Thursday, December 30, 2010

tercipta satu lembaran sejarah

ini minggu terakhir cuti semester. minggu depan gua dah masuk u balik. tapi satu hape pun gua tak ready lagi. kolej pun gua tak apply lagi. tapi gua tak kisah. gua dah janji dgn cousin gua nak gi apply kolej 31 hb ni. so gua rilek rilek dulu lah hari ni. gua bangun pagi pagi dgn sinar cahaya kegemilangan sebab malam tadi kan malaysia dah menang lawan indonesia. walaupun gua tak tengok bola sebab gua tengah berpesta muzik 3 hari ni, tapi gua tumpang gembira. so, gua hepi hepi jelah hari ni. gua bangun tidur bukak mata senyum senyum main cak cak dengan adik gua pastu baru gi gosok gigi. then gua duduk kat meja makan breakfast sambil baca suratkhabar ala ala orang kaya dalam drama samarinda tu, tapi bezanya gua baca harian metro. bukan nst.

eh, lu orang perasan tak gua guna gua-lu? lu orang mesti dah dapat agak apa emosi gua sekarang ni kan. gua cuma guna gua-lu kalau emosi gua tak stabil je kan? kan? kan? ha, ni yang gua nak cerita ni. kenapa emosi gua tak stabil walaupun malaysia dah catat sejarah julung julung kalinya.

masa gua tengah baca suratkhabar sambil berhumming lagu jiwa lagu cinta, almaklumlah, hati tengah hepi kan... tiba tiba, mata gua tertangkap satu artikel kecil bawah sekali hujung sudut belah kiri.



Esok cuti umum

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
malam tadi mengisytiharkan esok sebagai cuti
umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan
bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF
Suzuki di Jakarta malam tadi. - Bernama


dalam hati gua menjerit. EH, APASAL KORANG MENANG HA SEMALAM?

macam mane gua nak apply kolej kalau esok cuti ha? dan dan gua habis je baca sampai Bernama tu, cousin gua call. so, kitorang terpaksa apply hari ni gak. maka bermulalah hidup gua yang kelam kabut harini. dengan tak buat surat rasmi lagi, slip gaji bapak gua pun gua tak tau nak carik kat mane, penyudahnya gua main belasah je bawak slip gaji disember tahun lepas.

dan sudah semestinya, tidaklah heroin namanya kalau masalah gua tak berhenti takat situ je. tengah kelam kabut nilah tren buat hal. punyalah lembab sampai gua rasa siput khinzir lagi laju. nasib baik gua ada mp3. gua pun saksikanlah pemandangan menarik kat luar dari dalam tren persiaran tu. gua toleh sebelah kot kot ada mamat hensem duduk tapi mustahillah sebab gua masuk koc wanita. yang ada cuma seorang auntie berketurunan cina. gua tengok dia pun macam dah bosan dengan kelajuan tren ni, pastu gua nampak dia seluk beg dia. dalam hati gua pikir mesti auntie ni nak bawak kuar sireh nak kunyah kunyah.

sekali gua silap daa. dia bawak kuar psp siot. gua terus sorok mp3 gua yang tak seberapa tu.

dan gua toleh toleh lagi kat dia. gua ingat dia macam mak gua main game pizza chef je. sekali gua silap lagi daa. dia main mahjung siot. gua pandang dia gua buat tabik spring. wa salute ah kat lu auntie! gua rasa auntie ni mesti kuat main judi ni.

dahlah. gua malas nak sambung cerita gua. gua nak tengok pesta muzik. ah, dan gua dah apply kolej dah. cuma tak tentu dapat ke tak. gua dah bayangkan gua dok merempat mengharap belas ihsan orang minggu pertama nanti.

dan buat team malaysia gua ucap tahniah banyak banyak. time kasih banyak banyak gak sebab bagi cuti kat kitorang walaupun gua tader pape effect pun sebab gua tengah cuti pun sekarang. papehal, gua salute lu orang ah. pasni boleh arr menang piala honda kawasaki toyota pulak eh.

* penutup mp3 gua hilang. gua rasa nak menangis. (eh, penutup mp3 je pun?)

7 comments:

shafiq & farhana said...

yeah...me too..emosi berbalam2..da la pose td..sabarrrr je lah...

Anonymous said...

hek ellehh..

lu...gua..lu..gua..

slip gaji bapak lu thn lps punye?

gua rasa thn ni bapak lu punye gaji mesti dh +++...

farah hazwani othman said...

nana : huhu. mencabar betul an. lau ta dpt gak tak tau ah.

farah hazwani othman said...

anonymous : memg pun. gua cume arap org opis tu rabun kejap je lah nampak 2009 as 2010.

eh, lu sape arr? kalau ye pun mls nak sign in blog at least bubuh la nama lu kat comment tu. gua nak jgk tau sape secret commentator gua ni.

shafiq & farhana said...

errrr...wani...kite kene hormat la anonymous tu..die lbih berumur dr kite...huu~

makcik anonymous...hehehe

farah hazwani othman said...

eh? kau kenal ke nana? siapa siapa?
mak nah eh? haha.
weh. aku tak tau lah. bagitau bagitau!

farah hazwani othman said...

kepada anonymous, walau siapa pun anda, saya nak minta maaf kalau terkasar bahasa atau tersalah guna bahasa. ini cuma gurauan, yg tidak disengajakan.

huhu. peace yaw!