Tuesday, January 4, 2011

farrakaka dalam remaja?

ufth! dengan akses internet yang terhad, akhirnya dapat juga aku post first entry berbumbungkan bumbung kolej melati, beralaskan tilam kolej melati dan berlatar belakangkan roomate yang bernama melati. tak. aku tipu, roomate aku semua sangat urban namanya. fazy, didib dan fath.

ya, akhirnya, setelah hampir berputus asa, aku dapat juga menyelit di kolej melati ni. atau lebih tepat lagi, melonjakkan diri ke tingkat paling atas sekali di kolej melati ini tanpa bantuan lif mahupun eskalator. takpe, bagus untuk kesihatan kardiovaskular.

dah dapat kemudahan kolej ni, kenalah rajin ke kelas. tak boleh lagilah guna alasan rumah jauh. ataupun tren rosak tengah jalan. ataupun ponteng kelas semata mata nak tengok wayang percuma (ini cuma berlaku di minggu pertama persekolahan sahaja ye). kena rajin berusaha untuk tidak mensia siakan peluang yang ada. cewah, ucapan yang sangat berkobar kobar (perhatian, ini juga cuma berlaku di awal semester je. dah masuk minggu kedua terus hilang semangat perkobaran).

dan kepada nana, jangan putus asa. dan jangan percaya dengan segala kata kata manis pihak berkenaan. mereka cuma pandai berkata kata dan memberi harapan palsu tanpa bukti yang kukuh. harapan masih tetap ada.

okay, gottogo. nak buat assignment. (ini tipu)

* not too long ago, i've commented on a status uploaded by majalah remaja on facebook, about blogging trend, err, sort of... and guess what, komen bodoh bodoh aku tu dah terpublished masuk dalam majalah remaja yg latest.

sumpah, aku menyesal letak komen tu. serius, siapa yang berani gila tak malu betul gi letak link blog sendiri konon konon nak promote blog sendiri yang tak seberapa ni ha? siapa? siapa?

perlahan lahan angkat tangan sendiri sambil kepala tertunduk 90 darjah...

p/s : cik fifianggun punya komen pun ada jugak tau. kita sama sama masuk majalah... haha.

2 comments:

jamilah.chantek said...

perlahan lahan angkat tangan sendiri sambil kepala tertunduk 90 darjah...

this is comel! :)

farah hazwani othman said...

this is comel! :)

↑ ini lagi comel.

i like~ =D