Monday, January 31, 2011

terima kasih jpa!

menjadi seorang artis terkenal bukanlah mudah. ada satu consequence yang terpaksa dihadapi - a hectic schedule. lagi lagi bila artis itu sudah kaya dan berwang. itu tandanya dia dah femes. maka lebih banyak job offer. bak kata orang, market sikit. nak kenal pasti artis terkenal senang je. tengok je pada dua benda ni - busy dan berduit.

itulah analoginya. dengan kehidupan aku sekarang. minggu ni aku busy gile. dan minggu ni jpa dah masuk. maka kesimpulannya di sini aku adalah seorang artis terkenal.

gila kau tak busy. jpa dah masukkan duit bermakna banyak agenda bermain di fikiran untuk menghabiskan duit tu. sebenarnya tak perlu pun nak habiskan duit tu, tapi bila hati dah senang secara automatik banyak aktiviti dirangka untuk mengisi masa masa terluang. setat hari khamis je aku dah tak duduk diam. nasib baik dua hari sebelum hari khamis tu aku dah bantai tertidur awal gile kol seploh dah hanyut so kira macam kumpul tenaga awal awal untuk berpoyapoyalah ni. dan baru setengah jam yang lepas (jam dah menunjukkan jam 3 pagi sekarang) aku menjejakkan kaki ke rumah bonda untuk bercuti mid term yang sepatutnya sudah bermula jumaat lalu. nampak tak di situ betapa tidak terujanya aku untuk bercuti.

nak cerita pasal semua aktiviti berfaedah lagi menyihatkan yang aku buat dengan detail tapi rasanya ia mungkin mengambil masa kurang lebih seminggu untuk mengarang ayat. plus aku pun penat gila sekarang ni. suara lunak hilang dek karaoke jamban dan menjerit berkhurafat dalam panggung tak pulih lagi. otot paha juga masih tegang dek futsal bersama team real madrid tanpa warming up terlebih dahulu. lebam di lutut akibat terhentak batu di kalumpang juga makin berdenyut denyut. ditambah lagi dengan lenguh kaki sebab bershopping. aku betul betul perlu tidur sekarang.

oh ya, tadi aku tonton mahathir 2. lebih humor dan menghiburkan dengan kehadiran sarimah dan ac. tahniah kepada peneraju utama - esma, elly, misha dan ezany. mula mula aku tak berapa nak gemar sebab terlalu banyak unsur humor terutama bila part sarimah selaku pencerita, sebab hilanglah keseriusan cerita bibliografi ni dah jadi macam sitkom pulak. tapi lama lama baru aku sedar, cerita berbentuk bibliografi memang memerlukan pencerita untuk lebih memahamkan penonton. bak kata akak (?) sebelah aku, teater ni lebih lively dengan kehadiran mereka. akak (?) tu ada tanda soal di situ sebab dia kelihatan lebih berusia dari mak aku tapi membahasakan dirinya sebagai akak (?) dan memanggil aku adik (?). aku tak taulah samada aku yang nampak tua dalam sepersalinan baru aku tu atau dia yang rasa dirinya muda.

dan info mengenai teater terima kasih cinta yang bakal berlangsung di istana budaya dari 17 feb hingga 6 mac 2011. antara pelakon yang terlibat adalah latiff ibrahim, safura, deja moss, farahdhiya, shajiry, nadia aqilah, vince, norish karman, tony eusoff, sharifah aleya, hunny madu, akma af, eliza af, qhaud af. tiket tiket berharga :
level 3 - rm30
level 2 - rm 150, rm 200, rm 250
level 1 - rm 70, rm 100, rm 150, rm 180, rm 250
untuk melihat seating dan menempah tiket silalah klik sini.

wah. aku dah boleh jadik promoter ib ni.

* terima kasih jpa
* terima kasih kawan kawan
* terima kasih mak sebab sponsor tiket
* terima kasih semua
* selamat malam semua
* ZZzzzzzzz................................

No comments: