?

Wednesday, February 2, 2011

oh, Q-shiba

selama ni, aku dok panggil panggil Q-shiba aku ni seolah olah dia memang sahih seorang (atau sebuah?) jantan. tak pernah aku hirau pun apa status sebenar jantinanya. apakah memang benar jantan? atau betinakah?

tadi berblogwalking kejap. dan tiba tiba aku terjumpa satu method cara cara mengetahui jantina sebenar laptop anda. samada XX atau XY. sebenarnya, aku memang pernah dengar pasal teknik ni dulu. tapi tak pernah ambil pusing untuk mencuba. yelah, kalau dah berkenan kat Q-shiba tu, jantina apa pun tak kisahlah. bak kata orang bercinta, kalau dah sayang tu, kentut pun bau wangi. buruk pun nampak cantik.

hati aku tergerak pula nak mengenali lebih dekat Q-shiba aku ni. maka, aku pun mencubalah kaedah tu.


1. open notepad. bagi siapa siapa yang masih tak tahu dimana nak mencari notepad, click Start > All Program > Accessories > Notepad

2. copy and paste this code in the notepad

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"iloveyou"

kalau tak nak laptop sebut i love you, tukarlah kepada "tengkorakhang" ke atau whateverlah.

3. save as iloveyou.vbs dalam desktop atau manamana folder yang berkenan dihati. make sure kau ingat kat mana kau letak. kalau tak mengagau nak cari nanti.

kalau tak nak letak iloveyou pun, savelah apa apa nama yang kau orang suka. contohnya farrakakasangatcun.vbs pun boleh. tapi make sure dot-v-b-s tu jangan lupa.

4. close notepad. then click file yang kau dah save td.
kau akan terkejut mendengar laptop kau boleh berkatakata.


* peringatan : adjust volume laptop anda, jangan terlampau kuat jika anda mencuba kaedah ini lepas jam 12 malam. dikhuatiri anda mungkin menerima sakit jantung.


dan, keputusannya, aku sangatlah kecewa bila mendapat tahu Q-shiba kesayangan rupanya seorang(atau sebuah?) betina. aku mengharapkan a baby boy, tapi rupanya it's a girl.

juga aku telah mem'pengkid'kan laptop aku sendiri. maaf, wahai Q-shiba.

nampaknya, aku terpaksa tukar nama laptop pula. tiada lagi Q-shiba. tiada lagi buah hati pengarang jantung. tiada lagi kekasih jiwa cinta mati. sebab dah sama jantina. mana mungkin kami menjalinkan hubungan sejenis. hubungan kami selepas ini tidak lebih dari sekadar bestfrenforever saja. selamat tinggal, Q-shiba.


p/s : mungkin boleh letak nama ra-shiba pula. dengan lagu tema taman rashidah utama.

Tuesday, February 1, 2011

sari berita utama

hari ini, baru aku tahu dengan jelas apa terjadi di mesir. maklumlah, selama menetap di hostel, berapa kerap sangatlah aku beli suratkhabar. berapa kali jelah aku boleh menonton berita utama tv3 (memang tak pernah pun) dan berapa laju manalah wireless free untuk aku berkomunikasi dengan dunia luar.

apa yang terjadi di mesir benar benar membimbangkan. bagaimana sebuah negara islam boleh bergolak sebegitu hebat. aku tak berapa nak mahir sangat hal hal politik. juga aku pun tak berapa nak gemar membincangkan isu isu politik. apa yang mampu aku lakukan cumalah berdoa supaya saudara saudara kita yang berada di sana selamat. dan supaya rusuhan ini tidak berpanjangan.

dan apa yang berlaku di segamat kampungku juga tidak lepas dari pengetahuan aku. segamat, melaka dan kawasan sekitarnya bukanlah tempat yang kerap kali banjir. tak seperti kawasan pantai timur yang sentiasa perlu berjaga jaga bila menjelangnya musim tengkujuh. tapi, selepas banjir besar yang melanda lebih kurang dua tahun lalu, kalau tak silap akulah, kini ia kembali lagi. mujur rumah nenek aku atas bukit (perumahan tinggi sikit. bukan istana atas bukit macam rumah yusuf haslam tu), maka insyaAllah tidak terjejas sedikit pun.

makin menjadi jadi bencana alam kebelakangan ni. petanda telah banyak tangan manusia yang merosakkan bumi. bumi ini cuma pinjaman sementara sahaja. bila bila masa boleh ditarik kembali. tapi tak ramai yang sedar. atau buat buat lupa. bila perasaan tamak haloba hasad dengki bermaharajalela, hilanglah pegangan. musnahlah pedoman. pincanglah kewibawaan.

semoga selamatlah semuanya hendaknya. mohon dipermudahkan segalanya.

* tak dapat ikut pergi melaka. maaf zila.
* terdelete folder kesayangan. =(
* mood : kosong.