Friday, December 17, 2010

susahnya jadi ibu

hurm. bangun pagi. gosok gigi. cuci muka. pakai baju. minum susu. makan roti. pergi sekolah. senang hati.

singkap tudung saji. aisehman, kosong pulak. selalunya dah ada dah barang sebijik dua benda nak dikunyah kunyah. dan selalunya barang sebijik dua yang nak dikunyah kunyah tu aku kunyah waktu tengahari. ni dah dapat hidayah bangun awal pagi takde pulak imbuhan dan ganjaran untuk aku.

oh. lupa pulak. mak awal awal pagi lagi dah keluar sebab apiq si artis popular tu ada latihan. patut pun sunyi je rumah. potong stim betul lah apiq ni. orang waktu cuti cuti ni lah nak bermanja naik lemak dengan bonda, kau suka je curik mak kan.

tiba tiba si aiman bangun. dengan tahi mata bersepuh air liur basi melekat, terus sahaja dia duduk depan peti televisyen mengadap kartun. kurang ajar punya budak. bukan nak tegur sapa "hai, good morning. how's ur sleep last night?" dekat akak dia ni.

tapi kesian pulak tengok budak comot tu. apalah dia nak makan jap lagi. mak dah lah takder. ada akak tak guna pulak tu. kesian betul budak tu. (latar belakang music piano mendayu dayu)

maka, sebagai bakal ibu mithali, aku harus berbuat sesuatu. untuk kebaikan adik aku dan perut aku. laju langkah aku menuju ke dapur. ya, aku memang tak suka pergi ke dapur. tapi kugagahkan jua hari ini.

langkah pertama, sinki. fulamak. banyaknye pinggan. susah betul ada adik adik yang tak cukup ketinggian untuk disuruh membasuh pinggan. maka, kakak yang telah cukup ketinggian ni jugak yang terpaksa melakukannya. (ceh, berlagak. padahal dulu dulu kau pun tak cukup ketinggian jugak. nak bukak paip sinki pun terpaksa menjengket)

sambil bernyanyi nyanyi kecil dengan harapan adalah anak raja kacak bersama segerombolan panglima panglimanya dalam perjalanan untuk memikat burung tekukur lalu belakang rumah aku dan terpikat mendengar suara bak buluh perindu ni, aku meneruskan usaha mencuci pinggan mangkuk. tiba tiba. . .


pranggggggggg..........


siot. masa aku nak susun pinggan kat rak, ada pulak mangkuk tergelongsor jatuh dan berderai menghempas lantai. dan seperti di dalam drama samarinda hari sabtu jam sepuluh malam di tv3, naluri seorang ibu terus terdetik mengatakan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. lantas, aku teringatkan anak anak aku. hati aku risau. apakah yang sedang berlaku pada anak anak aku yang jauh di mata? selamatkah mereka?

but, wait a second! bila masa aku punya anak? and wait another second! memang aku tak punya anak untuk dirisaukan pun. *tarik nafas lega*

dan naluri seorang anak pula mengambil alih. lantas aku teringatkan mak aku pulak. aku terbayangkan mukanya yang bakal meletup bila tau aku dah terpecahkan mangkuk kesayangan dia. bukan satu, tapi dua pulak tuh. dan aku tau ada sesuatu yang buruk bakal berlaku pada aku. matilah aku kena balun dengan mak aku bila dia balik nanti. *long sigh*

aish. potong stim betul. tengah tengah rajin ni pulak ada je benda jadik. leceh lah. nak kena bersihkan menatang ni dulu pulak tu. aku pun tunduk untuk mengutip serpihan serpihan kaca tapi. . .

alamak. ada darah!!!!

siot. aku tak boleh nampak darah. panik. kepala rasa melayang. lutut dah menggeletar. tangan dah menggigil. hujung sinki ku pegang kemas kemas. takut tiba tiba pitam dan terpengsan. sambil sambil tu, aku usha line. aku toleh ke luar tingkap dapur. takde pun kelibat anak raja kacak bersama segerombolan panglima panglimanya lalu di belakang rumah aku.

maka, aku membatalkan niat untuk jatuh pitam dan terpengsan. aku belek belek luka di kaki aku. aish. bukan satu, ada tiga cut di situ. habislah duit hantaran aku kurang lima ribu nanti. menjadikan jumlah bersihnya lapan ratus lapan puluh lapan ribu lapan ratus lapan puluh lapan ringgit lapan puluh lapan sen tunai.

nasib baik luka tak dalam. kalau tak mungkin aku akan maut akibat kehilangan darah. dan duit hantaran kurang lagi sepuluh ribu.

dan terus hilang mood aku nak merajinkan diri di dapur. aku godek godek peti ais (teringat pulak cara zila sebut peti ais. haha), dan menemukan beberapa barang segera. bagus. remaja seperti aku memang suka makanan segera. cepat, pantas dan menjimatkan.

selesai masak nasi panaskan lauk semalam dan menggoreng ayam segera. aku lantas menjauhkan diri aku dari dapur durjana itu.

dapur memang tempat yang membahayakan keselamatan. dan ya, aku memang takkan pernah suka pergi ke dapur kecuali untuk makan minum dan makan. (macam mana nak jadi ibu mithali ni farah oi?)



* lesen L dah hidup. maka, mari sambung belajar dengan sisa sisa waktu yang ada.

4 comments:

diba zakaria said...

berangan mmg best kan! xpyh kena bayar. haha

farah hazwani othman said...

siapa berangan?

diba zakaria said...

kau lah. kau lah berangan anak raja kacak! sedar skit ben xde darah keturunan raja tau. hahaha.

farah hazwani othman said...

haha. mana kau tau? ntah ntah dia ada keturunan maharaja shih huang ti.