Friday, January 7, 2011

oh mama, saya mahu kahwin!

selamat sudah menjalani minggu pertama persekolahan dengan jayanya. awal awal semester ni memang cukup seronok datang kelas main main. walaupun sebenarnya kuliah dah start, tapi disebabkan mood bercuti masih belum habis dan otak masih berkarat, jadilah kelas yang main main sahaja.

dan disebabkan lama gila dah tak jumpa rakan sebaya, maka setiap kali datang kelas mesti banyak benda nak cerita. sampai semua mulut nak bercakap tapi tak tahu telinga mana yang mendengar. yang peliknya, setiap cerita yang keluar dari mulut kitorang mesti berkisar tentang satu topik sahaja, kahwin.

memang bila dah berumur 21 nak masuk 22(kecuali diba) kena cerita pasal kahwin je eh?

tengoklah betapa bersemangatnya kitorang nak meneruskan kemandirian spesies manusia di muka bumi ni. semua bajet tanya bila nak tunang bila nak kahwin, bukan nak tanya "kau dah daftar mengundi belum?" atau "pilihanraya nanti kau pangkah siapa?". eh, apa barang nak cerita pasal politik nih. tak feminin lah cerita hal politik kan. kata nak berubah ke arah feminisme, ye tak?

aku tengok ramai yang dah ada wawasan. ramai dah maju ke depan. ramai yang dah pikir masa depan. sampai ada yang dah pergi kursus kahwin. fuh! aku salute ah. sebab dengar cerita lepas ni kursus kahwin nak buat ala ala kursus motivasi pelajar spm, siap bermalam bagai. jadi baik pergi berkursus sekarang kan. ada pasangan ke tak, tu belakang kira. haha.

tapi aku lain ah. aku takde wawasan. aku tak pikir masa depan. jauh lagi perjalanan. belajar pun terangkak rangkak lagi. seelok eloknya, biarlah dimantapkan lagi ilmu pengetahuan tu. supaya nanti bila anak anak aku tanya, "mama mama, kenapa beruang kutub tak makan penguin?" aku boleh menjawab "sebab beruang kutub tinggal kat kutub utara, penguin tinggal kat kutub selatan" dengan lancarnya. pastu anak anak aku pun bolehlah berbangga depan kawan kawan tadikanya "eh eh mama kita pandai, dia tau jawab kenapa beruang kutub tak makan penguin. ada mama korang tau?" dan lihatlah betapa baratnya aku mengajar anak anak memanggil aku mama.

maka, aku memutuskan akan mula memikirkan hal perkahwinan seawal umur 27 tahun. boleh jadi juga ia bertambah kepada 28 tahun. dan terpaksalah aku melepaskan tarikh pernikahan idaman pada 10/11/12.


dowh, sayang weh nak lepaskan tarikh keramat tu. cantik siot! dengan nilai nilai sentimental lagi.


tapi, kalau dah jodoh, manalah tau kan. haha.



* eh, apa farrakaka cerita pasal kahwin ni weh? tak sesuailah. tapi aku serius tak sabar nak terima kad jemputan pertama dari rakan sebaya seperjuangan bersama. cepat cepatlah hulur kat aku tahu.

No comments: