Monday, January 31, 2011

terima kasih jpa!

menjadi seorang artis terkenal bukanlah mudah. ada satu consequence yang terpaksa dihadapi - a hectic schedule. lagi lagi bila artis itu sudah kaya dan berwang. itu tandanya dia dah femes. maka lebih banyak job offer. bak kata orang, market sikit. nak kenal pasti artis terkenal senang je. tengok je pada dua benda ni - busy dan berduit.

itulah analoginya. dengan kehidupan aku sekarang. minggu ni aku busy gile. dan minggu ni jpa dah masuk. maka kesimpulannya di sini aku adalah seorang artis terkenal.

gila kau tak busy. jpa dah masukkan duit bermakna banyak agenda bermain di fikiran untuk menghabiskan duit tu. sebenarnya tak perlu pun nak habiskan duit tu, tapi bila hati dah senang secara automatik banyak aktiviti dirangka untuk mengisi masa masa terluang. setat hari khamis je aku dah tak duduk diam. nasib baik dua hari sebelum hari khamis tu aku dah bantai tertidur awal gile kol seploh dah hanyut so kira macam kumpul tenaga awal awal untuk berpoyapoyalah ni. dan baru setengah jam yang lepas (jam dah menunjukkan jam 3 pagi sekarang) aku menjejakkan kaki ke rumah bonda untuk bercuti mid term yang sepatutnya sudah bermula jumaat lalu. nampak tak di situ betapa tidak terujanya aku untuk bercuti.

nak cerita pasal semua aktiviti berfaedah lagi menyihatkan yang aku buat dengan detail tapi rasanya ia mungkin mengambil masa kurang lebih seminggu untuk mengarang ayat. plus aku pun penat gila sekarang ni. suara lunak hilang dek karaoke jamban dan menjerit berkhurafat dalam panggung tak pulih lagi. otot paha juga masih tegang dek futsal bersama team real madrid tanpa warming up terlebih dahulu. lebam di lutut akibat terhentak batu di kalumpang juga makin berdenyut denyut. ditambah lagi dengan lenguh kaki sebab bershopping. aku betul betul perlu tidur sekarang.

oh ya, tadi aku tonton mahathir 2. lebih humor dan menghiburkan dengan kehadiran sarimah dan ac. tahniah kepada peneraju utama - esma, elly, misha dan ezany. mula mula aku tak berapa nak gemar sebab terlalu banyak unsur humor terutama bila part sarimah selaku pencerita, sebab hilanglah keseriusan cerita bibliografi ni dah jadi macam sitkom pulak. tapi lama lama baru aku sedar, cerita berbentuk bibliografi memang memerlukan pencerita untuk lebih memahamkan penonton. bak kata akak (?) sebelah aku, teater ni lebih lively dengan kehadiran mereka. akak (?) tu ada tanda soal di situ sebab dia kelihatan lebih berusia dari mak aku tapi membahasakan dirinya sebagai akak (?) dan memanggil aku adik (?). aku tak taulah samada aku yang nampak tua dalam sepersalinan baru aku tu atau dia yang rasa dirinya muda.

dan info mengenai teater terima kasih cinta yang bakal berlangsung di istana budaya dari 17 feb hingga 6 mac 2011. antara pelakon yang terlibat adalah latiff ibrahim, safura, deja moss, farahdhiya, shajiry, nadia aqilah, vince, norish karman, tony eusoff, sharifah aleya, hunny madu, akma af, eliza af, qhaud af. tiket tiket berharga :
level 3 - rm30
level 2 - rm 150, rm 200, rm 250
level 1 - rm 70, rm 100, rm 150, rm 180, rm 250
untuk melihat seating dan menempah tiket silalah klik sini.

wah. aku dah boleh jadik promoter ib ni.

* terima kasih jpa
* terima kasih kawan kawan
* terima kasih mak sebab sponsor tiket
* terima kasih semua
* selamat malam semua
* ZZzzzzzzz................................

Friday, January 21, 2011

wishlist

agak agaknya, lepas dapat jpa, apa yang aku patut buat dulu ha?


beli buku teks

shopping sakan

tukar handphone

masuk asb

belanja adik adik

tiket konsert

komik + novels

karaoke 3 jam nonstop

kursus kahwin (erkk?)

bayar balik duit pinjaman pama

marathon movie

BAGI KAT UiTM UNTUK UPGRADE 3 BIJIK LIF TAK GUNA KAT MENARA SAAS
kalau boleh nak tambahkan lagi 5 bagi menampung pertambahan pelajar yg makin meningkat

kalau boleh lah. . . kalau boleh. . . tapi aku tak mampu.

Thursday, January 20, 2011

perfect timing, perfect movie

i just wonder, after so many reviews and 'chit-chatting' i heard on the movie 3 idiots, why haven't i watched the movie yet? dah keluar kat astro free free pun tetap juga tak mampu menarik minat aku untuk menontonnya. mendengar lolongan tawa adik aku dari dalam bilik kala dia menonton cerita ini di ruang tamu juga tak mampu untuk mendorong jari aku menekan klik 'open file' pada cerita 3 idiots yang tersimpan dalam folder 'hindustan' dalam external hardisk aku yang diberi nama 'ai' itu.

but i just finished watching it, 30 minutes ago. ya, katalah aku ketinggalan zaman ke hapa, aku tak kesah pun.

seriously, that movie is a blast. u'll laugh ur ass down rolling on the floor, and at the same time, unknowingly, tears will flow down ur cheek without u wanting to wipe it but u have to because u have roomates and u would not want to get cought being so emotional-sentimental-cememeh-hati tisu-whatsoever.

and i do think this is my perfect timing for a motivational inspiring movie. not to mention, a therapy to enhance the positive-thinking trait in me. it's quite a time for me. a rough time.


bilamana laptop punya microsoft office sudah tidak boleh dipakai lagi. . .

no worries, all is well. . .


bilamana online application for internship asyik tergantung tak bertali tak putus putus. . .

still, no worries, all is well. . .


bilamana masa depan masih kabur kabur samar bayangan tak nampak apa. . .

no worries too, all is well. . .


bilamana jpa masih mencabar kesabaran dan menguji keimanan. . .

ha, tang ini aku tak boleh terima. i have to worry. weh! aku dah penat lah balik rumah saban minggu tampal muka tebal tadah tangan tunggu abah aku kuar wallet bagi duit poket untuk seminggu.


*sigh* aku bukan puan sabariah (ampun mak). sabar aku ada limitnya. and i'm trying hardly not to reach the limit and giving up everything.

not all is going to end up well. we are not a predictor. be prepared for every possible outcomes.

apa yang mampu diminta, permudahkanlah segala galanya.

Saturday, January 15, 2011

to me, myself and i

i've got a story to tell. and it might be yawnful.

i have lived for 21 years, 2 months and 5 days. and throughout this time i've found out that the most difficult thing to do in my life is making decision. choosing the best choice out of many choices. made up my mind. stick to one alternative. yada yada yada...

seriously, i hate making decision. as much as i hate myself being so not confident over everything i should do.

let me tell u my story. i am just an ordinary person. living in an ordinary life. back then, during my old school time, i do not expose myself much. aku tak kejar popularity, aku tak sangap glemer dan aku tak suka berada di khalayak ramai. that's just me. but it's not like some sort of emo-gothic-girl who just sits at the end of corner with black aura all around. it's kinda like, i am shy. ya, aku seorang yang pemalu dan agak konservatif, geli tak?

i was only depending on my brain, and thank god, i was blessed with a brain that a bit extra than others.

and that is the time when people started to see me. bilamana aku mula keluar dari kepompong lama and started to invade the world. learned to be someone new. learned to cherish the life more. and then, there was a time which i called 'zaman kegemilangan matrikulasi saya'. yes, during my matriculation, i exposed myself a lot. or maybe, i'll just say that that time, people saw me more, just because i was lucky. matriculation life is a golden momento of my life.

but then, once i stepped in uitm, i'm back to my old me. i'm back to a normal-high-school-girl-life and the more i think about it, the more black holes i saw in me. i became timid and timider, and i started to hate my life once again.

well, life is like a roller coaster, sometimes u're up. sometimes u're down.

and now, with a lot black holes inside me, with the least confidence i have in me, i am having difficulties in making up my mind, on choosing where should i do my internship programme.

i do not dare to dream high, because i knew who i am. i realized that i tend to let go a lot of golden opportunities in my life. sometimes i do feel like i am playing safe, a lot. i'm not brave enough to try something new, to make drastic changes and to step out of my old world.

tapi sampai bila? sampai bila nak depends on luck semata mata, dan kalau nasib kau dah memang sangat baik pun, kau tetap akan sia siakannya jugak kan?

so, why don't i just give it a try? tak banyak peluang macam ni datang. even if the possibility is 0.00001% pun, it is still possible. it's lucky enough to have been given the opportunity which others are dying for, why don't just grab it, do ur part and the rest, leave it in the hand of Allah.

enough with the play safe thing. dare to change and dare to dare urself. we do not know what He has already set up for us, but just believe, it must be for our own good as well.

and like i said, life is like a roller coaster. whether u're up, or down, both give different feelings of excitement. just cherish the moments coz in the end, it'll only lead to one thing - an enjoyable ride.

ya Allah, please guide us in everything we do.

Friday, January 14, 2011

poning la den

den poning sobab jpa tak masuk laie.
den poning mikir nak praktikal kat mano nanti.
den poning bebenor ni.
poning la wei. poning!


* perasaan bercampur baur. takde mood nak update belog walaupun ayat dah dikarang. till then, c ya next time, farrakaka.

Tuesday, January 11, 2011

ajl 25

aku sangat kecewa dengan perkhidmatan jalur lebar melati, yang membuatkan aku masih berjaga pada jam 3 pagi ketika aku sepatutnya sedang lena diulit mimpi semata mata untuk menembusi talian internet.

nasib baik kelas pada esok hari bermula jam 12.30 tengahari.

aku bukan apa, semangat nak berbelog sangat membuak buak sekarang sebab nak cerita pasal ajl. ya, trait seorang wartawan hiburan memang susah nak dihilangkan. tiap tiap hari mengadap nombor dan kunci kira kira serta duit berjuta juta pun masih belum berupaya mengikis entertainment disease aku ni.


ahad lalu, ajl 25 telah berlangsung di bukit jalil, dan aku berpeluang menontonnya di padang jawa. jangan haraplah dapat tonton di kolej secara aman. terima kasih kepada pihak penaja, shiro (credit diberikan kepada abg deli juga).

acara berprestij ini dimulakan dengan persembahan pembukaan dari juara juara ajl yang lalu, fran peter, nash dan m nasir. veteren tetap yang terbaik. malar segar bak kata orang. apa? tak tau apa itu malar segar? evergreen weh, evergreen. sekali sekala guna bahasa melayu kuno apa salahnya kan.

dan bersiap sedialah. entry ini akan menjadi sangat panjang.

1. Cinta sempurna - Yuna
serius, aku respek senior aku ni (walaupun tak satu course, aku tetap gak nak panggil dia senior). macam macam alat muzik dia boleh main. kali ni dia bawak naik piano. no wonder lah ramai lelaki berkenan kat yuna ni.

2. Berlari - Tomok
tomok tak berlari dalam persembahannya. dia menari. atau lebih tepat lagi, berkawad kaki. stylo gak arr. aku suka tengok. catchy dan sesuai dengan jiwa muda remaja aku yang agresif.

3. Pelita - A.P.I.
lagu ni memang best. ada mesej tersendiri, yang bisa menaikkan semangat. tapi takde apa yang menarik dalam persembahan. mungkin sebab kedua dua vokalis sudah dimiliki. membuatkan aku tak berminat nak tengok diorang. haha.

4. Kebahagiaan dalam perpisahan - hadi, eh shahir lah.
(hadi tu nama classmate aku)
suara shahir ni memang jantan habis. tapi sejantan jantan mana pun, tetap kena tampar dengan nasha gak. tapi, tampar tampar manja, takpe kan. ingat senang ke nak dapat tamparan nasha. berebut lelaki lain pun nak jugak tau tak.

5. Drama king - meet pakcik hussien ft black. (atau black ft meet uncle hussien?)
aku minat giler kat black. tapi satu satunya orang yang mencuri perhatian aku dalam persembahan ni adalah drummer. eh, sejak bila vampire masuk band ni? dan nampak sangat kamera pun suka gila kat dia. sampai terovershadow black. hazama apatah lagi, memang terpinggir kat belakang nun. pandai drummer sekarang mencuri tumpuan dan berani keluar dari persembunyian di sebalik tong drum. dan tahniah naib juara.

6. Noktah cinta - Hafiz
pemegang title vokal terbaik ni memang best vokalnya. walaupun agak mengejutkan aku. dan gimik kena tembak tu memang menjadi. mula mula aku buat tak heran je. ala, gimik je ni. rilek arr. tapi lepas seminit dua, macam real plak sampai aku pun hampir percaya. orang lurus bendul macam aku ni memang mudah ditipu. dan tahniahlah memegang tempat ketiga.

7. Tolong ingatkan aku - Ana Raffali
aku tak nak komen pape pasal lagu ni. sebab dia dah jadi juara dah pun. tahniah. dan teruskan perjuangan anda dalam industri hiburan ni. eh, tapi memang bikin gempak lah ana ni. 3 orang mc pun boleh WOW. WOW. dan bila dah diumumkan ana menang, aku faham kenapa mc WOW. WOW. sebab aku pun secara automatik WOW! dan lepas tu mulut aku tak boleh ditutup selama hampir 3 minit.

8. Selamat malam - Faizal Tahir
lagu ni buat aku nak menangis. betul, mata aku dah berkaca sebenarnya. aku tak boleh lah tengok family bonding camtu. boleh touching gitu. dulu aku selalu kutuk lagu ni. tapi tersuka pulak sebab baru sedar ini bukan lagu saja saja kau nak nyanyi bagi awek kau dengar sebelum dia tidur supaya dia mimpikan kau konon romantik sangatlah macam tu. tapi sebenarnya banyak lagi orang tersayang yang lebih bermakna kau harus tujukan lagu ni padanya.

9. Ku ada kamu - Adira
satu lagi lagu yang penuh mesej tentang kasih sayang universal. tapi takde apa aku nak sentuh pasal persembahan. biasa je.

10. Ekstravaganza - Bunkface
pun biasa jugak. dan drummer dia pun lain dari yang lain jugak. meet uncle hussien ada vampire. bunkface pulak ada. . . pesakit H1N1?

11. Sofea jane - Black
aku tak tau kenapa aku minat sangat kat dia ni. mungkin sebab suara dia. tapi lagu ni tak tarik sangat lah. tak berapa nak mencabar vokal black. walaupun aku harap sangat dia boleh menang vokal.

12. Hanyut - Faizal Tahir
woh, faizal tahir betul betul masuk air lah weh. respek la kat dia ni. he indeed is a good performer. not a mere singer.

13. Jahat - Stacy
oh, aku tak suka lagu ni. tapi stacy memang patut masuk sebab dia bagi variasi dalam anugerah ni, dari segi persembahan. tak meriah ajl ni tanpa dia. kalau dulu, noraniza idris galas tanggungjawab ni. tapi persembahan dia kali ni agak kureng skit, pada pendapat akulah.

14. Mencari konklusi - Hujan
no comment.


persembahan penutup dari 3 diva, dato' pah, dato' siti dan ziana zain. tak nak komenlah. sebab well, macam aku dah cakap tadi, veteren (dan senior) tetap yang terbaik.

overall, aku sebenarnya rasa biasa je. macam bukan tengok pertandingan. lebih pada persembahan. tapi ada lah beberapa persembahan yang memang mencapai piawaian pertandingan. dan aku juga rasa sedikit hambar. tak tau mana silapnya. mc kah? atau penontonkah?

dan ada satu misteri yang menjadi tanda tanya aku. misteri yang belum terungkai. misteri seorang faizal tahir. . .


kenapa abang faizal tak tanggal rayban tu sampai habis acara? eye contact, bro. eye contact tu penting. afdlin shauki pernah cakap tu.



* kemenangan memang sangat mengejutkan. sehingga menimbulkan bunyi pahat walaupun rumah sudah siap. positively, mungkin ini satu cara juri memberi galakan kepada artis muda independent yang ada bakat kreatif tersendiri untuk giat mengembangkan karya mereka dalam bidang seni.

Friday, January 7, 2011

oh mama, saya mahu kahwin!

selamat sudah menjalani minggu pertama persekolahan dengan jayanya. awal awal semester ni memang cukup seronok datang kelas main main. walaupun sebenarnya kuliah dah start, tapi disebabkan mood bercuti masih belum habis dan otak masih berkarat, jadilah kelas yang main main sahaja.

dan disebabkan lama gila dah tak jumpa rakan sebaya, maka setiap kali datang kelas mesti banyak benda nak cerita. sampai semua mulut nak bercakap tapi tak tahu telinga mana yang mendengar. yang peliknya, setiap cerita yang keluar dari mulut kitorang mesti berkisar tentang satu topik sahaja, kahwin.

memang bila dah berumur 21 nak masuk 22(kecuali diba) kena cerita pasal kahwin je eh?

tengoklah betapa bersemangatnya kitorang nak meneruskan kemandirian spesies manusia di muka bumi ni. semua bajet tanya bila nak tunang bila nak kahwin, bukan nak tanya "kau dah daftar mengundi belum?" atau "pilihanraya nanti kau pangkah siapa?". eh, apa barang nak cerita pasal politik nih. tak feminin lah cerita hal politik kan. kata nak berubah ke arah feminisme, ye tak?

aku tengok ramai yang dah ada wawasan. ramai dah maju ke depan. ramai yang dah pikir masa depan. sampai ada yang dah pergi kursus kahwin. fuh! aku salute ah. sebab dengar cerita lepas ni kursus kahwin nak buat ala ala kursus motivasi pelajar spm, siap bermalam bagai. jadi baik pergi berkursus sekarang kan. ada pasangan ke tak, tu belakang kira. haha.

tapi aku lain ah. aku takde wawasan. aku tak pikir masa depan. jauh lagi perjalanan. belajar pun terangkak rangkak lagi. seelok eloknya, biarlah dimantapkan lagi ilmu pengetahuan tu. supaya nanti bila anak anak aku tanya, "mama mama, kenapa beruang kutub tak makan penguin?" aku boleh menjawab "sebab beruang kutub tinggal kat kutub utara, penguin tinggal kat kutub selatan" dengan lancarnya. pastu anak anak aku pun bolehlah berbangga depan kawan kawan tadikanya "eh eh mama kita pandai, dia tau jawab kenapa beruang kutub tak makan penguin. ada mama korang tau?" dan lihatlah betapa baratnya aku mengajar anak anak memanggil aku mama.

maka, aku memutuskan akan mula memikirkan hal perkahwinan seawal umur 27 tahun. boleh jadi juga ia bertambah kepada 28 tahun. dan terpaksalah aku melepaskan tarikh pernikahan idaman pada 10/11/12.


dowh, sayang weh nak lepaskan tarikh keramat tu. cantik siot! dengan nilai nilai sentimental lagi.


tapi, kalau dah jodoh, manalah tau kan. haha.



* eh, apa farrakaka cerita pasal kahwin ni weh? tak sesuailah. tapi aku serius tak sabar nak terima kad jemputan pertama dari rakan sebaya seperjuangan bersama. cepat cepatlah hulur kat aku tahu.

Tuesday, January 4, 2011

farrakaka dalam remaja?

ufth! dengan akses internet yang terhad, akhirnya dapat juga aku post first entry berbumbungkan bumbung kolej melati, beralaskan tilam kolej melati dan berlatar belakangkan roomate yang bernama melati. tak. aku tipu, roomate aku semua sangat urban namanya. fazy, didib dan fath.

ya, akhirnya, setelah hampir berputus asa, aku dapat juga menyelit di kolej melati ni. atau lebih tepat lagi, melonjakkan diri ke tingkat paling atas sekali di kolej melati ini tanpa bantuan lif mahupun eskalator. takpe, bagus untuk kesihatan kardiovaskular.

dah dapat kemudahan kolej ni, kenalah rajin ke kelas. tak boleh lagilah guna alasan rumah jauh. ataupun tren rosak tengah jalan. ataupun ponteng kelas semata mata nak tengok wayang percuma (ini cuma berlaku di minggu pertama persekolahan sahaja ye). kena rajin berusaha untuk tidak mensia siakan peluang yang ada. cewah, ucapan yang sangat berkobar kobar (perhatian, ini juga cuma berlaku di awal semester je. dah masuk minggu kedua terus hilang semangat perkobaran).

dan kepada nana, jangan putus asa. dan jangan percaya dengan segala kata kata manis pihak berkenaan. mereka cuma pandai berkata kata dan memberi harapan palsu tanpa bukti yang kukuh. harapan masih tetap ada.

okay, gottogo. nak buat assignment. (ini tipu)

* not too long ago, i've commented on a status uploaded by majalah remaja on facebook, about blogging trend, err, sort of... and guess what, komen bodoh bodoh aku tu dah terpublished masuk dalam majalah remaja yg latest.

sumpah, aku menyesal letak komen tu. serius, siapa yang berani gila tak malu betul gi letak link blog sendiri konon konon nak promote blog sendiri yang tak seberapa ni ha? siapa? siapa?

perlahan lahan angkat tangan sendiri sambil kepala tertunduk 90 darjah...

p/s : cik fifianggun punya komen pun ada jugak tau. kita sama sama masuk majalah... haha.

Monday, January 3, 2011

aku ada banyak giler benda nak cerita

tapi aku tengah sakit pala, sebab terkejut dah lama tak kuar rumah berjalan jauh di bawah sinaran matahari. tulah, dah lama tak exercise. kan dah terkejut.

* eh, seronok lah sebelum pergi sekolah ada breakfast terhidang pastu salam tangan mak abah pastu mak hulur duit belanja pastu mak buruk siku tarik balik duit belanja tu sebab tembelang pecah abah dah bagi duit belanja malam tadi. dan ya, anda tak salah baca. saya pergi sekolah harini sebab memang rasa macam empat tahun lepas punya experience.

tak nak dok kolej lah macam ni. nak dok rumah je. boleh tak angkut uitm tu pindah bawak kat kaki tangga gua batu caves?

Sunday, January 2, 2011

semester baru

this should be my Q-shiba's new wallpaper,
starting from tomorrow.



* tak tau nape, tapi lepas dapat ucapan " gudluck utk sem 6 ni. mari berusaha!" dari wandiba, tiba tiba aku rasa sangat bersemangat nak menempuh semester baru (walaupun hakikatnya aku masih bersenang lenang di rumah bonda).

ya, mari berusaha bersama sama, kawan kawan!

p/s : jangan risau, aku takkan berhenti berblogging setakat ini saja.

Saturday, January 1, 2011

setahun yang lalu

satu haribulan satu dua ribu sebelas. tarikh harini. maka, tak perlu dilepaskan untuk mengupdate belog (walaupun tak tahu apa nak diupdate).

selalunya, bila dah masuk tahun baru orang bercerita pasal azam. blogger blogger pun galak mengupdate belog pasal azam azam alakazam.

tapi aku takde azam. aku cuma ada satu wish. semoga tahun ini, segala apa yang bakal berlaku, aku mampu hadapi dengan tenang, sampai ke penghujungnya.

sepertimana tahun tahun sebelumnya. maka, mari recap what's up and down sepanjang tahun 2010.

of course, super junior super show 2
walaupun cuma berseorangan.
being with my best buddies
walaupun dipisahkan kelas pada pertengahan tahun.
getting along with my family well
kehilangan seorang sepupu. al-fatihah.
aku berpeluang merasa secebis kebahagiaan.
tapi sekejapan cuma.
bercuticuti malaysia ke cherating
secara rasminya menjadi seorang blogger berjaya
result jatuh sikit, padan dengan muka.
berjaya menyimpan seribu ringgit di akhir semester!
tapi dalam simpanan along lah. tsk tsk.
berjaya kuruskan badan.
tapi tak kurus pun, ringan je lebih.
semakin mengenali diri sendiri
tapi semakin keliru dengan diri sendiri.
dapat laptop baru! namanya Q-shiba.
penutup mp3 hilang. tsk tsk. (hey, ini peristiwa besar bg aku tau)
first time pegang stereng.
seorang lecturer berjaya ingat nama aku.
overnight for the first time. and second,too.

those were some of the best part of 2010. randomly, year 2010 gave a lot of memories, sweet and sour. but i guess, the blending of sweet and sour creates the flavor. the best flavor.

i am happy with my life. thank you, Allah.