Tuesday, January 11, 2011

ajl 25

aku sangat kecewa dengan perkhidmatan jalur lebar melati, yang membuatkan aku masih berjaga pada jam 3 pagi ketika aku sepatutnya sedang lena diulit mimpi semata mata untuk menembusi talian internet.

nasib baik kelas pada esok hari bermula jam 12.30 tengahari.

aku bukan apa, semangat nak berbelog sangat membuak buak sekarang sebab nak cerita pasal ajl. ya, trait seorang wartawan hiburan memang susah nak dihilangkan. tiap tiap hari mengadap nombor dan kunci kira kira serta duit berjuta juta pun masih belum berupaya mengikis entertainment disease aku ni.


ahad lalu, ajl 25 telah berlangsung di bukit jalil, dan aku berpeluang menontonnya di padang jawa. jangan haraplah dapat tonton di kolej secara aman. terima kasih kepada pihak penaja, shiro (credit diberikan kepada abg deli juga).

acara berprestij ini dimulakan dengan persembahan pembukaan dari juara juara ajl yang lalu, fran peter, nash dan m nasir. veteren tetap yang terbaik. malar segar bak kata orang. apa? tak tau apa itu malar segar? evergreen weh, evergreen. sekali sekala guna bahasa melayu kuno apa salahnya kan.

dan bersiap sedialah. entry ini akan menjadi sangat panjang.

1. Cinta sempurna - Yuna
serius, aku respek senior aku ni (walaupun tak satu course, aku tetap gak nak panggil dia senior). macam macam alat muzik dia boleh main. kali ni dia bawak naik piano. no wonder lah ramai lelaki berkenan kat yuna ni.

2. Berlari - Tomok
tomok tak berlari dalam persembahannya. dia menari. atau lebih tepat lagi, berkawad kaki. stylo gak arr. aku suka tengok. catchy dan sesuai dengan jiwa muda remaja aku yang agresif.

3. Pelita - A.P.I.
lagu ni memang best. ada mesej tersendiri, yang bisa menaikkan semangat. tapi takde apa yang menarik dalam persembahan. mungkin sebab kedua dua vokalis sudah dimiliki. membuatkan aku tak berminat nak tengok diorang. haha.

4. Kebahagiaan dalam perpisahan - hadi, eh shahir lah.
(hadi tu nama classmate aku)
suara shahir ni memang jantan habis. tapi sejantan jantan mana pun, tetap kena tampar dengan nasha gak. tapi, tampar tampar manja, takpe kan. ingat senang ke nak dapat tamparan nasha. berebut lelaki lain pun nak jugak tau tak.

5. Drama king - meet pakcik hussien ft black. (atau black ft meet uncle hussien?)
aku minat giler kat black. tapi satu satunya orang yang mencuri perhatian aku dalam persembahan ni adalah drummer. eh, sejak bila vampire masuk band ni? dan nampak sangat kamera pun suka gila kat dia. sampai terovershadow black. hazama apatah lagi, memang terpinggir kat belakang nun. pandai drummer sekarang mencuri tumpuan dan berani keluar dari persembunyian di sebalik tong drum. dan tahniah naib juara.

6. Noktah cinta - Hafiz
pemegang title vokal terbaik ni memang best vokalnya. walaupun agak mengejutkan aku. dan gimik kena tembak tu memang menjadi. mula mula aku buat tak heran je. ala, gimik je ni. rilek arr. tapi lepas seminit dua, macam real plak sampai aku pun hampir percaya. orang lurus bendul macam aku ni memang mudah ditipu. dan tahniahlah memegang tempat ketiga.

7. Tolong ingatkan aku - Ana Raffali
aku tak nak komen pape pasal lagu ni. sebab dia dah jadi juara dah pun. tahniah. dan teruskan perjuangan anda dalam industri hiburan ni. eh, tapi memang bikin gempak lah ana ni. 3 orang mc pun boleh WOW. WOW. dan bila dah diumumkan ana menang, aku faham kenapa mc WOW. WOW. sebab aku pun secara automatik WOW! dan lepas tu mulut aku tak boleh ditutup selama hampir 3 minit.

8. Selamat malam - Faizal Tahir
lagu ni buat aku nak menangis. betul, mata aku dah berkaca sebenarnya. aku tak boleh lah tengok family bonding camtu. boleh touching gitu. dulu aku selalu kutuk lagu ni. tapi tersuka pulak sebab baru sedar ini bukan lagu saja saja kau nak nyanyi bagi awek kau dengar sebelum dia tidur supaya dia mimpikan kau konon romantik sangatlah macam tu. tapi sebenarnya banyak lagi orang tersayang yang lebih bermakna kau harus tujukan lagu ni padanya.

9. Ku ada kamu - Adira
satu lagi lagu yang penuh mesej tentang kasih sayang universal. tapi takde apa aku nak sentuh pasal persembahan. biasa je.

10. Ekstravaganza - Bunkface
pun biasa jugak. dan drummer dia pun lain dari yang lain jugak. meet uncle hussien ada vampire. bunkface pulak ada. . . pesakit H1N1?

11. Sofea jane - Black
aku tak tau kenapa aku minat sangat kat dia ni. mungkin sebab suara dia. tapi lagu ni tak tarik sangat lah. tak berapa nak mencabar vokal black. walaupun aku harap sangat dia boleh menang vokal.

12. Hanyut - Faizal Tahir
woh, faizal tahir betul betul masuk air lah weh. respek la kat dia ni. he indeed is a good performer. not a mere singer.

13. Jahat - Stacy
oh, aku tak suka lagu ni. tapi stacy memang patut masuk sebab dia bagi variasi dalam anugerah ni, dari segi persembahan. tak meriah ajl ni tanpa dia. kalau dulu, noraniza idris galas tanggungjawab ni. tapi persembahan dia kali ni agak kureng skit, pada pendapat akulah.

14. Mencari konklusi - Hujan
no comment.


persembahan penutup dari 3 diva, dato' pah, dato' siti dan ziana zain. tak nak komenlah. sebab well, macam aku dah cakap tadi, veteren (dan senior) tetap yang terbaik.

overall, aku sebenarnya rasa biasa je. macam bukan tengok pertandingan. lebih pada persembahan. tapi ada lah beberapa persembahan yang memang mencapai piawaian pertandingan. dan aku juga rasa sedikit hambar. tak tau mana silapnya. mc kah? atau penontonkah?

dan ada satu misteri yang menjadi tanda tanya aku. misteri yang belum terungkai. misteri seorang faizal tahir. . .


kenapa abang faizal tak tanggal rayban tu sampai habis acara? eye contact, bro. eye contact tu penting. afdlin shauki pernah cakap tu.



* kemenangan memang sangat mengejutkan. sehingga menimbulkan bunyi pahat walaupun rumah sudah siap. positively, mungkin ini satu cara juri memberi galakan kepada artis muda independent yang ada bakat kreatif tersendiri untuk giat mengembangkan karya mereka dalam bidang seni.

No comments: